Tuesday, September 7, 2010

salam lebaran..


Assalamualaikum..

sekejap je kan..pejam celik pejam celik, bulan ramadhan dah nak pergi meninggalkan kita semua..Sekarang ni masing-masing tengah sibuk buat persiapan nak raya. Aku pun sama la...nak bakar lemang lah, bungkus tapai lah..buat kek lah..tapi semua tu best..sebab kita buat persiapan tu setahun sekali je kan.. terasa nikmat nak beraya tuh..hehe


Bila raya je, semua duk mintak maaf..satu amalan yang bagus sesama muslim. So, aku nak ambik kesempatan ni, nak ucapkan selamat hari raya buat semua..maaf zahir dan batin. Sesape yang rasa nak datang beraya umah aku, mai lah..tp!! bawaklah duit raya sekali ye...hahaha ( gurau je eh)..


Tp kan korang...dalam kita nak beraya ni..kena ada adab jugak...so, ak selitkan adab-adab beraya sebagai renungan kita semua... ;p

1) Memperbanyakkan takbir raya.
2) Mandi sunat Aidilfitri.
3) Memakai pakaian yang cantik tanpa mendedahkan aurat.
4) Melaksanakan solat HariRaya secara berjemaah dan menghadiri khutbah raya.
5) Makan dahulu sebelum pergi ke tempat solat.
6) Melalui jalan yang berbeza sewaktu pergi dan balik dari tempat solat Hari Raya.
7) Mengucapkan tahniah. Eid Al-Hafiz Ibn Hajar menjelaskan dalam kitab al-Mahamiliyyat dengan sanad yang baik, para sahabat mengucapkan: "TaqabbalalLahu Minna wa Mink."
8) Menjauhi maksiat, seperti percampuran wanita dan lelaki secara bebas, berhias secara melampau, mendedahkan aurat dan sebagainya.


Renung-renungkan dan selamat beramal..heheh


chow cin chow..

2 comments:

Afiq Din said...

slmt berayer...
pandu cermat jiwa slmt...

ct kamila said...

afiq:

slmt beraya jugak ye.. ;p