Monday, December 26, 2011

lawaa laa pulak aku tengok dia ni

Assalamualaikum.

Hai korang. Lama gilos kot aku tak hapdet belog nih. bukak pon tak. sabo jelah --". first nak say sori to blogger amirah adnan. belum jawab tag dia lagi. sori ye mek qlate yang tomei suwit2 giteww (oke sila belanja sis sebab puji ekau ni haha)


lately baru aku perasan yang pelakon ixara aishah nampak lawaaa gila. ok fine! tak payah nak over-over sangat keh keh keh. tapi serius weh aku suka tengok dia sekarang. heee


tu je yang aku nak hapdet malam ni. muahahaha (gelak jahat!)


ok bai

Thursday, November 3, 2011

Aku suka tengok dia!



Assalamualaikum.

Hai korang. aku suka laa tengok dia. suka sangat! hek hek hek. alahai jangan laa jeles sebab aku suka tengok dia. suka tengok je tak salah bukan? :P

Ehh, sudah-sudah mengarut. korang tengok tak diana amir yang version sekarang ni. Alaaa, yang bila dia dah pakai tudung. lawa laa pulak. sebab tu aku suka tengok dia! kah kah *lempang jugak karang!


pakai tudung camni lagi gojes compare time free hair dulu. kan kan. ^^




ok bai


Friday, October 21, 2011

Efek bila mengadap fesbuk lama-lama.


Assalamualaikum.

Hai korang. Hari ni aku nak share keburukan besar bila korang mengadap fesbuk lama-lama.

eh jap jap. aku tak taw laa bagi efek tak kat korang. tapi kalau aku, haremmm. memang konpem jadik! keh keh

Aku kalau mengadap fesbuk, takde keje lain yang aku buat. main game lepastu tengok online shop. Then for sure kalau aku tengok certain-certain barang yang aku berkenan, aku terus grab. teruk bukan. kerja pon tak, menghabiskan duit jelah yang aku reti. HA HA

biasa aku suka beli lens online. gojes comel lote orang ganu kata. then aku ada beli something. apekah itu? nanti dah sampai dan tetibe aku rajin nak menghapdet, aku review kat korang. ^^



p/s: jangan mengadap fesbuk lama-lama, nanti korang berjangkit jadik macam aku. huahuahua

ok bai


Sunday, October 9, 2011

Contest oh contest


Assalamualaikum.

Hai korang. ai tengah busy gilos u'ollss. kalah PM duk pong pang pong pang pasal bajet 2012. oh over nau. busy apa ntah keh keh

So, untuk elakkan blog ni terabai, tetibe terasa nak buat contest. contest ape ek yang best.





p/s: korang ada cadangan tak. heeeee


ok bai


Friday, September 30, 2011

Terkelu saat aku membacanya.


Assalamualaikum.

Tengahari ni aku terasa mau bukak fesbuk ku. (ehh, bukan tiap-tiap hari ke kau bukak fesbuk wahai mila! oke fine kantoi disitu)

Seperti biasa wall ku di teliti satu persatu. Sampai satu saat aku terkelu dengan ayat yang ditaip oleh membe ku. Aku amati setiap baris ayatnya. sedih. pelik dan aneh.

Lalu aku membuka profilenya. Aku teliti lagi baris-baris setiap ayat nya. sedih pilu dan sebak. Baru ku tahu rupa-rupanya seseorang yang sangat disayangi dan dikasihi telah meninggalkannya buat selama-lamanya. terdiam aku seketika.

Aku amati lagi baris-baris ayat yang lain. satu daripada ayatnya amat meruntun jiwa kecil aku.
"baru beberapa minit kami mengucapkan bye-bye, aku mendapat panggilan telefon mengatakan kekasih hatiku telah pergi buat selama-lamanya. terududuk aku tatkala itu, bingung! "

bulat mataku melihat ayat yang satu itu. lalu air mata jernih membasahi pipi. setiap hari, ada sahaja ayat sedih yang diupdate. aku yang tidak mengalaminya turut merasa kesedihan itu.

tabahkanlah hatimu wahai sahabat. hanya itu yang mampu aku ucapkan. salam takziah dari sahabatmu. (ct kamila)


p/s: tetibe aku rasa ayat aku dah macam ayat novel. apa-apapun marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah buat arwah.

p/s: semalam aku mimpi sesuatu yang amat dasyat. seolah-olah kiamat semakin hampir. masyaAllah.

ok bai




Wednesday, September 28, 2011

kenapa eh isu tudung hangat diperkatakan di blog2?



Assalamualaikum.

Hai korang. dah lama tak hapdet belog. hari ni tetibe aku rajin laa pulek. (elehhhh, rajin laa sangat! keh keh)


ouh ai pemaluuu HA HA



kenapa kenapa kenapa eh isu tudung seringkali diperkatakan di belog2? ai tak paham laa yuu. dah sah-sah bertudung tu wajib, yang nak kecoh-kecoh cakap orang bertudung itu laa ini laa apekehel nye lah kan. HE HE.

Orang zaman sekarang ni mana nak dengar teguran dah.ecece macam penceramah bebas u'olls keh keh. masing-masing buat hal sendiri. bagi aku senang, buat apa yang disuruh tinggal apa yang di larang. dunia kita kejar, akhirat kita cari. masing-masing dah diberi akal fikiran kan. so pikirlah mana baik mana buruk. senang bukan.heeeeeee

so, renung-renungkan dan selamat termenung. ehhhhh :P


ok bai.


Wednesday, September 21, 2011

oke fine. berjayaaaaa yeay!


Assalamualaikum.

Hai korang. dah lama aku tak menyemak kat blog sendiri. busy u'olss keh keh

Ni pon baru je berjaya mengupload jurnal dekat dia punya website. jurnal ni nanti penyelia aku nak kena present kat conference di madinah. entah, aku pon tak berapa paham sebenarnya. takpe-takpe, asal keje aku dah setel kire oke laa tuu. HA HA

tapi kan, dia punya cara nak upload tu kemain susah nau penat letih tired laa aku camni. siapa yang buat website tu haa? err err. itu bukan marah. itu monolog dalam je. huehue.

berjam-jam jugak laa aku mentorai baru berjaya. sampai kalah aku main game tadi. camni ar camni ar. sob sob


p/s: korang perasan tak, apekehel function fesbuk makin tak best -_-' (lari topik) :P



ok bai.


Tuesday, September 13, 2011

Cara nak bagi kuku jadi berkilat secara semulajadi



Assalamualaikum.

hai korang. meh meh. aku nak bagi tips kat korang ni. HE HE.

Tips nak bagi kuku nampak berkilat shining ning ning. huehue. oh cara dia mudah gilaa. korang ambik ubat gigi, letak kat tuala kesat, then gosok-gosok kat kuku korang sampai berkilat. lagi tak berkilat lagi tuu korang gosok oke. HA HA

hasilnya. jeng jeng jeng









senang bukan. hanya guna ubat gigi + kain je, dah dapat kuku yang bersinar berkilat kau memang da boom hue hue =)


ok bai.




Sunday, September 11, 2011

laptop lama ku. sob sob



Assalamualaikum.

hai korang. rajin bebenau laa pulak aku hapdet belog. kata takde mood. oke fine fine.

begini alkisahnya. sob sob laptop aku rosak dowh. sob sob lagi. nak baiki, problem dengan motherboard. kalau rosak motherboard ni paham-paham laa ehh. memang tak lama laa kau akan hidup wahai laptop.


model laptop lama aku. picture kredit to hencik google.



nasib baik ada notebook. kecik comell je. HA HA. tapi naik juling jugak laa mata aku duk menghadap coding. so, aku bajet nak beli laptop baru. notebook aku bagi kat adik aku untuk buat assignment bila kau kat uitm nanti. ehhh *asignment laa sangatt. main game kat fesbuk lagi banyak kot. HE HE

dulu aku pakai laptop model compaq. acer aku tak minat. dell sparepart agak susah nak cari kat 'ganu' ni.



so, korang boleh share tak specification laptop compaq yang da latest. ai nak taw yuu! ehehhhee


ok bai.


oh junior.


Assalamualaikum.

Hai korang. aku memang tengah takde mood nak berbelog bagai. seriusly hanya fikir *bila boleh start apply duit zakat untuk master ni haa? HA HA.

oke fine. sekarang tengah busy gilaa u'olss. sekejap nak setelkan hal ni, sekejap nak setelkan hal tuu. nak taip belog seciput pon rasa macam =_='. overr kau!

pergi umt pon dah takde feel. pasai ramai nau budak junior baru masuk. oh tidak! stress gua nengoknye. hehehe :P



ok bai.


Sunday, September 4, 2011

krem kaki gua donk. hehe =)


Assalamualaikum.

hai korang. still beraya ke? aku? err err still beraya lagi. kui kui kui. tapi bila tyme tyme raya ni jalan jem takpayah nak cerita pon semua orang tahu muehehe.

aku tiap-tiap hari aku pergi beraya kot. cuma raya ke-2 aku stay kat rumah. wait membe membe datang beraya.

jalan punya laa jem. krem habis kaki gua duk menekan clutch. so hari ni aku decide duk rumah je. cukup laa 5 hari beraya. HE HE



yang tudung biru tuu bff aku. tudung merah errr aku laa. :P



aku pergi beraya dengan dia laa. hehe. tapi takpe. mak dia berehh je kalau dia keluar dengan aku. sebab kiteorang dah kenal lama gila kot. =)


btw, selamat hari raya korang.


ok bai


Friday, September 2, 2011

kahkah. gelak sampai besok


Assalamualaikum.

hai korang. besok dah hari raya ke-5. jum ganti pose jum. muehehe. ni mai nak habaq mai cerita kelakar.

situasi 1
A : kau baru lepas stpm ea?
aku : ha ah. tipu sunat. keh keh. pastu gua cakap ehh tak tak. umur saya dah dua fuluh tut tut..


situasi 2
B : kau pakai tudung jenis apa camtu. nampak muda laa. macam budak sekolah.
aku : ehem ehem (lempang!). pasni tiap-tiap hari aku pakai tudung camni. HA HA

situasi 3
C : sekolah lagi ke? tingkatan berapa?
aku : ha ah. tingkatan 4. kah kah (kwang hajaq kau mila!) lalala~

situasi 4
dah takde situasi 4 daa. cerita ni tamat kat sini.

adoila. awat depa-depa ni tengok aku tak matang ke? ni kalo zaman mak aku dolu-dolu, umur macam aku dah anak 2,3 orang kot. HA HA

mulai sekarang kalau orang tanya umo lagi, aku nak cakap " umur ai baru 16 tahun " wakaka

ok bai


Wednesday, August 31, 2011

Ouh...salam lebaran! salam kemerdekaan! teehee =)


Assalamualaikum.

hai korang. hari ni dah dua hari kita beraya. mesti seronok kan. kan kan?

alhamdulillah, tahun ni duit raya yang aku dapat up banyak dari tahun lepas. HA HA. (sudah tua masih dapat duit rayakah? *monolog dalaman) huehue

btw, baju raya korang tahun ni kaler apa. disebabkan blog aku kaler pink, so baju raya first pon kaler pink jugak. keh keh macam takde kena mengena. first tyme tetibe gatal pergi beli baju raya kaler pink. ouh =)



first day raya




second day raya



tapi kan, bila dah besar panjang gemok mok mok ni kan, raya dah tak best sangat. tyme kecik-kecik dulu laa raya paling best. masa tuu, dapat duit lima fuluh sen rasa macam *ouh eden kayo eden kayo sampai kecoh satu kampung KAH KAH.

ok bai


Sunday, August 28, 2011

1 kilo je. alahai bedah!


Assalamualaikum.











hai korang. korang turun berapa kilo puasa ni. ke makin naik. ehem-ehem ai turun uolss. tapi 1 kilo je. alahai bedah!

kemain aku ingat turun laa 3 kilo. sampai la target aku 45 kg. tapi haremmm. tak menjadik jugak. sob sob nangis sampai seminggu raya HA HA.

btw sempena nak raya ni, sama-sama laa kita bermaaf-maafan. alang-alang bak duit raya barang sepam dua kat aku ni. keh keh


p/s: maafkan dakuu andai tersalah kata terkasar bicara. salam lebaran bloggers.


ok bai



Friday, August 26, 2011

Wajah baru sempena raya










Assalamualaikum.


hai korang. aku dah ubah template blog. boleh katakan blog ni berwajah baru 99 feratus. 1 feratus je yang still maintain. kaler pink. HA HA.

Aku ni bukan peminat pink. baju kaler pink boleh kira dengan jari tangan je (kaki tak ok). keke tapi blog aku minat kaler pink. felik bukan -_-'

pape pon, comelll tak belog baru ai huehue (lempang!)



ok bai



Wednesday, August 24, 2011

ai found this. interesting and yuu can try too =)


Assalamualaikum.

Hai korang. ai found this video. sangat best. yuu can try this also yaa.




nice kan. kan kan? huehue


ok bai



Tuesday, August 23, 2011

Kecewa gila yuu. PATAH HATI sudah!


Assalamualaikum.

Hai korang.

sob sob (tarik tisu), serius kecewa gila yuu. firstime beli lens kaler online tapi tak memenuhi citarasa. Selama ni aku beli suka HA HAti je bila lens sampai. bila pakai terus rasa EHHH apsal mata aku dah jadi mata angelina jolie (pengsan!)

tapi lens yang aku order untuk hari raya ni serius telah membuat aku patah hati. aku order kaler hazel tapi dia tersalah pos kaler grey =_='

aku malas nak kecoh-kecoh cakap "hei, apsal yuu salah pos ni haa?" nanti kang merajuk terus tutup kedai. HA HA

aku dapat kaler dreamy-i grey. yang aku order dreamy-i hazel. ok fine fine (merajuk sampai tahun depan) wuuwuu. bila aku pakai, dia jadi macam kaler hijau. minat saleh laa sangat kan. keh keh


dreamy-i grey lens


aku takde hal pasal kaler tuu, tapi kenapa bila aku pakai rasa tak selesa gila. berdenyut-denyut mata aii ni. aku baru pakai 2 kali, lepas ni tak nak pakai dah. raya ni tak nampak orang pon takpe. asal mata aii oke.

dah 2 tahun aku pakai lens kaler. before ni oke je. tapi dreamy-i grey ni tak sesuwei pulak dengan mata aku. (tarik tisu lagi)



ok bai


Saturday, August 20, 2011

Blog yang menarik? of kos laa blog mabeles gittew.


Assalamualaikum.

Hai korang. Aku jumpa banyak blog yang menarik. yang EHEM-EHEM gittew. (Gusti jugak budak nih).

Kalo aku, blog yang best konfirm laa blog ferempuan. aku tak pernah lagi duk godeng-godeng blog lelaki setakat ni. huehue

blog yang bese aku duk godeng, blog ferempuan yang banyak share tips, review produk, contact lens (kaler uolls) HA HA, dan yang paling best bila share pasal make up. konpem aku rajin laa jengah blog korang tanpa komen. keh keh. kira aku ni stalker ke =_='. oh tidak tidak. =)


p/s: menarik uols baca blog yang banyak share tips ni. apsal malam ni tetibe ber uolss plak. gatal merenyam nya kau mila! wkakaka


ok bai



Tuesday, August 16, 2011

Ok. Sekarang aku mula rasa stress. HA HA




kenapa aku buat background blocquote tak menjadik? kenapa , mengapa dan errrr. *frust ='(


ok bai

Cara pakai shawl gaya heliza helmi-bidang labuh =)




Assalamualaikum.

Hai korang. hari tu ada sorang blogger tanya aku camner nak pakai shawl gaya heliza helmi tapi yang bidang besar punya version.


masa tu ak macam, err.. err.. saya tak tahu laa. yang bidang kecik tuu senang je. HE HE. so, now meh nak habaq mai cara dia. tetiba tadi aku terjumpa camne heliza ni pakai shawl camtuu.





Lawaa kan si heliza ni. idol aku ni. hehe. aku lupa blogger mana yang tanya hari tuu. tapi diharapkan ini dapat membantu la ea. hee

ok bai.

Sunday, August 14, 2011

Review: contact lens


Assalamualaikum.

Hai korang.

tak tahu kenapa, sekarang ni aku suka gila pakai lens kaler. tapi setakat ni aku guna brown or grey je laa. Tapi dalam banyak-banyak lens kaler yang aku dah try, lens dari korea memang sangat best. tak perlu nak pakai eyedrop sehari suntuk. memang takde hal la der.



album ni paling banyak aku dah try. CM 834, Cm 835, Ch 625. semua best. kaler pon lawaa =)


yang ni ak baru order untuk hari raya. festime nih aku order kaler hazel ni. huehue



p/s: alahaiii tak sabar wait lens sampai. ^^



ok bai


Saturday, August 13, 2011

Alahai uncle. Jangan laa sombong nau. Dengan gua je pon.hehe


Assalamualaikum.

Hai korangg.


Aku kalo tengah bengang dengan mana-mana pakcik, terus bahasakan diri 'gua'. HA HA HA. gila keji!

Gua memang kalo pergi umt, gua lepak kat library. gua malas nak duk kat bilik postgraduate sebab kat bilik tuu tak boleh buat bising. gua kalau buat kerja gua pasang lagu sambil nyanyi sekali.

macam biasa, pukul 9 gua dah terpacak kat pintu library. eh eh. terover pulek. padahal pukul 9 pintu library baru nak bukak. maafkan daku.

bila masuk macam biasalah kan kena check beg laptop walaupon pada hakikatnya gua tak bawak beg laptop malahan gua bawak beg macam beg balik kampung. gedabak punya beg. senang sebab segala benda gua boleh sumbat dalam tuu.HE HE

tapi pagi tuu, gua rasa bengang, err err memang gua bengang. ahhh gua dah bengang gilaa. ada ke patot pakcik tuu chek beg gua dan membe gua. tapi bila gua dah siap bukak beg nak suruh pakcik tuu cek, sekali pakcik tuu buat tak heran pon. boleh pulek dia duk mengadap laptop tanpa pandang gua ngan membe gua.

ok yang tuu, gua boleh terima lagi. lepastu dengan berlagak riak takburnya dia buat isyarat suruh kitaorang masuk je library, tak payah cek. gua rasa macamm nak cekik-cekik je kau pakcik. eh eh. bulan pose ni kena banyak sabar. so, gua sabar sekarang.

tapi tak rasa ke pakcik tuu annoying =_='


ok bai.


Sunday, August 7, 2011

08/08; 8th ramadhan =)



Assalamualaikum.

korang perasan tak tarikh hari ni. menarik bukan? 08/08; dan jugak kita berpuasa pada hari yang ke-8 di bulan ramadhan yang mulia ini. hehe





Yang menarik jugak, hari ni merupakan bufday aku. HA HA HA. ahhh, teruja. malam ni nak bukak puasa dengan gilang gemilang laa. jom pegi bazar jom. keh keh keh


alhamdulillah, aku dilahirkan pada tarikh yang begitu sempurna 8/8/1988. tenkiu my mom!! lebiu so much!. hari ni jugak genap laa usia aku 23 tahun. ehh, apsal tetibe rasa dah tua. sob sob sob. (sambil nanges sambil pikir nak bukak puasa dengan apa petang ni. lalalala~ :P)


ok bai.

Saturday, August 6, 2011

Grrr..grrr..marah ni. haha.lempang!



Assalamualaikum.

hai koranggggg.


serius sekarang rasa macam nak tumbuk orang laju-laju. hehehe. pekebenda laa kau ni mila. dah takde kerja ke apa aa? (ok fine. monolog dalaman jap.huehue)

serius sekarang rasa. err. err. kefale hotak den berserabut. tak dapek nak pikir dah. bilaa master aku nak siap nih. makan tak basah, mandi tak lena oii. woowoo. nanges laju laju sampai besok =_='

kalo kefale tengah berserabut ni. takde kerja lain dah aku akan buat. godeng blog orang ler. HE HE. eh korangg, aku jumpa blog best laa. dia ajar macam-macam laa. teruja!



aku jumpa blog ni. dia ajar mekap. serius aku suka. =)


bila tengok orang pandai mekap, serius aku belajar gak laa. walaupon hakikatnya.haremmm. apasal Lawaaa, gojes gilaa hodoh nau jadiknye. keh keh


ok bai.

Wednesday, August 3, 2011

Errr, pucat lesu kau!


Assalamualaikum.

hai korang. mak aih kemainn aku. busy nau sekarang. 4 tahun sekali baru nak hapdet belog. padahal malas! ces ces =)

semalam geng chinese aku tegur.

si A: eh, kenapa u nampak pucat? nampak letih nau
aku: Err..err.. yeke. huehue.

hari ni geng melayu aku pulek tegur.

si B: milaaaa, apesal kau pucat sangat nih?
aku: eh. xkanlaa. aku dah pakai lipstik bagai. touch up kemainn. pucat gak ke?
si B: ha ah la wei. macam kau pakai lipbam je. hehe
aku: apsal semua orang tegur aku pucat ni. terjun bangunan! sob sob


haa, aku taw kenapa. sebab aku rasa aku penat gilos nak mamtik minggu ni. minggu lepas dengan 2 minggu lepas kemainn aku g bercuti kat melaka dengan shah alam. makan toksah cite laa kan.




so, bulan puasa ni, tetibe tershock pulek. dari makan banyak tetibe puasa. memang ah nampak letih lesu penat tak bermaya. heheh


moral aku nak cakap kat sini. "jangan makan banyak before puasa, nanti korang jadi macam aku" keh keh keh


ok bai



Wednesday, July 13, 2011

Tampil gojes dengan mekap yang menawan kalbu



Assamualaikum


Hai korang. tadi kan. aku. emmmm. aku *lempang. kemain duk aku aku dari tadi. hehe. saje je. tadi aku duk godeng-godeng fesbuk. aku search mekap. pastu aku tengok gamba-gamba dalam album diaorang. lawaa kemainn. pastu aku suka gila tengok gamba pengantin ni. lawaa gojes gilaaa kot.



Before mekap







After mekap


Menganga-nganga aku tengok. ehhhhhh (ok tutup mulut balik). tapi kann, lain gilaa yuu. gojes gila nak mamtik.



serius teruja. sape bleh ajar aku mekap sampai macam ni =_="




ok bai


Monday, July 11, 2011

Tips: how to reuse your tudung ekin.



Assalamualaikum.


hai korangg. lama tak conteng-conteng kat blog aku sendiri. ai ada benda nak share dengan korang. for girls jelah. haha.

korang for sure ada tudung ekin kan. ahh, gasak lahh tudung ekin ke, ariani ke. pape jelah. asalkan yang sepesen dengan tudung ekin tuu. hee

so, if korang rasa awning tudung ekin korang dah macam tak best je. bila pakai je " ehh, kenapa muka aku tak hensem (ehhhhhh, hensem ke cantik? almaklum laa, bm time spm dapat A1, tuu yang hensem dengan cantik pon tak leh nak beza. *lempang! " keke



alahaiiii, cantik gilaa kan si ekin ni.



haa, nampak tak tudung ekin ni. yang pink kaler tuu laa awning. so, bila awning tuu dah tak best, korang reuse jadikan tudung syria.

senang je. korang just gunting je awning tuu. tinggal yang hitam tuu je. yang hitam tuu nanti akan jadi outer tudung syria. inner syria korang belasah jelah nak pakai kaler pape pon kan.

ehhh, paham tak? lalala~



haa, tudung yang aku pakai tuu sebenarnya tudung ekin. pastu aku gunting awning dia, aku pakai inner syria kaler pink kat dalam. inner tuu aku beli dari ayunar. lepas ni nak beli lagi. yeay!




ok bai


Thursday, July 7, 2011

Alahaiiii. alahai. alahai.



Assalamualaikum.


hai korang. busy nau aku kan sampai blog pon tak hapdet-hapdet. padahal memang dasar pemalas. chaitt! keh keh

aku ni bukannya kategori suka nau chat kat fesbuk. kalo aku open chat pon, aku jarang nau tengok sape online. bese membe-membe yang masuk chat dengan aku dulu.

sekali, baru ni, membe sekolah aku dulu masuk chat. dia kelas lain tapi kenal laa. terus dia bagi kat aku sedas. gemoknye. kalau pompuan cakap takpe gak. ni laki. rasa nak pengsan 40 hari tak bangun-bangun. berat aku hempatpuluhlapan ehem ehem kg je. sedih ah aku camni. aku taw laa gurl zaman sekarang selim melim. ni menaikkan semangat aku untuk turunkan sampai 10 kg ni. mau tak kenal jumpa aku lepas ni. ahaaaa! (mengong nau :P)

korang taw tak cara diet yang memang berkesan. aku ni bukan rajin nau diet-diet ni. aku bese tibai je je semua makanan yang ada depan mata aku. rezeki jangan ditolak derrr. kiki



ok bai


Thursday, June 30, 2011

Do what you want to do. believe urself. no need to be what others want to see you as. sometimes, you need to be independent.



assalamualaikum.

hai koranggg. kemainnn, panjang nau tajuk entry aku. biau laa. lalala~

hidup ni tak mudah. bila kau kaya je, mesti ada orang nak menjatuhkan kau. bila kau berjaya je, mesti ada orang dengki dengan kau. bila kau lawa gojes gila nak mamtik pun, mesti akan ada orang jeles dengan kau. (ehhh, berapa banyak bila daa. muehehe)

so, the point is, adat laa kan. manusia memang tak pernah puas dengan apa yang ada. memang akan timbul perasaan jeles cemburu semua tuu.

contoh laa eh aku bagi. pernah masa aku nak continue study, ada orang cakap buat master ni banyak pakai duit. sampai 30k. tapi aku buat master serius takde guna banyak duit sangat. dapat duit free ada laa. hiks. tapi korang kena bijak ambik peluang laa. jangan malas sudeh. =)

sekarang ni, aku buat benda yang aku nak capai masa aku muda ni. nanti dah tua tak larat pulak. elehhh "padahal sekarang dah tua bangka tapi taknak mengaku jugak". sengal nau! keke

serius, bila kau buat sesuatu, kau yakin pada diri kau and kau buat dengan niat yang betul, for sure benda yang kau buat tuu berkat. pastu hati kau mesti rasa tenang je. start aku masuk ukm, sampai aku habis belajar kat ukm, pastu masuk umt pulak, rezeki aku semakin melimpah ruah. alhamdulillah. yang penting kau kena pegang niat kau betul-betul, nekad dengan apa yang kau buat. bukan sebab orang paksa kau ke ape. insyaAllah kau berjaya. hee


p/s: aku rasa macam penceramah bebas laa pulek. muehehe.


ok bai


Wednesday, June 22, 2011

rasa TERHARU gila. tapi dalam masa yang sama SEDIH pon ada.



Assalamualaikum.

Hai koranggg. lama aku tak buat kecoh kat blog sendiri. tapi sebelum tuu, nak jerit YEAYYYYY sepuas hati. first jurnal akan di publish tak lama lagi. nanti bolehlaa search jurnal aku kat google. muehehe.

pastu haji (penyelia aku) dah reply emel. aku malas nak taip panjang-panjang. print screen jelah senang.lalala~




emel aku kaler pink gittewww. kalau nak emel cenggini, gunalah yahoo mail beta! keke




haji cakap, cepat laa siapkan master tuu. nak bagi master dah ni. ehem2. terharunya ai yuu! tapi
sedih gak aku ni sebenarnya. tak sempat nak grad tahun ni. tahun depan baru grad. maybe bulan 2 tahun depan baru siap sepenuhnya. bayangkan lah ea. nak setel hal tesis pon, ambik masa sampai satu sem. ni laa susah buat master by research. sob sob sob.

p/s: doakan aku berjaya siapkan tesis+projek+satu lagi jurnal. then taun depan dah grad. YEAYY lagi (berapa banyak yeay daa) =)



ok bai


Sunday, June 19, 2011

GiveAway by Cik Eira Shoppe



Assalamualaikum

hai korangggg. hehe. meh join giveaway meh. by Cik Eira Shoppe. aii nak join ni. mana laa taw ada rezeki aii ke kan. dapat lens free. =)


klik je SINI untuk ke blog cik eira shoppe


kalau ikotkan hati aii yang muda remaja ni *kui kui kui, aii pilih kanta lekap jenis PUFFY 3 TONES. either kaler brown or grey. sebab bagi aii, lens jenis ni comeii gilaa. kalau yuu pon pakai, mesti semua orang tak berkelip, nak tengok mata yuu je. lalalala~

now, aii nak tag mira, nabila and miss lolly. hehe

tarikh tutup: 17 julai 2011.



ok bai




Wednesday, June 15, 2011

maluuu nya ai. tutup muka dengan KUALI.



Assalamualaikum.


haa, ni haa (berapa banyak haa daa) keh keh. ai tengah maluuu ni. camno nak buek ni haa (haa lagi, lalalala)

boleh pulek aku nak post question dekat formspring kwn aku, terpost kat blogger lain. " dear kalau gne vco, berapa lama eh masa yang diambil tuk hilangkan parut jerawat? "

kemainn yuu ai duk tanya soalan berjela macam tuu. ai nak tanya ayun. alaaaa, ayun ayunar, sekali terpost dekat si blogger arif.

hoi, dear kat depan soalan tak leh belahh tuu hoiii. ampun gf ariff, ai tak sengaja yuu =_=". oke oke. insaf. lepas ni kena lebih berhati hati. *tutup muka dengan kuali. maluuuuuuu punya pasal.haha



ok bai.


Sunday, June 12, 2011

GOAL!! ai rasa bangga jadi orang terengganu. ohh, i lap yuu ganu.



Assalamualaikum.

hai koranggg. perghhh, semalam semangat gila aku duk tengok bola. eventhough tengok kat rumah je pon. jangan nak berlagak sangat laa kan. bukan pergi tengok kat stadium pon. keh keh

mula-mula memang bajet kelantan menang. aku dah frust menunggeng dah. nak menangis sob sob sob je. Tetibe dalam tak sampai seminit terakhir, GOALLLL!!

semua duk pakat menjerit melolong macam orang gila. mujur tak sawan anak sedara aku yang baru umur setahun lebih tuu. tetibe terkejut bila kitaorang menjerit goal. muehehe

masuk masa tambahan, aku rasa macam aku pulak yang duk main sekali dengan team terengganu. semangat punya pasal. siap tumbuk-tumbuk bantal lagi bila tak goal. ecehhh.

masa ni mak aku dah krohh krohh dah. tetibe goal kali ke-2. menjerit melolong pulak kali ke-2. mak aku terkejut veruks dari tido. kesian hoiiii. apa la kau nih. duk menjerit-jerit macam orang gilaa pulek.

tapi serius dowh. semangat gila semalam. aii bangga jadi anak terengganu yuu. hehe. but, for kelantan, congrates jugak sebab dapat ke final. membe aku ramai kelantan dowh. ambil hati ni. lalala~

p/s: xdok suara wase ang masa duk teppik ke goal tuu. bising bango se rumah. aku semangat tengok teranu je. kalo dok, beng harap ahh nak tengok bolaa. (p/s dalam bahasa ganu boh. koya molek mung mila.haha)

ok bai


Friday, June 10, 2011

Aku bertemu kamu di laman muka buku. Ohh CINTA muka buku ku!



assalamualaikum.

sapa yang bertemu jodoh di laman muka buku ni. aku ke? ehem-ehem. oh no no no, bukan ai oke. ai mana layan cinta muka buku ni. muehehe *pelempang sedas.

korang kenal tak najwalatif. gadis youtube yang baru usia 14 yuu. tapi dah pandai reka lagu sendiri. ohhh bangganya ai. tetibe!



CINTA muka buku by najwa latif.


p/s: agak-agak kalau CINTA friendster boleh diguna pakai tak buat masa sekarang? keh keh


ok bai


Sunday, June 5, 2011

Jangan tertipu dek facebook. hehehe



Assalamualaikum.

haluuuu~ eh, korang perasan tak nape eh gambar-gambar kat fesbuk suma lawa-lawa je. bila tengok je terus jatuh hati yuu! gojes gilos.

tapi bila jumpa depan-depan. sob sob, dalam gambar kemain lawa, kat lua lawa laa jugak. tapi percent lawa tuu kurang. haha

sape nak jadi lawa mai aku ajar. guna photoscape pon boleh. miahaha (mengong!)



gamba sebelum penipuan berlaku. keh keh




gambar sesudah menipu sunat.



see. nampak tak beza dia. ehhhhhhh, ke takde beza? muehehe



ok bai

Thursday, June 2, 2011

1st giveaway by shawlforyou



assalamualaikum.

hai guys. shawlforyou ade buat giveaway. so, aku pon nak join gak. wink wink =)


(banner dia pink, sama kaler dengan blog ni. suka suka suka =))


15 orang YANG BERTUAH AKAN MENDAPAT 1HELAI SHAWLS DAN 1HELAI TUDUNG EKSPRESS berharga RM50++ secara percuma.

so, dengan rasminya aku nak tag mira dengan miss lolly join giveaway ni.. hehe


ok bai

Wednesday, June 1, 2011

london, japan, korea..mana lagi best?



assalamualaikum.

hai guys. sejak bila aku rajin bebenau duk hapdet ni. haha. kalau korang nak taw, aku tengah stress nak key-in aku punya database. bayangkan lah ea. 791 column * 27 row. semua sekali 21,357 data aku kena key-in. tapi mujur bahagi 2. means aku kena isi 10,769 data. mau tak mamtik aku =_='

so, untuk hilangkan stress. mai kita menghapdet blog ye kawan-kawan. lalala~

sebenaunya, aku memang dari dulu jeles duk tengok budak-budak yang pergi belajar kat oversea. al-maklum laa, aku punya spm pon cukup-cukup makan je kot. so, terpaksa lah aku belajar dalam negara je. nak buek cemmano kan. sob sob

tapi.tapi.tapi. jangan cepat putus asa. peluang masih cerah. haha (ayat sewel!). insyaAllah, abes master ni, aku nak cari keje dulu. after that, baru aku pikir nak sambung for the next level. amin. aku macam mana pon, aku teringin nak sambung belajar kat oversea. bangga mak aku nanti. silap-silap dengan mak ayah aku pon aku angkut pergi sana sekali nanti. keh keh

penyelia aku dahla best. siap tawarkan aku dengan kawan aku kalau nak pergi belajar oversea. dia boleh ekjaskan lecturer untuk kiteorang. sebab dia punya position untuk publish jurnal, mak aih. board of director u. kemainnnnn.

hari tuu, tengah makan-makan, tibe-tibe terserempak dengan penyelia aku. dia ada bawak lecturer (board of director jurnal) from US. lepastu sembang-sembang, siap cakap lagi, nanti kalau nak sambung belajar kat US, cakap je. dia ekjas lecturer from US jadi main supervisor kat sana. haha. kelakar kan penyelia aku. memang baik gila. aku tak pernah jumpa penyelia yang baik, tak sombong macam ni.

so, peluang aku nak sambung belajar kat oversea dah nampak dah sinaran dia. kui kui kui. tapi kalau tak dapat scholar, mamtik laa nak pergi sana. nak makan pasir gamak nya aku ni. kan kurus cekeding baru fadammuka. keh keh keh


p/s: antara london, korea and japan. mana lagi best eh nak further study. ikot kan aku, aku lagi suka korea, sebab hero-hero korea kan gantang bangat donk. haha ( kau nak pergi belajar ke nak pergi mengorat mila oii? wakaka )


ok bai.


Tuesday, May 31, 2011

why need to closed one of your eyes. haha. kelakar nye!


assalamualaikum.

hai guys! what a good day. beautiful sky with a group of bird around the sky. (dah start melalut dah aku ni. hehehe, ketawa sopan) =)

guys, ai have funny things to share. monday, yes. on monday. ai go to umt as usual. doing research on my topic. but, suddenly got a headache. a lil bit chronic because tetibe rasa sakit kepala yang menggila.

tuesday, need to cancel my plan to go to umt sebab headache makin menjadi-jadi. oh, gosh. bila nak siap keje aku ni. rosak plan betol laa. wednesday, need to cancel again. demam pulak kali ni. apo laie. telan panadol la der. hehe

tapi yang kelakarnya, masa isnin tuu, sambil tunggu mak kawan aku datang ambik dia, sembang-sembang jap kat tangga library. disebabkan budak-budak u tengah cuti, konpem-konpem laa tak ramai orang kan. atau bahasa senang nye memang takde orang kot. haha

masa kat tangga tuu. aku kan tengah sakit kepala. pastu aku tutup sebelah mata dengan tangan. suddenly, datang la budak opis penyelia aku. eh, why need to closed one of your eyes. sambil pandang aku sepelik peliknya. (dia cakap malay je. ak yang ngengade pergi translate kot english. keke). dalam ati aku, haha. kelakarnya! cara dia tegur tuu macam aku ni tengah meroyan je.

p/s: entry ni pon dah macam entry meroyan. sabo jelah. heheheh. *senyum gatal :P


ok bai





Friday, May 27, 2011

It is impossible to stop people talking bad about you. it's a fact


Assalamualaikum.

hai guys. long time not babling here. lately kan, ai found myself love to talk about people. ai mean people behaviour. it is a way to throw away my stress. haha. (it's not funny actually =) )

so, guys. it is normal rite when people say something bad about you at the back. yaa, in front of you, they so kind macam " ha ah, betol la apa you cakap", " yes, you are absolutely rite" , bla bla bla and so on.

but at the back, " eh dia ni bla bla bla (saying something bad on you)". people, is always like that. but you know what, they say something bad on you because they jelous with what you have and the fact, they dont have that. oh, pity rite.

for me, it's simple. ai dont mind on what people want to say about me. either in a good or bad sense. because ai know, i dont do anything wrong with them. so, they can talk whenever they want to talk about.

ai dont understand why some people feel underestimate when other people talk badly on them. like "apehal fesyen kau macam ni. it's an old fashion, ewww, tak kena langsung dengan kau kott". then because of that people, you feel like "oammjayy, you feel down. in your mind, what kind of fashion ai should wear after dis. down!"

oh my. please guys. wear anything that you want to wear as long as you feel comfortable with it and do not violate our religious law. kemon guys, you live for you. not for them.

some gurls they feel so so down when they realize that they not beautiful. please dont be like this gurls. you are beautiful in your own way. rememberthis "no people is perfect, we have our own strength. believe it". yeah!! =p



p/s: jangan lupa tengok cerita nora elena. insin-khamis (tv3) jam 7 pm. siyes best cerita ni ( takde kena mengena dengan topic. keke)




ok bai.



Friday, May 20, 2011

No need to be so arrogant guys!



Assalamualaikum.

hai guys.


You guys mesti pernah jumpah orang yang sombong kan. ai mean, err "berlagak sombong". for sure pernah kan. manusia ni kan macam-macam perangai. kalau jumpa yang baik, peramah, macam bila dia cakap je, kita pon feel like " oammjaayy, nice nya dia ni".kalau camtu best la kan. tapi kalau jumpa yang berlagak sombong, rasa macam nak cekik-cekik sampai mamtik kan. haha. kejam! =)

tadi, ai go to uitm dungun. got a seminar uitm for budak-budak lepasan spm yang nak masuk u. ai pergi sebab accompany my lil bro. lil la sangat kan.padahal "besar bapak gong" doh orang ganu kata. keh keh keh.

ai go inside the hall. ada guy sorang sebelah mak aku. sebelah mak aku, aku la kan. sebelah aku, ayah aku. (saje kasi you guys pening. keji!) hehe.

mak aku tegur budak tu. not bad laa pada pandangan mata aku. pakai kemainn smart bai. mak aku duk cakap-cakap dengan budak tuu, aku dah pelik dah apekehel budak ni cakap kemain lagi berlagak. heh, aku dah naik geram dahh. pasal kalau orang yang berlagak tak tentu pasaii ni memang aku anti bebenau. pastu aku pon saje cakap dengan dia. tanya macammane dia apply nak jadi pilot under yayasan terengganu sebab cara dia cerita kat mak aku kemainn kau! aku tanya dia website untuk pilot tuu. mula sengih-sengih tak tahu pasal kakak dia yang apply. cakap kemain berlagak, tapi haremmm.

dalam hati " hoi, kau tak payah nak berlagak sangat la weh, baru nak masuk u je kot ". tapi dalam hati jelah =)

pastu dia tanya mak aku, anak yang spm tuu, perempuan ke? mak aku jawab lelaki. dia ingat aku kot yang nak masuk uitm. muda sangat ke ai? lalalala~

habis je seminar, aku pergi la turun bawah, tanya abang yang handle mende alah ni. harapkan adik aku, memang sampai mamtik pon dia tak tanya. abang tuu pon ingat aku baru lepas ambik spm.

nak je aku cakap, ai dah 23 la you all. tapi diam-diam sudeh. nampak sangat aku muda kan. (muntah!) haha. (wehhh, blah ah kau mila! keh keh keh)

ok bai.


Sunday, May 15, 2011

You live for you, not for other people. am i right?



Assalamualaikum.

hai guys. it's has been a long time ai tak update kan. Ai just read nurulbadiah blog. yes, ai love to read her blog. And she is ganurian. ai can't believe this. hot blogger with a same state as me. oh, how excited.


nurulbadiah lai


Once again, ai like her topic."Remember the compliments you receive, forget the insults".


Yes! why need to be sad because of others? why? why?

please don't guys. it just make u feel hurt. Let say orang cakap macam ni kat u.

" alahh, kau tu belajar tinggi-tinggi, belum tentu dapat keje bagus "
" blog kau ntah pape kot. bajet bagus ape "
" old fashion laa kau ni "

oaaammjayyy. for me, senang je. you make your live good, and ai will do the same. you do your own, and me also.

why need to feel down because of them. no need guys. buang masa je.

we are born to be success. nobody want to be failed. right?

so, please. be somebody that you want to be, not others want to see you as. you will never happy if you just live to get attention from people around you.

you live for you. not for other people. do what you want to do as long it does not conflict with our religion. peace! =)




ok bai

Tuesday, May 10, 2011

sunyi sepi sesepi cerita sepi.

hai guys!

just want to share. rite now kan semua budak-budak u kan dah start cuti. just left me behind. oammjaayy. sunyi sepi je. sesepi cerita sepi. there are nobody. aku siap boleh tido kot dalam bilik postgraduate tuu. penat pikir duk buat research, tido jap tenang-tenang minda. heaven gila uolss. dahla siap dengan sofa bagai.

and i'm not alone. stay with my friend and other masters student. ade foreigner jugak. speaking berhabuk. laju nak mamtik. aku sambil wat keje sambil dengar diaorang bersembang. haha. keji! =)





but heaven gila bila takde orang. feel like umt ni aku yang punya. haha

wutever.


p/s: sudeh2 laa tu melalut. kiki


ok bai




Saturday, May 7, 2011

Eh, tak sangka pulak kau jadi laki aku!



Tadi ko buzz aku kat YM. aku malas betol nak layan. aku tau ko just nak menhanjeng aku pasal aku kantoi tak mandi pi kelas pagi tadi. dan ko buzz lagik, dan ko buzz lagik. dan.........


okeyh aku buzz balik. ko teros taip, "HOI BUSUK!" dan kita teros berbalah-balah, mengutuk satu sama lain...... sampai ke pagi... hey, ko tau aku sebenarnya tengah gadoh dengan BF aku, tapi dengan gadoh-gadoh dengan ko kat YM aku teros lupa rasa sedih aku...


macam biasa, pukul 11 time aku online. aku online ym, dan...... ko buzz lagik. aku macam seronok jek bergadoh manja-manja dengan ko semalam, maka hari nih aku pon teros layan dan layan dan layan.... sampai lebammm!


masuk hari ketiga, kita bukan sekadar bergadoh malah start share problem each other. mesti laa kau start dulu, sebab aku kan tengah dingin dengan bf aku. aku cerita lah pasal hubungan kiteorang, pasal bergadoh, pasal memujuk.... ko dengar jek, dengan ikhlas hati. sampai pukul 5am ko layan dengar citer aku.


hari keempat pulak, turn ko cerita semua. ko cakap ko malas kapel sebab ko ada sejarah hitam. aku paksa-paksa, ko pon cerita ex ko dulu curang dengan ko! dah laa dia curang dengan kawan baik ko. so, ko rasa malas nak cayer pompuan dahh. ko cerita jugak pasal some of girls who our classmate yang suka kacau-kacau ko. ko cakap, ko bukan tak suka tapi ko belom bersedia...


day-by-day kita dah jadik macam rutin sembang-sembang kat YM. kat kelas kadang-kadang jek kita bertegur sebab kita hanya sama satu kelas. ko pon busy aku pon busy dengan hal aku. kadang-kadang kalo aku atau ko tak online, mesti rasa incomplete gilaa.


satu hari, aku dapat tau bf aku ada orang lain. Miza nama skandal dia.. halaaa, Miza yang hot tuh. yang ko penah citer pasal dia dulu. Miza memang hot, cantik, kulit halus, bergaya, pandai, confident tinggi, etc2. pendek kata miza perfect lah. nak comparekan dengan aku, memang jauh laa bezanya.lama jugak aku bersedih. masa tuh aku tak online. aku menangis. ada dalam seminggu aku macam tuhh. rasa rendah diri beb! lagik pulak, dah laa bf aku cakap sendiri kat aku, dia sayang Miza lebih dari dia sayang aku! sedih kan?


weekend tuh aku online. aku remove bf aku dari fesbuk. dan jugak Miza. okk status dorang in relationship okk! ohh memang bf aku hot, baru seminggu clash dah in relationship. WT............

aku on ym. wahhh, ada banyak message dari ko. tiap-tiap hari ko bagi aku semangat! mana ko tau aku bersedih? terharu you.... tapi no wonder la kan, department kita bukan besar mana. mesti ada orang sok sek punyaa. malunyer aku! mesti semorang tau aku loser... demmm!


5 minit termenung depan skrin, ko buzz. aku tengok jekk. aku rasa malu. malu dengan semorang. tetambah dengan ko. konon-konon citer aku bercinta macam nak gilaa, tetiba......... hermmm.


ko keep on buzz ym aku, sebab aku tau ko nampak aku online kan? tetiba ko cakap, "dina, baik ko buzz aku balik. kalo tak aku kol ko sekarang!" halamakkk, aku tengah nangis nih mana boleh kasik dia kol. aku teros buzz cepat-cepat...


okk habes semua aku citer kat ko. dari A-Z. petang tuh jugak ko bawak aku jalan-jalan kat KLCC. dengan mata bengkak aku, ko try bagi aku gelak! macam-macam lawak ko buat. seryes, i'm tacing beb! tapi...... aku ingat kata-kata ko, ko tak nak berkapel, maka tak boleh laa aku nak ada perasaan lebih-lebih kat ko.


semua maintain macam ni jek. kita still kawan. ko selalu bagi semangat kat aku. bila kita free kita hang out sama-sama. sampai laaa masa kita grad, tak der apa-apa yang berubah. ko dengan aku still kawan.....


----------------------


aku kena posting kat johor, ko pulak sabah. still ym dengan fesbuk penghubung kita. oh yea, aku benci pegang handphone, maka kita memang jarang berhubung melalui telephone.

ko selalu tanya aku, "ada bf baru belom?" aku.... "nanti dulu serik lagik!" aku malas tanya ko sebab ko memang akan jawab, "nak teros kahwen jek!" okk, fine!


selama tiga tahun, kita tak jumpa. ye laa, hometown ko pahang, aku perak! kalo balik sekali-sekala mesti banyak hal dengan keluarga nak uruskan. memang berhubung dengan cara itu, ym dan fesbuk....


-----------------------------


hari nih 3 syawal. aku tak online dah tiga hari sebab sibuk dengan tetamu, dan kawan-kawan yang berkunjung. tetiba ko text aku, "aku nak ke perak dengan keluarga, ada hal..." aku, "sempat singgah la rumah.." ko balas, "meh address, full address, kalo sempat aku singgah!"sampai malam aku tunggu, nan adooooooo! so, aku tak harap apa-apa laa kan. ko pon cakap KALAU SEMPAT.


4 syawal. wedding kawan aku kat ipoh. aku bangun awal pagi sebab aku janji dengan yang lain nak bertolak dalam pukul 11 pagi. tapi hati aku berdebar-debar. ohhh, nak tengok kawan kawen kot sebab tuh berdebar.... pukul 11 pagi aku pergi... sampai ke malam jugak laa baru balik rumah. biasa la kan lama tak jumpa kengkawan sekolah...


balik rumah malam tuh, ibu, ayah dengan keluarga-keluarga lain tengah duduk kat ruang tamu. aku masuks emua mata pandang aku. aku mula cuakk. aik, takkan sebab aku balik lambat kena marah? aku kan dah besar..... ker baju aku over sangat? lipstik comot? eh, eh kenapa nih??

ibu panggil duduk sebelah ibu. seryes aku cuakk!


ibu: dina, ibu ada benda nak cakap nihhh........ (muka ibi senyum-senyum. tenang jek..)

aku: kenapa ibu? maaflah dina balik lambat, jumpa kawan-kawan seronok bersembang. dina janji dina takkan buat lagikk. (aku gelabah!)


semua tergelakk. kakak aku, abang ipar aku, adik-adik aku. hermmmm....


ibu: bukan tu laa dina. itu ibu paham. lagi pon dina dah besar, ibu tau dina pandai jaga diri...

aku: habes tuh ibu??

ibu: ibu dah terima pinangan seorang tadi untuk dina. dina pon dah lanjut usia, ibu nak anak ibu kahwin, ada keluargaa...

aku: hah? siapa ibu orangnya? ibu...... dina tak nak kawen lagik. dina belom jumpa suami yang baik buat dina lagikk. ibu... please....

ayah: tapi kami dah terima. budak nih cakap dia dah kenal dina 7 tahun dah. takper laa, esok dorang datang lagik nak dengar kata putus dari mulut dina, dina pikir yeaa...

aku: tapi dina berhak untuk tolak kan kalo dina rasa tak sesuai?

ayah: yea dina ada hak. tapi........ dina dah 27. karang lambat-lambat takder saper nak dina..


aku teros naik atas. ohh patot laa aku berdebar-debar. tapi....... siapa ek yang dah kenal aku selama 7 tahun? tah-tah ex aku? ohhhh NO! aku takkan terima diaa.......


aku teros on lappy. bukak ym. tunggu ko online. hermm, takder pulakk! mesti sebuk beraya nih. aku nak message ko citer apa yang terjadi, tapi........... ko mesti sebuk kot kan? hermmmm. so aku teros jek taip aper aku nak cakap.. nanti ko online mesti ko bacaa.. lepas taip-taip teros aku tertidor, penat berjalan seharian kot.


pagi-pagi lagi dah terbau sedap dari dapur. aku mandi, solat dan turun bawah...


"eh along banyak gila ko masak. saper nak datang?"

"kawan aku nak datang kang.. meh-meh tolong aku!"


pukul 9 pagi, makanan semua dah terhidang atas meja. ibu suruh aku tukar baju kurung. aku tak nak sebab aku nak tunjuk muka sememeh aku depan rombongan meminang tu karangg. haaa, baru dia tau betapa hodohnya aku... konpem teros rejek nak kawen dengan aku..


9.30 pagi rombongan pon sampai. ayah aku punyaa nak tunjuk baik, jempot dari depan pagar rumah. sebelum mak aku bangun bersalam mak aku bisik kat aku, "Dina pikir baik-baik. untok masa depan ko jugakk!'' teros ibu bangun dan ke muka pintu.


kakak aku tarik aku ke ruang tamu untuk salam-salam. aku pon bangun. seryes selekeh. aku pakai tshirt labuh kaler hitam, dengan seluar tidor. tudung indon kaler pink. biarkan ko kecewa wahai orang yang pepandai nak masuk meminang. hahaha!


sampai ruang tamu, aku terkedu.. aik, aik asal mamat nih ada sekali? aku salam semua pompuan-pompuan yang ada kat situ teros aku duduk sebelah ko. "amir, ko datang salah time laa. sekarang tetamu ayah aku tengah ramai. jom pergi dapur, kita makan-makan! kesian ko datang dari jauh.."


semua orang pandang aku... tetiba ayan aku bersuara....


"aik, kata tak nak terima, tuh dah ajak pi dapur makan-makan ape cer?


aku? haaaa?


"amir ko dah gilaa? ko jangan main-main amir. ko kenal aku macam mana kan? nih bukan hal kecik-kecik amir. ini seryes!"


amir: pasal aku kenal ko laa aku buat macam nihh. aku seryes dina! believe me....


aku............ teros nangis, dan............ yeah, i accept him tapi...... malu-malu!


------------------------


AMIR ZAQUAN:

sebenarnya kan.......... aku dah suka ko sejak kita sama kelas! tapi aku tak tau nak sembang aper. lucky ko approve aku jadik member ko kat fesbuk and ym. kebetulan ko kantoi tak mandi depan aku... memang aku senyum-senyum sepanjang hari tak sabar nak bahan ko sebab by that way baru aku ada point nak sembang dengan ko. hehehe~


masa ko citer pasal bf ko, aku sebenarnya jelesss. sebab tuh aku balas lambat. ko cakap aku sabae mendengar kan? sebenarnya takk, aku dok tahan hati... kalo aku balas on-the-spot wajib kantoi aku jeles. hehe..


kebetulan pulak bf ko bagi chance kat aku by dua kan ko! masa tuh aku sedih laa tengok ko sedih. tapi...... separuh hati aku dah nampak peluang aku cerahh...... yeahha!


kenapa lambat sangat kan aku take action? sebab.... aku nak tengok sejauh mana ko boleh lupakan bf ko. sejauh mana ko perlukan aku. tapi bila dah tiap-tiap hari ko mesti chat dengan aku, okk i think i mean a lot for you! kan?


and........ aku penah dikecewakan, maka..... i'm sick of couple. aku nak kawen teros! i told you earlier kan? so, sekarang aku dah try. cuak tau time baca kat ym tuh ko nak rejekk orang tuh.. tapi......lucky ko accept jugak aku! jom la kawen, jom laa kawen... cepat-cepat tau sayang... I LOVE YOU!


---------------------------------


FARAH MEDINA:

aku kan, aku kan............ okeyh, aku dah tersuka kat ko since ko hiburkan aku kat klcc time aku putus! hahaha. tapi.... ko kan laki, takkan aku nak start dulu kan? so, diam-diam sudahhh.

cakap panjang tak laratt......... so, I LOVE YOU TOO.... kawen? SABARLAA SAYANGG. opp!


-----------------------------------


just few days left. cuti sekolah nih kiteorang bakal berkahwin! yeahhaaaa........................ eh, eh nak panggil dia aper eh? hermmm.


- - - - - - - - - - END - - - - - - - - - -


wajib ler cerita tipuuu..................... grrrrrr~ (takder kena-mengena dengan yang mati ataupon yang masih hidop!)


moral: kita tak tau kan saper jodoh kitaa.. tapi dah ditentukann... so.. jangan ler cinta kat pasangan kita lebih-lebih sangat.. sama-sama laa bermuhasabahh eh! peace:)


ok bai