Monday, January 31, 2011

Giveaway by Butik Alesya




Nak nampak lawa, cantik dan bergaya? Tak susah. hehe. Meh sini. Nak habaq mai satu butik yang sangat best untuk shopping shawl, tudung instant, etc.

jeng3. ni dia, BUTIK ALESYA. Konpem anda rambang mata nak pilih. Sebab macam-macam ada jual kat sini. Harga pun murah!. Ada jual shawl, tudung instant, inner awning pon ade. pilih je yang mana berkenan di hati. cewah..gituuu!

so, sekarang ni nak cerita pasal giveaway dari Butik Alesya ni. Owner dia nak bagi 50 free shawl. memang murah hati kan. hehe. kalau nak tahu lagi detail, boleh USHA KAT SINI.

Macam duk potpet tadi, seyes semua barang yang dijual kat Butik Alesya ni memang best-best.



Haa, inner awning ada jual kat BUTIK ALESYA. jom beli jom.






shawl-shawl yang gojes ni pon ada. meh pakat terjah dan beli kat BUTIK ALESYA





SEE, cantik kan tudung instant dia. kalau duk pakai ni, konpem orang duk puji hangpa. eh cantiknya kau! hehe. pastu pakat duk tanya hang beli kat mana tudung ni. :P



Dekat Butik Alesya ni, macam-macam material ada. Ada chiffon, ada cotton, ada silk. Memang da boom la. hehe. So, apa lagi, jom shopping kat BUTIK ALESYA.




p/s: korang boleh LIKE page Butik Alesya kat facebook. (http://www.facebook.com/pages/Butik-Alesya-shawls-scarves/120645448004603)


ok bai.


Friday, January 28, 2011

asam garam perkahwinan


tengah syok aku duk godeng-godeng facebook, terjumpa mende alah ni..kelakau nau! sat no.. den gelak dulu. wakaka (ok dah!) :P



p/s: lawak. tapi memang logik jugak nih. haha

ok bai


Monday, January 24, 2011

rezeki jangan ditolak. hee


hari tuu aku pernah cerita pasal skim bantuan yang umt bagi kan. kalau nak tahu boleh baca SINI.

2 hr lepas prof merangkap sv aku col. ckp permohonan tuk skim tuu dekan dah check. tapi kena isi balik pasai harga yang diletak tak sama dengan harga pasaran. tapi prof aku tu aku panggil haji je. keh keh keh

haji: hello siti. (sekarang kat umt orang panggil aku siti. nak tergelak den. hua hua)
aku: ye. kenapa haji.
haji: permohonan skim tuu, dekan dah chek. tapi dekan suruh isi balik ikot harga quotation. so, siti isi balik permohonan tuu ok.
aku: ok. besok saya jumpa haji.

so, semalam aku pergi laa jumpa haji. then ambik borang balik mintak sign. pastu haji cakap sorang penyelia, sorang student je dapat. maknanya 10 orang student master under haji, aku yang dapat. yeay! haha. tapi masa tu aku pergi dengan membe aku nak hantar borang skim tu sekali. tapi bila haji cakap sorang je dapat. so, haji suruh bahagi 2. kira rezeki kitaorang laa tuu. hehe

then g jumpa second sv.

pastu bunyi air bergegar. (bunyi mesej aku laa tuu. wakaka)

haji: dah hantar borang belum. hantar kat pejabat dekan.
aku : baru je hantar tadi. tq haji.
haji: ok. bulan okt boleh siap draf 1 tesis. kerja sungguh-sungguh. biar habis.
aku: ok insyaAllah haji. hope boleh siap cepat. (cewahh, ayat aku. macamtakbolehbelahje) kih3
haji : ok. lepas ni boleh terus sambung phd.
aku: haa, mati aku. (dalam hati jelah!)

bese kalau haji cakap macam tuu, aku akan mengelak. kah kah. kalau aku sambung terus, mau tak kawen aku. haha. tapi kalau sambung terus pun ok gak. sebab ade scholarship. Arghhh, tengok laa dulu macam mana.

tapi aku rasa bertuah gila dapat penyelia macam ni. gila take care. kalau sesetengah prof lain, konpem dah tak tanya hantar borang belum. nama pun prof, memang sibuk giles. bilik dia aku tengok, aku pon naik pening. penuh dengan kertas satu meja. T___T

p/s: patut laa aku duk mimpi ombak besar sampai 3 kali. rezeki datang bergolek rupanya. hee

ok bai

Friday, January 21, 2011

sape nak kurus? den nak bagi tips ni haa. keh keh keh




anda bermasalah berat badan. inginkan badan slim dan ramping. kami ada penyelesaiannya. haha (takbolehbelahweiiii :P)


aku pelik nau kalau orang cakap dia kurus. makan banyak tapi tak gemuk-gemuk. pasai aku ni kategori takdelah makan sangat, berat pon takdelah senang sangat nak naik. tapi bila nak turunkan balik berat badan, susau nau! felik tapi benar T____T

so, sape-sape nak diet, meh sini baca tips den nak bagi ni.

1. Breakfast kena ambik. ni penting ni. jangan skip. Tapi jangan laa pulak hang pi bedal roti canai ke, nasi lemak ke pepagi buta tu. makan roti dengan milo kire ok ahh.

2. Lunch pulak kalo boleh lewatkan sikit. masa ni hang nak bedal nasi pun bedal lahh. Tapi jangan ah duk ambik lauk-lauk yang berminyak bersantan tu semuaa. ambil lauk yang kurang manis, kurang garam, kurang santan, kurang minyak.

3. Kalau tengah diet ni, elok hang skip dinner. senang cakap, tak payah makan malam ahh. hehe.

4. Minum air masak banyak-banyak. tapi make sure minum air setengah jam sebelum dan selepas makan. jangan ah pulak tengah-tengah syok makan, korang g minum air pulak. nanti perut buncit. haa, silap-silap aribulan orang duk tanya, ni pregnant berapa bulan ni? keh keh keh.

5. exercise sekurang-kurangnya 30 minit sehari. tak kisah la berenang ke, skipping ke, main futsal ke. ahh, gasak laa nak main exercise apa-apa pon. janji exercise. hehe. ni penting untuk pembakaran lemak.

tapi. kena ingat satu je. jangan crash diet. pasal bahaya tuk badan kita. Aku pernah gak ah try makan epal hijau je pasai nak diet dalam masa yang singkat konon-kononnya. Alih-alih, besok tu tak tahan, aku bedal nasi pagi, petang, malam. fadammuka. diet laa konon. keh keh keh


ok bai


Thursday, January 20, 2011

Ingat guna short form ni, aii paham ke? susah nak paham dowh. bikin fening ado!

ecece

bunyi macam nak marah orang je kan. (aku pun gerun gak ni. keh keh keh :P)..

ehhh, nan hado nye. aku mane pandai marah-marah orang ni. ecehh, jiran sebelah umah aku pon pengsan aku wat statement cenggini..lalala~

aku sebenaunya pening duk baca mesej sesetengah membe aku ni haa. punya laa short form bebenau depa-depa ni duk guna. mana tak pening aku aihh. sampai mesej yang ciput cenonet tu pon, nak ke boleh pahamnya, ade lah sejam dua gak aku duk godeng ayat-ayat yang depa hantar ni. (ok aku tipu!) hehe

tapi memang kalau guna short form yang memang short tershot shot ni, susah bebenau nak paham weh T____T. ni aku habaq mai contoh cikit. kan banyak-banyak kan fening pulek.

si A : ad kt x? m v ke aq siya
aku : apekebenda nya yang kau duk hantar kat aku ni wehhhhh. fening aii..

tuu kot bahasa terengganu. ni ikot bahasa standart punya.

si A: ad kt x? k v ke aq seringgit.
aku : apekebenda nya yang kau duk hantar kat aku ni wehhhhh. fening aii..

haaa, fening takk? mau tak pengsan aku baca mesej cenggini tiap-tiap hari. keh keh keh

jenuh duk godeng-godeng mesej tuu, baru la aku paham. rupanya dia tanya aku ada kredit tak. suruh bagi kat dia seringgit. hulamak wei. baik punya short form. jimat masa duk taip.. pergh pergh.

ad = ada
kt = kredit
x = tak
m/k = mung / ko
v = bagi
ke = ke
aq = aku
siya/ seringgit =seringgit

haa, so masalah translation untuk short form hari ni dah setel. yeay! wakaka

ok bai



Wednesday, January 19, 2011

JOM GEGAR BLOG


wahh.. Ben Ashaari wat segmen jom gegar blog laa. aku suka bebenau laa kalau ada segmen-segmen macam ni. hiks! :P




Aku konfem ahh nak join kan. hehe. so, kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal segmen ni, mai pakat terjahh blog abang ben kat SINI. hee

bai!


orang kata kalau mimpi benda sama sampai dua tiga kali, kemungkinan besar makna disebalik mimpi tuu menjadi kenyataan. lalala~


Korang pernah mimpi benda yang sama sampai 3,4 kali tak. Aku sebelum-sebelum ni tak pernah laa pulak. tapi sejak 2,3 menjak ni, banyak laa pulak mimpi benda yang sama berulang kali.

Dulu aku pernah cerita mimpi yang dasyat. kalau nak tahu, boleh baca kat sini.

masuk ni dah 3 kali aku mimpi ombak besar. dah macam tsunami pulek. sebelum-sebelum ni kalau mimpi ombak besar ni, semua family aku selamat. tapi semalam sedih laa pulak. 3 orang je family aku yang selamat dalam ombak besar tuu. sob sob sob.

padahal mimpi je pon. tapi bangun je pagi tadi aku rasa menggigil. seram gila bai mimpi aku semalam. (ini serius! wonderpet wonderpet kami datang.. ehhhhh.. haha :P)

mak aku cakap kalau mimpi benda sama berulang kali, kemungkinan besau laa kan makna disebalik mimpi tu menjadi kenyataan. tapi mak aku cakap, biasalah mimpi.. mainan tido je tu..

biasa orang cakap kalau mimpi ombak besau, rezeki akan datang kepada kita. aku pon google ah nak tahu gak jawapannya kan. hiks!

tapi aku rasa kemungkinan besar jugak ahh. pasai umt ada sediakan skim bantuan tuk master student punya research. rm3k u olls. aku baru je hantar borang. hope dapat laa. doa-doa laa untuk aku. t aku belanja aeskrem 30sen satu sorang. kehkeh :P

p/s: serius takut gila mimpi ombak besau ni. macam real laa pulak.

baibai


Friday, January 14, 2011

keunikan loghat di malaysia. ecehhhh!


loghat dalam bahasa standart, loghat laa jugak kan.. (dah start mengarut dah! hee :P)

aku tetibe macam tertarik nak tahu pasal loghat-loghat ni. Kat malaysia kan banyak nau loghat. tapi aku suka loghat terengganu (pasai aku memang orang terengganu. kihkih), then kelantan, kedah and nogori.

tapi bila cakap loghat negeri kita, sometimes orang tak paham. tu yang best tuu.. ( keji nau!) hehe.

ni beberapa contoh loghat yang aku nak share.. (sambil batuk-batuk) cehhhh! macam pandai je.

bahasa standart
--> berlagak laa dia tu. aku memang tak suka orang macam tuu

loghat ganu
--> nebeng nggoh la ye tu. aku memang dok wehi orang gitu

loghat kelantan
--> berlagok laa dio tu. aku meme tok suko ore gitu

loghat kedah
--> aku tak pandai laa pulak nak translate dalam loghat kedah ni. teehee

loghat n9
--> berlagak laa dia tuu. den tak suka orang macam tu aih (betul ke? haha. tak reti nau den nak cakap loghat nogori ni. tapi den suka kalau dengar orang nogori cakap. haha)


baibai


Wednesday, January 12, 2011

cinta sempurna


who is yunalis zarai? tipu bebenau laa kalau cakap tak kenal kan.. hiks!

yunalis zarai ni, yuna laa.. sape lagi kan. masa mula-mula yuna glamer, sume lagu dia aku download. unik ah suara dia ni.. macam aku. muahaha. *pengsan!

salah satu lagu yang best, lagu cinta sempurna. tapi sayangnya lagu tu tak menang AJL baru ni. aku menangis sampai boleh tadah 4 baldi korang tahu tak? ( obvious sangat aku tipu. haha)




Lirik Lagu Cinta Sempurna - Yuna

Aku Manusia Lemah
Selalu Terjatuh
Berbeda Aku Dari Mu
Kau Berdiri Teguh
Aku Serba Tiada
Aku Kekurangan
Dan Bila Kau Tiba
Aku Hilang Dari Kewujudan

Sempurnanya Sifatmu
Tulusnya Hatimu
Jujurnya Niatmu
Tingginya Kesabaranmu
Lepaskanlah Diriku
Kerna Aku Tak Mampu
Tuk Menanggung
Sebuah Cinta Sempurna
Darimuu
Darimuuu...Oahh...

Bukan Aku Tak Pernah Mengerti Dirimu
Kusanjung Setiap Kata Cinta Kau Berikan Aku
Hilangkan Rasa Itu Akhirkan Semua
Dan Bila Kau Sedar Aku Hilang Dari Kewujudan.. Oooo

Sempurnanya Sifatmu
Tulusnya Hatimu
Jujurnya Niatmu
Tingginya Kesabaranmu
Lepaskanlah Diriku
Kerna Aku Tak Mampu
Tuk Menanggung Sebuah Cinta Sempurna
Darimuu
Darimuuu...Oahh...

p/s: jom karok lagu ni.. kihkihkih

baibai


Sunday, January 9, 2011

Anugerah Juara Lagu ke 25

Assalamualaikum..

Rasa macam lain macam je nak buat entry baru. dah lama tak berbelog. busy u olls..ecehhhh!

semalam for sure kauorang tengok AJL kan. So, amacam. suka tak dengan keputusan tu. Aku actually still tak percaya gak laa dengan keputusan tu. but then, dah tu keputusan dia.

Tapi ada jugak rakyat malaysia ni yang siap buat page bagai kat facebook. Ade page *kami tidak bersetuju Ana Rafali menang AJL 25. pastu ada pulak page *kami menentang page kami tidak bersetuju Ana Rafali menang AJL 25.

Adoi. kelakar laa depa ni. dah si ana rafali menang. kira rezeki dia laa tu. baik laa depa-depa ni buat page *kami sokong ct kamila masuk bertanding AJL 26. Haa. nampak gak ada motif.. hahaha. (nangis mak aku dengar) :P

Tapi kombinasi pengacara ally + cheryl + faizal memang da best laa. ada part yang satu tu memang sempoi ahh..

ni la ayat dia. seingat aku laa kan.

ally : what is your name?
faizal : my name is faizal.
ally : ok-ok takpe. who is faizal?
faizal : faizal is mail.. (faizal ismail)

pastu boleh pulak muka si faizal ni selamba macam takde perasaan je time jawab. kelakau nau! haha.. kite boleh jadi geng ni faizal. kehkeh


Ok. ni laa keputusan AJL 25

JUARA
Lagu : Tolong Ingatkan Aku
Penyanyi : Ana Raffali
Komposer : Ana Raffali
Lirik : Ana Raffali
Hadiah : Trofi & Wang Tunai RM35,000

NAIB JUARA
Lagu : Drama King
Penyanyi : Meet Uncle Hussein & Black
Komposer : Taja
Lirik : Tun Teja
Hadiah : Trofi & Wang Tunai RM15,000

TEMPAT KE-3
Lagu : Noktah Cinta
Penyanyi : Hafiz
Komposer : Ajai
Lirik : Sheikh Qalam
Hadiah : Trofi & Wang Tunai RM12,000

VOKAL TERBAIK
Lagu : Noktah Cinta
Penyanyi : Hafiz
Komposer : Ajai
Lirik : Sheikh Qalam
Hadiah : Trofi & Wang Tunai RM10,000

PERSEMBAHAN TERBAIK
Lagu : Hanyut
Penyanyi : Faizal Tahir
Komposer : Audi Mok
Lirik : Faizal Tahir
Hadiah : Trofi & Wang Tunai RM10,000

p/s : apa komen kauorang ana rafali menang?

baibai