Wednesday, January 6, 2016

Travelog : Trip to Korea ( Part 1 )


Assalamualaikum.

Ok, kali ni ahkak nak share pengalaman travel to korea. I know ramai yang search blog sebagai persediaan pertama untuk travel ke mana-mana kan. alahhhh, ahkak tahu sebab ahkak pun do the same thing. hee

ahkak travel berdua dengan suami. Kami tak pergi dengan agent sebab tak best. huhu. since encik hasben dah pernah pergi ke sana, so, alhamdulillah, everything goes well. Kami naik flight air asia X. Tiket pergi balik untuk seorang dalam RM1200. Kami stay dekat korea dalam 6 hari 5 malam. Starting 11 Oktober hingga 16 Oktober 2015.

Kami sampai di airport Seoul pagi. So mata macam layu-layu je. Kenangan manis di situ. Haha. So, sampai je, terus cari hotel berpandukan MetroHD. This application help us a lot. InsyaAllah tak sesat if guna MetroHD ni. Alahh, cepat pergi download dekat playstore. Free. 

Sampai je airport, kami terus menuju ke hotel. Encik hasben dah tempah hotel sekali dengan payment. Kami check in di itaewonInn. Not bad. Ada servis dobi baju. 



Then, biasalah encik hasben memang pantang bila perut dah berbunyi. So terus ajak ahkak cari kedai makan. Kami Makan dekat Muree Muslim Food since ramai cakap dekat sini makanan best. Kami order dua set makanan. 


Masa ni sakit tekak. So plain water penyelamatku. 



Nasi Beriyani Gam



  Ni makanan korea. Sedap. Lepas makan ni, malam tu, sakit tekak dah hilang. ajaib sungguh



Yummehh

After dah kenyang, meroyan pergi cari banana uyu. banana uyu ni dia macam susu perisa pisang. Ada je dekat mana-mana kedai. First impression, sedap ya amattt. Tiap-tiap hari beli banana uyu ni. Melting sungguh rasa dia.


Lepas dah fefeling minum banana uyu ni, kami menuju ke Itaewon Mosque. Cantik masjid dia. Negara korea ni sangat bagus sebab masjid banyak. Makanan halal pun banyak.


Itaewon Mosque. Cantik.



hamboih hamboih

Dah penat berjalan. Kami pun balik hotel. Malam tu, keluar ambik angin malam. fefeling honeymoon sangat. Kami ke Insadong Night Market. Dekat sini, transport yang paling utama, train. So dont forget to buy t-money. T-money ni penting untuk naik train ni. 


Captured by Encik Hasben. Seronok betul auntie sebelah ni tidur.



150cm vs 178 cm. Doaku semoga bakal anak-anak ahkak tinggi macam encik suami. Haha. Menyempat.



Insadong night walk



Insadong night market. Alahh, cantik sangat ni.

Then, lepas dah fefeling tu, kami pun balik hotel. Banyak sangat tempat menarik kat korea ni. Next entry, part 2 pulak ye. Tungguuuu.

Much Love : Ct Kamila. 

Bye

Wednesday, December 2, 2015

Mary Kay - Falling in love


Hai, Assalamulaikum.

Mary Kay - Falling in love. Amboih hangpa. tajuk kemain naa. heee. Ok, aku sebenarnya nak review pasal produk Mary Kay. Seriously, Mary Kay sangat best. Ehem!

Ni nak habaq mai. aku dulu masa zaman muda-muda remaja masa sekolah menegah, memang kulit halus mulus suci murni gitu haa. memamg takde jerawat langsung. masa tu tak pakai apa-apa skincare pun. Yelah. kulit takde masalah, tak kuasa ahkak nak cari pasal dik non ui. 

Then, masuk matrik, kawan-kawan semua duk pakai skincare itu ini, aku pun terasa nak pakai jugak la kan. try la temulawak krim siang yang bekas hijau tu. serius temulawak best. kulit jadi halus sangat. aku pakai tu sampailah akhir sem 5 di ukm. masuk sem 6, kenkonon nak lagi halus kulit, try lah tambah krim malam temulawak dalam koleksi skincare aku. katanya kan. koleksi sangat -_-'.

Alkisahnya, selepas seminggu pakai, muka flawless ya amat. ramai tegur kulit muka comey. TAPI masuk minggu kedua, jerawat naik banyak gila, sedih masa tu tuhan je tahu. Dahla sem akhir degree, muka macam tu. orang tegur sana sini. Aku pun try produk nak bagi jerawat hilang, tapi tak hilang-hilang jugak. aku fedup, aku fokus dekat study. tak sangka tetiba dapat pointer 3.80. tapi sijil dekan sampai sekarang aku tak ambik dekat UKM tu. lol

Rupanya, krim malam temulawak tu beracun. kawan aku la bagitahu. patutla masalah jerawat aku tak hilang sampai aku sambung study dekat umt. then, kawan aku pun suggest pakai krim herba natasya. aku pun try la kan. mak aih. macam miracle. kulit putih gila, jerawat pun hilang macam wow. aku pakai natasya dalam dekat 4 tahun jugak la sampai la rasa kulit muka macam pedih. makin menipis kot.

aku pun stop. aku try makan shaklee. dari la vitamin c,e esp, macam-macam jugak la. tapi jerawat start naik balik. masa tu position lecturer IT dekat PSMZA. perasaan fedup tu datang balik sampailah suatu hari aku tanya ofismate dia pakai skincare apa sebab kulit dia takde jerawat dan nampak lembut and lembap je. dia cakap dia pakai MARY KAY. dah lama jugak la dia pakai. dalam 4 tahun macam tu.

Aku pun try contact beauty consultant dia melalui fb. dia bagi sample botanical dan timewise. dia suruh aku try timewise. bila aku try timewise, WAHHH bestnye. consultant tu cakap, timewise sesuai dengan kulit muka aku. Esoknya aku terus order timewise satu set dengan ada beberapa lagi produk mary kay. 



siap consultant tu bagi free foundation brush dan facial cotton lagi. Semoga awak dimurahkan rezeki ye kak linda.

aku start pakai set timewise ni akhir bulan 5. masa awal-awal tu, jerawat naik dalam 3,4 biji setiap bulan. stress jugak pada awalnya sebab dahla beli barang mary kay ni habis dalam 700++. tapi muka tak baik-baik jugak. so, aku mmg dapatkan consultation dari kak linda, my mary kay beauty consultant. dia nasihatkan aku untuk stopkan night solution dan day solution for a while dan dia bagi free mary kay mask. so aku stop day and night solution for two months dan aku pakai mask every night untuk sebulan lebih.

Dalam bulan 7, aku start balik pakai complete set sampailah sekarang. alhamdulillah. suka sangat dengan Mary Kay product. kulit muka makin moist dan jerawat jarang tumbuh. kalau ada pun sebijik dua yang kecik cinonet. then bila pakai mask, esoknya jerawat tu mesti kecut. seriuosly memang tak akan tukar skincare lain dah. bila pakai cleanser mary kay, rasa macam tiap-tiap hari buat treatment dekat spa. best.

Much Love, CtKamila.

Bye.

Monday, September 7, 2015

Travelog - Universal Studio Singapore

Assalamualaikum.

Me coming back. Rasanya dah lama blog ni di anak tirikan. So, sebab perasaan rindu nak update blog tu dah datang membuak-buak. Makanya sibuklah aku menaip entri ini.

In fact, blog ini terhasil masa zaman degree dulu. Masa tu bosan dan jiwa masih muda remaja, banyaklah terhasil entri merapu dekat blog ni. kalau tak silap, masa tu tahun 2009 kot. 6 tahun yang lalu. 

Dari zaman bujang sampai la sekarang ni sudah berstatus isteri orang, banyak perubahan yang berlaku. Betul lah apa yang dikata, once you meningkat dewasa, you akan dapat rasa fasa perubahan itu.

Idea nak update blog terhasil sebab nak update more on travelog since my husband suka travel. He said that dia nak jadikan wife dia kawan travelling dia since travelling berdua itu romantik. Katanya. Hehe

So, after dah kawen, banyak tempat yang kami pergi. Idea nak ke Universal Studio Singapore ni datang dari aku jugak sebenarnya. So, semuanya diuruskan oleh husband (Ghaz). Dari lah pembelian tiket, hotel dan bas ke USS. Kali ni kami travel naik bas. Lain sikit dari biasa. Pembelian tiket semuanya dibuat secara online. Bas pula akan mengambil penumpang di depan Tune Hotel JB. Kami pergi bulan April. 24 April 2015.

Kami bertolak dari KL pukul 3.30 pagi. Sampai di depan tune hotel JB lebih kurang pukul 7 pagi. Bas akan bawa kami ke USS pukul 7.30 pagi. Since tak nak bermalam di Singapore, kami decide untuk bermalam di Tune Hotel JB. 

Bagi aku, USS sangat happening, Game dia banyak yang best. Tapi makanan dia agak mahal dan tak berapa nak sedap sangatlah. Untuk sampai ke USS, kita perlu melepasi 2 migresen. First Malaysia then baru Singapore.

Masa first nak dibawa naik bas ke USS, kami kena isi dulu dokumen since travel agency tu pejabat dia sebelah Tune Hotel JB.

 So, some of moment kami kat sana macam dalam gambar-gambar kat bawah ni.












 Till then.  Lepas ni i update travelog tempat lain pulak ye. Bye Korang


Monday, September 22, 2014

Current Life


Assalamualaikum korangggg..


Dah lama tak update blog sendiri. My life agak busy. Sampaikan dah berapa kali sign in blog sendiri pun tak ber update. Tapi aku bersyukur dengan kerja sekarang. Alhamdulillah, Allah permudahkan jalan hidup aku. Habis je hantar tesis akhir master,  dapat tawaran dari SPP untuk menjadi pensyarah di PSMZA. Akan ku ingat tarikh 1.11.2012 itu sampai bila-bila.

Walaupun jauh di sudut hati aku dulu, aku bercita-cita nak jadi pensyarah uitm. But, everything jadi lain bila aku dapat kerja ni dulu. And based on jawapan housemate aku yang sekarang ni pensyarah uitm, baru aku tahu rupanya gaji dia dengan gaji aku sekarang tak jauh beza. So, i decided.. malas dah nak apply uitm. hehee. n now, aku dah ditarik ke UPLI. walaupun banyak kerja adhoc, kita kena bersyukur dengan dengan apa yang kita buat. Baru semuanya berkat.

In fact, zaman sekarang ni, sangat susah nak masuk kerja line goverment. Recall back masa mula-mula masuk kerja kat sini, everybody keep asking me the same question. " Kau guna kabel siapa dapat kerja kat sini. dah la orang terengganu, dapat kerja pun dekat terengganu. orang lain ramai dapat jauh-jauh ". 

Me keep answering the same. " no kabel. kabel putus.. haha..kidding. tapi seriously said, it's true ". Alhamdulillah sebab Allah bagi rezeki ni. Cuma, Allah uji aku dari segi jodoh aku. Sampai sekarang.. tak kahwin lagi. Planning ada. Cuma masanya belum tiba.

Ramai orang tanya " whyyyy kau tak kahwin lagi haaaa . kerja ada, duit ada, kereta ada..dah cukup lengkap dah kau tu . Alahhhhhh, kahwin je la "

Me keep answering the same also " Doakanlah. Semoga Allah permudahkan segalanya. semuanya sudah tertulis untukku ".And they said " Aminnnnn, insyaAllah mila. kau memilih sangatttt..tahu dah me said " sempattttt kutuk akuuuuu, kwang ajaqqq hang ..hahaha "

Hidup ini indah bila kita dikelilingi oleh orang-orang yang sayang kita. and kita sayang mereka juga. Mudahkan urusan dengan manusia. InsyaAllah Allah akan memudahkan mu. 






Till then. Bye