Thursday, September 30, 2010

Berebut parking smpai nak bergaduh!..


Sat2...den nak gelak dulu..hahahaha. ok stop! hehe

semalam aku pergi mydin mall KT dengan kakak aku. Aku yang drive sebab kakak aku penat baru balik kerja. So, dengan hati yang berbunga riang nak cari hadiah kawen konon nya, benda lain la pulak yang jadi.

Sampai je mydin mall, OMG ramai gilak orang kau tahu. Sampai semua duk berebut parking. Kalau aku tahu la macam gini jadiknya, baik aku pergi hari lain.

Aku pun tunggu la parking. Lepas lama jugak menunggu, kereta depan aku pon nak keluar. Aku terpaksa reverse nak bagi kereta tu keluar. Tapi kereta belakang aku punya la x reti bahasa tak reverse pon dia punya kereta sebab nak berebut dengan aku. Wutthenyah betol la. Aku tengok cermin belakang, nasib baik pakcik. So aku pun bagi parking tu kat dia. But anak perempuan dia, maybe sebaya aku kot, kurang asam der. Bukan nak ucap thanks ke apa kat aku, siap sengih2 ala-ala perli ke aku. nyah betol la...

then, aku wait lagi dengan perasaan penuh tidak sabar. hahaha. tetibe, jeng3 kereta sebelah kanan nak keluar. Dua bijik pulak tu. Aku dah bagi signal kanan sebab nak masuk parking tu. Tiba-tiba tup ada kereta myvi putih depan aku berebut dengan aku. Semua guys. Then guy kat belakang tunjuk kat aku and kakak aku dia nak masuk parking tu. Hoh, kakak aku punya panas hati, dia tunjuk isyarat yang aku nak masuk parking tu. But lelaki tu pun kurang adabnya, tunjuk-tunjuk yang dia nak masuk. Last-last, korang tahu apa kakak aku buat, dia terus tunjuk penumbuk. Hambik kau!.

Then si guy ni still tak puas hati pandang aku pulak. Aku marah-marah cakap parking tu aku punya. Apa hal datang-datang terus nak ambik parking orang. dia pandang je aku tak puas hati. Apa, ingat aku takut ke mentang-mentang aku perempuan. Mujur aku tak keluar bergaduh dengan kau je. Kalo tak, tak ke haru jadinya. Then the guys blah macam tu je sebab tak puas hati dengan kitaorang. Haa, tahu pun yang parking tu bukan kau punya okeh.

p/s: dalam hati " wutthenyah betol. belajar la adab nak hormat orang sikit. isk!


chow cin chow.


Monday, September 27, 2010

Eh, macam pernah nampak je muka kau nih..


Haa...pernah tak korang mengalami situasi ni. First time kau jumpa seseorang tuh, then orang tu cakap cam gitu kat kau.

Aku dah banyak kali dah kena. Baru ni aku jumpa lecturer uitm, aku sembang-sembang dengan dia. First time aku jumpa dia. Then dia cakap dengan aku. " macam pernah tengok ah muka awak ni, tapi kat mana eh". Aku pun jawab la der, kat bandar KT kot. iya-iya je aku. haha. Then dia gelak je ;p

pastu baru ni aku masuk seminar. Ada sorang akak ni cakap dengan aku. First time jugak aku jumpa akak ni. dia cakap " mila duk katne eh, rasa macam biasa nampak laa. ke biasa shopping kat giant? ". Aku tergelak dengan ayat dia. Hadoii kak..macam-macam. Aku jawab " ye la kot. muka giant ai nih" hehe


kadang-kadang kelakar lak bila first time jumpa seseorang, dengar soalan macam ni. kalau nak dikira dihitung semua, dah 5,6 kali aku kena tanya dengan soalan macam ni..

ke aku dah diklonkan??

wakakaka...

chow cin chow..



Thursday, September 23, 2010

betul ke si dia jodoh aku?



kalau dah jodoh tak kemana. Itu yang biasa kita dengar kan? memang betul pun apa yang orang kata tu, but taw tak kita bahawa jodoh ni ada 3 kategori.

sebenarnya aku taw ni pun masa tengok filem syurga cinta hari tu. hahaha. ok-ok. meh nak habaq mai tiga kategori jodoh.

first : jodoh dari syaitan

--> kamu dan si dia bertemu. kemudian jatuh cinta. Akan tetapi kamu dan si dia membuat maksiat lalu menyebabkan kamu pregnant. Akhirnya kamu bernikah sebab nak tutup malu. Itu namanya jodoh dari syaitan. (mintak dijauhkan la jodoh dari syaitan nih..)

second : jodoh dari jin

--> kamu dan si dia bertemu. si dia jatuh cinta pada kamu. Tapi kamu tak menyukai si dia. Si dia menggunakan jin untuk membuatkan kamu menyukai si dia. Akhirnya kamu pun berkahwin. (nauzubillah..)

third : jodoh dari Allah

--> kamu dan si dia bertemu. kemudian saling jatuh cinta antara satu sama lain. Kamu dan si dia ambik keputusan untuk berkahwin dan hidup dengan bahagia selama-lamanya. Inilah jodoh yang sebenar-benarnya datang dari Allah. Dan ianya dinamakan syurga cinta <3



Wednesday, September 22, 2010

Ku Memohon - Fida.rv





lagu tema epilog syurga cinta. Best jugak suara dia nih..












Tuesday, September 21, 2010

orang bijak pandai...


Assalamualaikum dan salam satu malaysia.

eceh! macam wartawan gituuu...kahkah *pengsan. Bila aku sambung belajar buat master ni, baru aku tahu situasi orang bijak pandai. Bukan aku yang pandai, but student-student yang dah sem 3 or 4 buat master or phd yang satu U dengan aku.

Banyak bezanya. rasa macam kerdil pulak aku ni. Diorang punya opinion and the way they talk, pergh superb. Sampai aku pon ternganga tak tutup-tutup. (den tipu je. kan tak pasal-pasal lalat masuk dalam mulut den ternganga cam gitu. hahah).

Tadi second supervisor aku suh aku masuk seminar under group dia. So, aku pon pergilah sorang-sorang. ye la, geng ak yang nak masuk sambung master dengan aku, terpaksa kiv and masuk bulan 12 ni. Aku masuk dalam bilik perbincangan tu senyum-senyum kambing je. Sorang pon aku x kenal. haha.

But, semua student under group tu ok laa. Even from 12 student, 5 orang tengah buat phd. tak sombong pulak tuh. Aku pon apa lagi, usha-usha ah tanya tentang nak mintak scholar and all these things. Seronok la pulak bercakap dengan orang bijak pandai ni. mostly ramai student situ dah kerja as lecturer.

And aku yang paling muda. Ada yang panggil aku adik. haha. Terkekeh-kekeh aku suka. Mana ada orang panggil aku adik before this. So, aku suruh diorang panggil nama aku je. ;p ;p

hehe

chow cin chow.


Sunday, September 19, 2010

mak aih!


Mak aih!

apo yang mak aih pun den tak tahu..haha. Xde lor, begini alkisahnya.Aku tak paham la sesetengah pihak yang PERASAAAN bagus. Tapi bagus ke? perasan je kot. muahahaha

ramai la yang macam ni sekarang. bajet bagus. Apa taknya, semua yang kita buat x betul la, salah la, incorrect la... * erk, kan sama maksud je tu..lalalala~

fine! berbalik kat cerita asal. ye la. mana tahan dengan orang macam ni. Asal kita cakap je, dye potong cakap kita, ko cakap tu salah la. Mende macam tu pon tak tahu. *wow, terasa pedasnya bak makan cili seguni. hahaha

Apa ko hengat ko cakap tu semua betul ke dik non oii! udah-udah la nak berlagak tu. Tak kemana pun nanti. Dengar la nasihat kak pah ni dik non!
*sejak bila aku jadi kak pah? musykil....hahaha

bagi aku la kan, ko belajar tahap tinggi mana pun tapi kalau tak reti nak respek orang, sampai bila-bila pun orang tak akan respek ko balik.

hurmm...

chow cin chow


Saturday, September 18, 2010

sanggup you mendua mentiga mengempatkan ai...sampai hati youuu!


Assalamualaikum.

Tengok tajuk entry macam nak kena pelempang je kan. Sebenarnya ni bukan kes madu dua tiga empat pun.

Tapi ai heran la you all kenapa ai punya perottt sakit bukan main lagi. Bukan sakit perot biasa, but sakit dalam perot. nak kata ai kena penyakit appendix, ai dah kena operate dah empat tahun lepas. habis ai sakit apa ni you all?

ai dah tak larat laa nak sakit-sakit teruk macam ni sampai dua, tiga, empat hari. Habis segala jenis ubat yang doctor encem tu bagi, ai telan. Masalahnya encem ke? hahaha (gelak jahat). Ni kalau doctor tu taw ai cakap macam ni, sah-sah ai kena suntikan pree. Laaarriikkk!! muahaha

chow cin chow


Thursday, September 16, 2010

cara pakai selendang gaya heliza helmi ;p



Assalamualaikum...

korang sihat? hehe.. Baru-baru ni kawan aku ada tanya cara-cara nak pakai selendang gaya heliza helmi..alaaa, heliza helmi AF tu..tapi aku tak ingat AF berapa...haha. So, dia suruh aku buat video cara-cara nak pakai selendang gaya tu.. Sebab member aku ni punya pasal, aku pun buat la satu video ni..Tentang cara pemakaian selendang ala-ala heliza helmi ;p


Tue kat atas tu contoh gambar heliza. So, aku pun ekjas sikit ikot citarasa aku. Jangan gelak sudah..haha.







Ni first time aku buat video...macam cuba try test laa ni. So, if korang nak cuba, can try it at home, hostel, umah sewa.. or whatever la..asalkan puas hati..hehe

selamat mencuba!

chow cin chow




Wednesday, September 15, 2010

nilai sepuloh ringgit..


Assalamualaikum koranggg...

ni den ado satu cerita den nak share. Ekau semua layan yo! hehe


Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut oleh anak lelakinya yang berusia tujuh tahun di muka pintu.

“Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?”

“Ya, nak tanya apa?”

“Berapa pendapatan ayah sejam?”

“Itu bukan urusan kamu. Buat apa nak sibuk tanya?”

“Amin saja nak tahu ayah. Tolonglah bagi tahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?”

“20 ringgit sejam.”

“Oh…” kata si anak sambil tunduk menekur lantai. Kemudian memandang wajah ayahnya semula sambil bertanya;

“Ayah….boleh tak Amin pinjam sepuluh ringgit daripada ayah?”

Si ayah menjadi berang dan berkata;

“Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa sampai mintak sepuluh ringgit? Nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan untuk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik ke bilik dan tidur, dah lewat dah ni.”

Kanak-kanak tujuh tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke biliknya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yang kecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini. Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan membuka pintu.

Didapati anaknya masih belum tidur.

“Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah sepuluh ringgit ini,” kata si ayah. Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang.

“Terima kasih banyak ayah,” katanya begitu gembira. Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping not sepuluh ringgit yang sudah renyuk.

Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang.

“Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dari mana kamu dapat duit di bawah bantal tu?” Jerkah si ayah.

Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya.

“Duit ini Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri setiap hari. Amin minta lagi 10 ringgit sebab duit yang Amin ada sekarang tak cukup,” jawab si anak perlahan.

“Tak cukup untuk beli apa?” soal balik si ayah.

“Ayah, sekarang Amin sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah. Amin nak makan malam bersama ayah,” jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya. Baru si ayah benar-benar faham maksud anaknya itu.

Selepas mendengar penjelasan anaknya, si Ayah terus mendakap anaknya dengan penuh kasih-sayang dan bersalah kerana membiarkan anaknya diabaikan.


Moral

Kadangkala kita terlampau sibuk sehingga mengabaikan insan tersayang yang dahagakan kasih sayang dan perhatian kita. Oleh itu, luangkan sedikit waktu untuk bersama mereka.

chow cin chow


Monday, September 13, 2010

Gelagat muda mudi masa raya ;p

Assalamualaikum semua...


Hari ni dah hari raya keempat. aku rasa macam semalam je baru first day raya. Cepat gila masa berlalu an. Nanti sedar-sedar umur aku dah tua.haha.

Raya tahun ni memang aku beraya sakan. Sebab empat-empat hari aku pergi beraya. cuma first and second day raya penat. sebab layan tetamu yang datang. aku dengan kakak aku la yang jadi bibik time raya..So, bila malam je apa lagi, tido awal ah. Orang cakap memang tido mati punya. Hehe

hari raya pertama, kedua and ketiga aku beraya dengan kereta. Hari ni aku pergi beraya naek moto pasal dah tak larat nak tunggu berejam-rejam nak sampai rumah. Jem punya pasal. Ponat den nak menunggu aih!

So, bila beraya dengan moto ni baru nampak gelagat muda mudi tyme raya. Kalo dengan kereta tak perasan. Ada tiga kisah yang boleh aku share kat sini..

kisah 1
Masa kat trafik light, jalan aku trafik light merah. So, ak berhenti laa..depan aku ada 3,4 buah moto (semua lelaki). Belakang aku pon lelaki. Aku dengan membe aku tersepit kat tengah-tengah. Bila trafik light belah sana hijau, lalu laa gurl lawa gak laa bawak moto. Semua lelaki depan aku ni toleh tengok gurl lawa tersebut. lama pulak tuh. Pastu toleh lagi sekali. Aku dah tergelak dengan membe aku. Macam2 remaja-remaja sekarang.

kisah 2
Aku pergi beraya rumah membe aku hari ni. Kan naik moto. Aku macam biasa ah,setia dengan moto egois aku. hee. Then masa nak balik, aku dengan membe aku baru nak gerak, pastu lalu la mamat dua orang naik satu moto. Sempat lagi laung " assalamualaikum " kat aku and membe aku. Aku pun cakap macam gini ( tak baik tak jawab salam an, so waalaikummussalam. wakakakaka). Gila selamba badak aku..kihkihkih. D

kisah 3
Kisah kat trafik light lagi. aku berhenti kat sebelah kereta masa kat trafik light tu. Tapi aku tak perasan laaaaa pulak kereta sebelah aku tu semua lelaki. Pastu lelaki sebelah kiri turunkan cermin kereta.. Cakap hai. Boleh mintak no phone? Aku jawab tak pakai handphone. Tak mampu der...wakakaka..pastu bila lampu hijau je..ak pecut ah.. Kan tak pasal-pasal aku kena tibai..haha

macam-macam..So, kalo rasa nak cari pakwe tyme raya, pergi laaa beraya naek moto...hahahaha





p/s: jangan jadi macam ni ye kawan-kawan bila bawak moto.. Pesanan penaja TV3 '


chow cin chow


Friday, September 10, 2010

Pengalaman first day raya.

Assalamualaikum..

Hr ni first day kite beraye..so amacam korang?? best tak beraya tahun ni...mesti best kan..tp aku rasa tahun ni raya tak berapa meriah laaa.....sebab orang kampung aku macam balik kampung pulak. So, kampung aku macam sunyi sikit...

Aku tahun ni beraya macam biasa. Pagi pergi sembahyang raya, then balik salam-salam ngn family aku semua...mohon maap then apalagi, duit raya ah beb..hahaha..takdelah koranggg, aku tak banyak pun dapat duit raya. Bagi duit raya adalah ;p

Bila raya je..apalagi kan..mesti nak bergambar.. So, ni la antara gambar-gambar raya tahun ni..yang paling seronok, sha (anak sedara aku)..comeiiii gile pakai baju kurung..hehe





see anak sedara aku si sha ni..comel kan..





aku with sha..




banyakkkk lagi gambar sebenarnya..tapi dua keping cukup la eh..hehe..esok nak pergi beraya rumah membe-membe...sape nak ikot, jom!! heheh


chow cin chow



Tuesday, September 7, 2010

salam lebaran..


Assalamualaikum..

sekejap je kan..pejam celik pejam celik, bulan ramadhan dah nak pergi meninggalkan kita semua..Sekarang ni masing-masing tengah sibuk buat persiapan nak raya. Aku pun sama la...nak bakar lemang lah, bungkus tapai lah..buat kek lah..tapi semua tu best..sebab kita buat persiapan tu setahun sekali je kan.. terasa nikmat nak beraya tuh..hehe


Bila raya je, semua duk mintak maaf..satu amalan yang bagus sesama muslim. So, aku nak ambik kesempatan ni, nak ucapkan selamat hari raya buat semua..maaf zahir dan batin. Sesape yang rasa nak datang beraya umah aku, mai lah..tp!! bawaklah duit raya sekali ye...hahaha ( gurau je eh)..


Tp kan korang...dalam kita nak beraya ni..kena ada adab jugak...so, ak selitkan adab-adab beraya sebagai renungan kita semua... ;p

1) Memperbanyakkan takbir raya.
2) Mandi sunat Aidilfitri.
3) Memakai pakaian yang cantik tanpa mendedahkan aurat.
4) Melaksanakan solat HariRaya secara berjemaah dan menghadiri khutbah raya.
5) Makan dahulu sebelum pergi ke tempat solat.
6) Melalui jalan yang berbeza sewaktu pergi dan balik dari tempat solat Hari Raya.
7) Mengucapkan tahniah. Eid Al-Hafiz Ibn Hajar menjelaskan dalam kitab al-Mahamiliyyat dengan sanad yang baik, para sahabat mengucapkan: "TaqabbalalLahu Minna wa Mink."
8) Menjauhi maksiat, seperti percampuran wanita dan lelaki secara bebas, berhias secara melampau, mendedahkan aurat dan sebagainya.


Renung-renungkan dan selamat beramal..heheh


chow cin chow..

Sunday, September 5, 2010

Aku telah ditag oleh cik serai..


Asslamualaikum...

Rules & Regulations
Firstly: If you've been tagged, you must write your answers in your own blog and replace any question that you dislike with a new, original question.
Secondly: Tag eight people.
Don't refuse to do that. Don't tag who tagged you.


1)Who sleeps in bed next to you?
biarlah rahsia...haha..jawapan tak leh blah an...hehe

2)Have you ever lied to a boyfriend to get out of something?
biarlah rahsia lg...abes semua kau nak berahsia kan mila! isk!

3)What kind of kuih raya did you make?
taun ni aku x buat kuih raya...semua kuih tunjuk...aku just buat kek coklat je...best siot! sape nk petik jari..hehe

4)Best day of the week?
Hujung minggu...sebab boleh potpet2 ngn semua ahli keluarga..hoyeahhhh!!

5)What's really creepy?
cite seram ah...sebut pon creep kan.. :D

6)What's your current fandom/obsession/addiction?
make up...tapi aku x reti pon..hehe

7)What are the color of your baju raya?
1) orange
2) maroon
3) biru
4) maroon hala2 ke pink...ntah, aku pon tak tahu kaler ape der.. teehee

8) What did you eat for break fast today?
nasi + paprik + sayur kulit rambai + blablabla....
* blablabla tu merujuk kepada lauk-lauk lain yang ade..hehe

9)What is your aim for this raya?
op koz nak duit raya..tp dah besar2 cam gini ghupenya, ada ke yang nak bagi??

10)What was the last thing you bought?
berbotol-botol minuman bergas untuk hari raya...

11)What was the cutest thing you've seen recently?
hmm....jap2, den tengah pikir...anak sedare den kot... ;p

12)Does the cute thing above affect your mood?
yes...op koz

13)What is your zodiac sign?
leo

14)Do you want to learn other skills?
yes..tp biarlah rahsia... :D

15)5 things you can't live without?
banyak nak kena taip ni...yang paling penting, spek/ lens. then barulah hp, laptop, streamyx, and cincin..mesti nak kena ada jugak kat jari tu..isk2!

16)If you could meet anyone now, who would you meet?
secret admire..eh2..ade ke??
p/s: aku mengarut je tuh...

17)What's something you'd like to say to someone right now?
jemput la datang beraye umah den..bawak duit raya banyak n banyak n banyak lagi.... ;p ;p ;p

18)What are you looking forward to?
menjadi seorang pendidik yang berjaya..amin :)

19)Say something to the person who tagged you
cik serai, maceh tag den yo...kalau tak keberatan, bagi la wet raya kat den sekali..hehe


ok...semua soalan aku dah jawab..so sekarang kena tag 8 orang..ni la kamu kamu yang bertuah itu..

2) ijan
4) ejat
7) afiq

satu lagi, sesape yang baca blog ni...kena tag jugak ye..hehe

chow cin chow


Saturday, September 4, 2010

fantasi pemandu teksi..






Seorang Nurse, Ratna menahan teksi. Sedang dalam perjalanan... Pemandu teksi iaitu Feddy asyik memerhati Nurse itu melalui cermin tengahnya..Merasa kehairanan... Nurse itu bertanya...

"Encik.. kenapa encik melihat saya begitu ??"

Feddy tersenyum malu dan berkata...
" Sebenarnya... saya selalu berfantasi....maaf ya... saya sangat ingin mencium seorang Nurse..."

"Oh begitu!! tak der masalah... encik boleh mencium saya.. kalau itu memang memberikan ketenangan buat encik... tapi saya ada syarat iaitu encik mesti masih single" kata Nurse...

Feddy gembira dan berkata...
"iya...iya, saya masih single".

Kemudian teksi itu diberhentikan di jalan sepi... Feddy terus mencium nurse itu selama 10 minit... kemudian mereka pun meneruskan perjalanan kembali.

Tapi feddy menangis teresak-esak sambil berkata...

"Maafkan saya cik... saya merasa bersalah... sebenarnya saya sudah berkahwin".

Mendengar penerangan itu Ratna tersenyum bijak dan berkata...

"Sudahlah encik... tidak ada apa-apa yang perlu di bimbangkan... Saya juga bersalah. Saya juga bukanlah seorang Nurse... saya adalah seorang Mak Nyah yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke pesta pakaian beragam"


wakakakaka...


adeh, ponat den gelak...haha


chow cin chow