Wednesday, December 2, 2015

Mary Kay - Falling in love


Hai, Assalamulaikum.

Mary Kay - Falling in love. Amboih hangpa. tajuk kemain naa. heee. Ok, aku sebenarnya nak review pasal produk Mary Kay. Seriously, Mary Kay sangat best. Ehem!

Ni nak habaq mai. aku dulu masa zaman muda-muda remaja masa sekolah menegah, memang kulit halus mulus suci murni gitu haa. memamg takde jerawat langsung. masa tu tak pakai apa-apa skincare pun. Yelah. kulit takde masalah, tak kuasa ahkak nak cari pasal dik non ui. 

Then, masuk matrik, kawan-kawan semua duk pakai skincare itu ini, aku pun terasa nak pakai jugak la kan. try la temulawak krim siang yang bekas hijau tu. serius temulawak best. kulit jadi halus sangat. aku pakai tu sampailah akhir sem 5 di ukm. masuk sem 6, kenkonon nak lagi halus kulit, try lah tambah krim malam temulawak dalam koleksi skincare aku. katanya kan. koleksi sangat -_-'.

Alkisahnya, selepas seminggu pakai, muka flawless ya amat. ramai tegur kulit muka comey. TAPI masuk minggu kedua, jerawat naik banyak gila, sedih masa tu tuhan je tahu. Dahla sem akhir degree, muka macam tu. orang tegur sana sini. Aku pun try produk nak bagi jerawat hilang, tapi tak hilang-hilang jugak. aku fedup, aku fokus dekat study. tak sangka tetiba dapat pointer 3.80. tapi sijil dekan sampai sekarang aku tak ambik dekat UKM tu. lol

Rupanya, krim malam temulawak tu beracun. kawan aku la bagitahu. patutla masalah jerawat aku tak hilang sampai aku sambung study dekat umt. then, kawan aku pun suggest pakai krim herba natasya. aku pun try la kan. mak aih. macam miracle. kulit putih gila, jerawat pun hilang macam wow. aku pakai natasya dalam dekat 4 tahun jugak la sampai la rasa kulit muka macam pedih. makin menipis kot.

aku pun stop. aku try makan shaklee. dari la vitamin c,e esp, macam-macam jugak la. tapi jerawat start naik balik. masa tu position lecturer IT dekat PSMZA. perasaan fedup tu datang balik sampailah suatu hari aku tanya ofismate dia pakai skincare apa sebab kulit dia takde jerawat dan nampak lembut and lembap je. dia cakap dia pakai MARY KAY. dah lama jugak la dia pakai. dalam 4 tahun macam tu.

Aku pun try contact beauty consultant dia melalui fb. dia bagi sample botanical dan timewise. dia suruh aku try timewise. bila aku try timewise, WAHHH bestnye. consultant tu cakap, timewise sesuai dengan kulit muka aku. Esoknya aku terus order timewise satu set dengan ada beberapa lagi produk mary kay. 



siap consultant tu bagi free foundation brush dan facial cotton lagi. Semoga awak dimurahkan rezeki ye kak linda.

aku start pakai set timewise ni akhir bulan 5. masa awal-awal tu, jerawat naik dalam 3,4 biji setiap bulan. stress jugak pada awalnya sebab dahla beli barang mary kay ni habis dalam 700++. tapi muka tak baik-baik jugak. so, aku mmg dapatkan consultation dari kak linda, my mary kay beauty consultant. dia nasihatkan aku untuk stopkan night solution dan day solution for a while dan dia bagi free mary kay mask. so aku stop day and night solution for two months dan aku pakai mask every night untuk sebulan lebih.

Dalam bulan 7, aku start balik pakai complete set sampailah sekarang. alhamdulillah. suka sangat dengan Mary Kay product. kulit muka makin moist dan jerawat jarang tumbuh. kalau ada pun sebijik dua yang kecik cinonet. then bila pakai mask, esoknya jerawat tu mesti kecut. seriuosly memang tak akan tukar skincare lain dah. bila pakai cleanser mary kay, rasa macam tiap-tiap hari buat treatment dekat spa. best.

Much Love, CtKamila.

Bye.