Sunday, September 4, 2016

Pengalaman D&C

Hai, just come back.

Only God knows my feeling right now. Selepas setahun disaat aku terima nikahnya, i disahkan hamil anak pertama. Perasaan bila test upt dan nampak double line, terus whatsapp hasben. Suamiku seorang yang sangat cool down. Dia rileks je bila org keep asking bila nak ada anak since kami pasangan pjj. Tapi dia punya excited bila tengok gambar double line tu terus tanya, apa maksud dia eh? Means i bakal jadi papa? "Papa ke daddy eh" dalam nada bergurau. And me reply "debush baru tahu". Dalam nada bergurau jugak. Indahnya perasaan itu. 

After 3 month pregnancy, yes. I know i have low blood pressure. 80/50 and doctor asked me to rest. Kerja di ofis memang tak melibatkan kerja kerja berat cuma agak stress dengan kes student yang macam macam ragam. Tanggal 28 ogos 2016, i pergi checkup dekat klinik swasta. Doktor inform perkembangan janin stop di tahap 2 bulan. Kantung je membesar. Kena refer doktor pakar di Hospital KT. Perasaan pada waktu itu hanya tuhan yang tahu. Keluar dari bilik doktor, terus ke kereta. Air mata mencurah macam hujan lebat yang tak berhenti. Speechless.

Dalam pada tu, terus start kereta balik ofis. Balik balik je ofis, buat muka macam tak ada apa apa berlaku. Tapi ofismate jenis yang cepat perasan. Dia tanya kenapa. I cakap sekejap lagi i cerita. After cerita, muka ofismate macam a liitle bit risau. Terus dia call klinik kesihatan yang i buat buku pregnancy. Doktor kk suruh datang hari itu jugak. 

I cakap pukul 2 nanti i pergi. Tak dapat menahan perasaan, i terus masuk bilik kononnya nak buat kerja sambil menghadap pc. Sedangkan air mata mengalir laju buat kali ke dua. Petangnya i pergi checkup di kk. Doktor maklumkan perkara yang sama. Perkembangan janin stop dan doktor sahkan silent miscarriage. Bertapa hancur luluhnya perasaan di ketika itu. Doktor sediakan ambulans untuk bawa i ke hospital dungun then direct ke hospital KT. Mujur ofismate and my boss datang ambil kereta and bawa balik ke ofis. 

I terus call hasben inform doktor cakap silent miscarriage and need to go to hospital dungun dengan ambulans. Masa tu, nak inform hasben pun suara tersekat sebab tengah sebak and menangis tak berhenti. Dalam pada tu, whatsapp my sis inform pasal ni. Suami inform, dia gerak dari kl sekarang. Oh my. Risaukan diri sendiri lagi. Risaukan suami lagi. Macam mana la dia drive dalam keadaan yang serabut macam tu. i tak aspect suami terus balik since dia baru habis exam and esoknya dia ada final paper lagi. Malamnya dia akan fly ke jakarta for training. Semua flight ticket and training company dah uruskan. Hasben cakap dia tak boleh dengar suara i macam tu. Sebak.

29 ogos 2016, i admitted hospital after doktor pakar scan and dan buat ultrasound tapi result dia still sama. Doktor suggest for d&c sebab takut infection pada rahim. Sepanjang admiited, berapa kali kena cucuk, kena ambil darah, check jalan guna muncung itik, sakitnya Allah sahaja yang tahu. Suami diberi kebenaran untuk jaga i dekat hospital since bos dia gantikan orang lain untuk pergi training di jakarta. Suami call UTM untuk confirmkan boleh ke tidak untuk ambil exam pada hari lain since berlaku kes kecemasan yang tak diduga. And pihak UTM kata boleh. Allah, lega. Suami stay dekat sini sampai 31 ogos 2016. Suami dan keluarga yang banyak menguruskan i sepanjang admiited. 

30 ogos 2016, doktor inform suruh berpuasa dan proses d&c akan dibuat pada bila bila masa. I start berpuasa pukul 1 pagi. Pukul 7 pagi, nurse kejutkan untuk masukkan ubat seperti proses bersalin yang lain. After 1 hour, Allah, sakitnya sekitar rahim perut dan pinggang. Bila bangun nak pergi toilet, dah start bleeding rupanya. Air mata keluar lagi buat entah kali ke berapa. Suami dan keluarga tidak putus putus bagi semangat. Tapi i jenis yang tak tunjuk menangis depan orang. Suami dan my mom pun tak tahu i dah berapa kali menangis. Petanganya, tepat pukul 2.15 petang, nurse datang dan inform suruh salin baju putih untuk masuk ke dewan bedah. I nampak suami menangis di waktu itu. Dalam dewan bedah, doktor bagi option untuk bius separuh atau penuh and i said bius penuh doktor. My mom datang cium pipi ku. Suami juga sama sambil betulkan anak rambut yang keluar. 

Sebelum proses d&c, doktor bekalkan alat oksigen untuk i bernafas dan ubat bius dicucuk. Terus pengsan tak sedar. After sejam setengah, proses d&c selesai dan i dibawa ke wad. Dalam keadaan tak berapa sedar, suami dan my mom selalu ada di sisi. Suami genggam erat tanganku memberi semangat. Tanpa sedar, air mata mengalir. Dilapnya air mata tu dan i nampak mata suami berkaca. Yes, i know dia pun sedih. Dia keep saying, takpe sayang "insyaAllah ada rezeki lain lepas ni". 

31 ogos 2016, i dibenarkan balik. Sampai rumah almost 9 pm. Suami rest sekejap dekat rumah family dan terpaksa balik kl malam tu jugak since dah ambil emergency leave for a few days. Sebelum balik,   sempat dia berpesan, lepas ni u dah sihat, i bawak u pergi travel ok. Jangan sedih. Take care. 

Allah. Syukur dikurniakan seorang suami dan keluarga yang sangat baik.