Sunday, November 28, 2010

Best blog



best nya blog kau nih!

haa, pernah orang puji blog kau orang best? aku pernah. tapi dalam mimpi je rasanya. kihkih.

Sebenarnya aku dapat award lagi dari cik mira yang tengah kaya dengan award sekarang.hiks :P




haa.. nama award ni best blog. siap ada gamba si mickey mouse ni lagik! cun gituuu. Tapi kan..aku musykil ni, best ke blog "ct kamila" ni. Tapi kalau dah dapat award tu macam best la kot. Macam je lah..haha..

so, aku nak bagi award ni pada sape2 yang rasa blog dia best..muahaha



p/s: dalam hati " penat la hasilkan jurnal sendiri. dah 3 kali edit ni " (lari topik jap)

baibai

Saturday, November 27, 2010

Perempuan melayu

( ni laa yg dipanggil perempuan melayu sejati..tp macam kenal je budak kat atas ni..eh2..aku daa! ceh..kahkah)


sebenaqnya aku da cerita nak share dengan korang... ALKISAHNYA..MySpace


Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain. Berlaku diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum Cina dan India. Di mana salah nya...


Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan.


Kes histeria di sekolah kat BSB... ..Misteri di Asrama Puteri terjawab!


Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sek itu. Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik. Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya!


Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!! Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.


"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawab!!!" Kenapa gadis Melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam???" Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab... "Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan Tak Menarik Hati, Tiada Memikat", "Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik, Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK... " "Aduhai...


kekekeekeeee. .. Dah, jangan dok mengulor dan mempercayai perkara tahyul... ..pi buat keja cepat.....


p/s: adei..terkekeh-kekeh gelak..


baibai


Friday, November 26, 2010

kamu blogger yang sweet macam...



eceh..tajuk entry selalu je nak suspen kan.. ( well...sambil kenyit-kenyit mata ) haha..gatal kau!

saje je nak setori yang aku dapat award lagi dari cik mira sweet ni.. pasal dia bg award ni kat ak, terus je sweet kan.. :P



lolipop ni macam sedap je..jom g beli kat medin besok! kihkihkih


ni la yang dipanggil award "you are sweet blogger like candy".

MySpaceMySpace

tengok2..kan dah tersipu2 malu tu..haha..so, kalo korang nak dapat award ni korang kena makan candy banyak2 sampai takde gigi :P





p/s: aku tag semua orang yang baca blog aku tuk dapat award ni.. hehe

baibai


Wednesday, November 24, 2010

Drive kemain lagik! tapi...

wuwuwu...sedih aku..

MySpace


camni ar..camni ar...aku keluar rumah kemain lagi awal..pastu sampai sana pun awal.. tepat je jam 4 petang..

zupppp..

aku masuk bilik Dr..


kerani : ye, nak jumpa siapa?
aku : jumpa Dr.
kerani : laa, Dr takde hari ni. maybe dah naik flight ke kl.
aku: wut? tapi saya ada temujanji nak jumpa Dr hari ni.
kerani: Dr lupa laa tu agaknya. Dia bizi minggu ni.
aku: ok, tekpelah...terima kasih ye.. (dalam hati..sedih!)


MySpaceMySpaceMySpaceMySpaceMySpaceMySpace


aku mesej Dr tanya tentang temujanji tu. Dr mintak maaf sebab lupa nak bagitau dia kena g kl sebab ada urusan penting..

taw tak..taw tak...penat aku drive g sana. 40 minit gituuu baru sampai taw. dahla hujan lebat gila. mujur aku ni tak kurus kedempeng. Kalo tak, mau aku terbang kena tiup dek angin. (hei..mood sedih masih mampu buat lawak..sekeh kang!) * monolog dalaman

tapi kan..ada gak peristiwa kelakar hari ni.. sat, aku nak gelak jap..haha.. tadi kan...aku..aku..hihi
MySpaceMySpace

aku tengok ada sorang gurl ni. kurus memang kurus gila bai. pastu kan..angin kuat tadi..gurl ni macam nak terbang dek angin je tyme dia jalan tu.. aku dalam kereta terkekeh-kekeh gelak.. (jahat kau!)..haha

sib baik orang tak nampak pasai tinted cermin kereta aku gelap..selamat ai..kihkihkih

MySpace baibai

Monday, November 22, 2010

lelaki melayu


wah..tajuk macam mengancam gitu..haha..aku rasa macam nak mengarut pasal mende alah ni laa hari ni. Sat no aku nak pikiaq jap apa yang aku nak melalut..hehe

ok2..kalo lelaki melayu, aku suka tengok laki yang style dia simple je..haa..



cematt bai..tp seluar 2 kasi bawah lutut lagi cemat!
:P


simple tapi auww..auww..kihkihkih


yang ni nyah pon mesti tergoda..hahaha



Hoo...yang ni bukan stakat nyah, pondan yang tergoda. Ai pon tergoda..tp belum sempat nak tergoda, ai pengsan dulu nyah..kahkahkah


p/s: motif ak buat entry ni? haaaa..takde motif..saje buang masa. Takde kejadah langsung! kihkihkih

baibai


Thursday, November 18, 2010

fuh, pening!



Haa, musim2 raya haji ni memang sume pakat duk pening laa kan. Sebab sume sibuk duk makan daging. Ahaaa!

Aku pon sama gak laa. Tapi aku makan daging takdela banyak sangat. Tapi pening bukan main lagi. adoihhh. Padan muka ang. Sapa suh makan tak beringat.. (monolog dalaman jap). haha



Ni aku bagi lembu paling besaq kat korang. harga lembu ni 11 ribu der. Dikorbankan kat taman dekat umah aku. Tapi aku tak sempat pergi tengok sebab orang sume pakat duk berebut nak g tengok lembu ni..

Harga lembu pon boleh cecah 11 ribu. Hoo, aku pon nak jadi penternak lembu berjaya ah lepas ni..wakaka..

baibai.






Tuesday, November 16, 2010

Dah jadi tunang orang ke?


Percaya atau x, kita boleh ber”tunang” tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin x tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:


Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.


Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.


Situasi yang dianggap pinangan:

"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"

"Kahwinlah dengan kita bila2"

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.


Contoh:

"lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"

Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.


Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.

Kita orang melayu time nak tunang duk bawang rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.


Persoalan ialah bila Ibu bapa xde. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.


Bila perempuan tu x menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti x baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(x boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.



p/s: Haaa, adakah anda ternganga bila tiba2 tau anda sudah menjadi tunangan orang tanpa sedar?? Haaa, ayokkk, x tau. Hehehe.


baibai


Sunday, November 14, 2010

Buatlah pilihan yang bijak!


HASUTAN DEMI HASUTAN.. NASIHAT DEMI NASIHAT



Manusia - Eh, dah subuh dah?

Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .....

Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz


Manusia - Nak makan, laparlah ??

Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... ..

Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .....


Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?

Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..

Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!


Manusia - Alamak, dah lewat!

Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..

Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?


Manusia - Azan sudah kedengaran.. .....

Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan

Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.


Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...

Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !

Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..


Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa

Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..

Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ...


Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain

Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..

Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?


Manusia - aku telah berdosa..

Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .

Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ...... (kalau sempatla)


Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!

Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.

Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?


Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.

Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...

Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....



p/s: buatlah pilihan yang bijak! hehe :P


baibai


Saturday, November 13, 2010

mai baca mai baca



ceh..macam jurual pulak tajuk aku. yelaa, (mai beli mai beli vs mai baca mai baca). Haa, kan lebih kurang tu..kahkah

Ok. aku mengarut je tu. Sebenarnya saja nak cerita yang aku dapat award hari ni... :P


wow..wow..wow.. haha!!


Berikan satu nickname untuk pemberi award :
cik mira cumei.. (bodek2..haha)

Ucapan untuk pemberi award ini :
toche sebab bagi den award ni ye. T den blanje makan. Tapi dalam mimpi je boleh kan? hikhik :P

Berikan 6 nama artis yg korang minat :
heliza, asyraf muslim, lisa surihani, fahrin ahmad, intan ladyana,
n last sekali ct kamila.
( eh, yang last sekali macam x berkaitan je. :)) )

Beri award ni kepada 10 kawan blog atau follower :
sape2 yang datang singgah blog den, korang kena tag. So, jangan la malu-malu nak jawab. ai taw u all tak pemalu macam ai... kehkeh.


p/s: dalam hati: bangga la dapat award ni. hahaha

baibai



Tuesday, November 9, 2010

hari penat sedunia


Disebabkan aku duk dalam keadaan sekejap sejuk gila then sekejap panas gila, keadaan memaksa aku untuk dapat fever. Ye la, sekejap aku masuk bilik Dr, sekejap aku keluar cari makanan laa, cari bahan laa, cari pasaii pon ade jugak. haha

tadi pon aku bawak moto takde perasaan langsung wa cakap der. Dalam range 60/70 km/j. bese aku pecut 100/100 lebih. Semua orang duk pintas aku. Takpe laa, hari ini aku bagi chance kat korang pintas aku. sengal!

pastu tyme nak balik, kawan aku balik jalan kaki pasai tunggu ayah dia datang ambik. Aku g kat parking moto. Tetiba ada orang tegur dari belakang. Tersentak biawak aku jap..biawak pon tak tersentak macam tu laa aku rasa. muahaha

dia : kenapa kawan balik jalan kaki.
aku : ayah dia datang ambik.
dia: Oo...student ke?
aku : yup. student.
dia: laa, tak nampak macam student pon. student under Dr ke?
aku : ha ah.
dia : besok datang jumpa Dr tak?
aku : tak kot. Khamis ni kalau jadi.
dia : so, kita jumpa khamis ni (sambil senyum).
aku : no hal. Bereh2

disebabkan aku asyik duk keluar masuk bilik Dr tadi, staff umt tu dah cam muka aku. Haha. mesti duk pikir aku ni tak reti duduk diam. Malu aku wei.. wakaka

baibai

Monday, November 8, 2010

wa rasa


wa rasa nak pergi holiday laa. Wa sangat busy. Wa dah pening dengan wa punya research. Prof ingat wa sangat pandai sampai suruh wa buat system untuk mobile based sebab nak jual kepada pengguna dan masuk bertanding peringkat U. (wa tak sepandai-pandai tupai melompat laa prof).

wa nak pergi duduk dalam laut macam cerita spongebob tu boleh tak? lagi satu, wa nak kawan dengan doraemon sebab wa nak pinjam poket ajaib dia. So, wa buleh pinjam pintu doraemon untuk pergi kemana-mana dengan senang hati.

lagipon wa tak payah nak naik bas or flight or apa-apa jela sebab dah ada pintu ajaib doraemon...hakhak

wa sudah mengong. hehe

baibai

Saturday, November 6, 2010

seramm sejokk


Haa, tetibe aku rase seramm sejokk je.. cuba korang tengok belakang korang. Owh, takde pape. Nasib baik laa...haha

takde, tadi aku teman mak aku pergi panggil pak ustaz. Pasal anak sedare aku demam teruk. G klinik pon tak kebas-kebas. Tapi disebabkan dah lewat dan jalan pun sunyi, gelap gulitaa pulak tu, aku yang duk belakang kat atas moto ni rasa seramm gila la plak.

habis meremang bulu roma aku. mula laa aku duk pikir benda pelik-pelik. sekali, aku pusing belakang, mak!!


























































ceh, takde pape pon. kucing je rupanya. Tergelak aku sorang-sorang...wakakaka


baibai


Wednesday, November 3, 2010

kejamnyaa kamooo...