Tuesday, February 22, 2011

Aku suka kamu.. tapi kamu tak suka aku..



aaaa..sedihnya.. huk huk huk

ehh, tak lahh. Ni bukan situasi sebenar. keh keh keh.

Aku nak share satu video heliza helmi ni. cumeiii gile's heliza. Tajuk entry ni sebenarnya lirik dalam lagu cuma aku by heliza.

so, tadaaaa.






Best kan.. cepat kata best! kalau tak korang kena belanja aiskrim kat aku. haha


ok bai


Wednesday, February 16, 2011

Berita sensasi 2011. Ecehh...


Oh mak ai, tajuk hangg, bikin panas je. keh keh keh

Tak tak. ini serius. tadi, sampai-sampai je rumah dalam pukul 6 camtuu. penat kot. ye laa 40 minit aku duk meronggeng dengan moto pergi umt. nak bawak kete, malas aku. macam membazir je. minyak mahal dowh! haha (padahal kedekut! ceh).

siap je park moto, angah aku cakap, ada surat untuk aku. 2 pulak tuu. aku ingat pakwe lama ke hantar surat. wakaka (mengong!). pastu aku gembira bukan kepalang. sebab pertama dapat surat interview. sebab kedua dapat surat suruh aku pergi ambik barang kat pejabat pos. dapat hadiah dari giveaway hari tuu kot. aku agak-agak laa kan. hiks.

pastu aku pun buka surat interview tuu. aku tetiba macam pelik bila baca temuduga suruhanjaya perkhidmatan pelajaran. dalam kefalehotak aku " eh, bila masa pulak aku apply spp ni? ". angah aku tanya, kau ada apply tak? kalau takde, aku lah tuu yang apply. hehe.

so, angah aku yang apply rupanya. tapi dia tak dapat, aku pulak yang dapat. hehe. bila tengok kat surat tuu " temuduga jawatan tetap pegawai pendidikan pengajian tinggi ", aku rasa macam nak melompat tinggi-tinggi macam dah terima surat tawaran kerja dari spp. padahal baru interview je pun. ngek laa kau mila! haha

pastu ada pulak satu soalan lain menerjah kat kefalehotak aku ni " kalau aku dapat kerja ni, master aku macam mana? " . berangan laa pulak. interview pun belum. (ni laa jadinya kalau kuat berangan! haha) tp kalau dah ini rezeki aku, aku akan buat master jarak jauh. supervisor aku takde hal kot. keh keh keh. kalau tak dapat pulek, aku teruskan pengajian aku kat sini. lalala~

p/s: kena prepare ni. sebab susah gak nak dapat kerja goverment sekarang ni. doakan aku eh korang. nanti aku bagi seposen sorang. :P


jap nak check ada duit tak nak bagi kat korang ni. haha



ok bai

Sunday, February 13, 2011

Asyik soalan sama je. Takde yang lain dah eh. keh keh keh


Hei you, kenapa aku tengok kau semakin chubby sekarang. Lepas tu datang lagi sorang, ha ah laa you, you makin tembam @ gemm*k * ehem ehem. paham-paham sendiri laa eh.

hamboi hamboi. mulut kemain lagi ehh. laju je.

*ayat akibat pengaruh novel! kah kah

ok fine! pernah tak korang mengalami situasi kat atas tuu. aku takde lah sampai macam tuu. tapi sekarang bila ada membe-membe lama add fesbuk, mesti ayat sama je " milaaa, aku tengok kau dah chubby laa sekarang "

erk. alaaaa you. sampai hati. sob sob sob

tapi memang betul pon. dulu berat aku time sekolah dengan matrik, berat aku 45 kg je. sekarang ni berat aku hampir-hampir 50. (hek eleh, blah ah. kalau dah 50 kg, cakap ahh 50 kg! coverr kunun. cess cess)

BMI aku normal je. tapi penat ahh nak jawab orang asyik cakap benda sama je. Macam mana nak turunkan 5 kg ni. Alaaa, 5 kg je pon. please please. muahaha



p/s: macam mana eh, macam mana eh..



ok bai

Monday, February 7, 2011

Contest-kami-pose-comey



Korang rasa pose korang comey? meh sini orang kampung semuaaaa.. blogger amni ada buat contest ni. contest dia macam tajuk entry aku ni haa. hehe. kalau nak tahu lebih lanjut, boleh terjah blog amni dan baca syarat-syarat dia kat SINI.


banner tuan contest. alolo comeyynyeer.


sekarang meh tengok gambar yang aku pertaruhkan. ecehhh! gamba ni masa kat ukm tahun 2. Dengan geng-geng trians. seronok teramat ah time ni. lalala~

nah, ni dia gambar kami pose comey dari ct kamila. wahh, mintak sign! kah kah kah



haha.. pose cenggini memang overrr!




hek hek hek :P


amni, den kasi 2 gambar. xpe kann :P


next, kenapa aku join contest ni?

meh nak habaq mai. aku join contest ni pasaiiii bila aku tengok je benda comey kaler putih, oh mak ai. terus jatuh hati. amni tak tanya pon, terus je aku cakap "nak nak nak".. (haha, tak maluuu!) so, ni dia benda putih comei tuu. jeng jeng jeng




hadiah contest ni. wow! memang wow laa kan. hiks!

pastu aku nak tag 4 orang membe blogger aku.
1-mira
2-akim
3-kacang
4-solihin


ok bai


Sunday, February 6, 2011

Dulu lain, sekarang dah lain gila dahhhh..


nak dijadikan cerita, boleh pulek aku tak kenal membe sekolah dolu-dolu. ish3! iyo laa. dulu lain, sekarang dah lain gila wehh!

sekarang ni bila buka fesbuk je, mesti ada fren request. tak lain tak bukan, membe-membe sekolah dulu. tapi aku ni main bedal je approve orang. Sejak aku kena kacau dengan sape ntah kat chatting fesbuk tu, aku off terus chatting fesbuk aku sampai laa sekarang. habis cerita. muahaha. pastu sekarang aku pilih gak ah nak approve-approve ni. kalau yang bukan dari negara malaysia, haremmm memang aku tak approve ahh. kejam!

baru ni, ada fren request, aku bukak ah wall dia tengok kot-kot aku kenal ke. photo dia private. tapi aku tengok profile pic dia, aku memang tak kenal ahh. dalam hati, approve jelah. hehe. sekali bila dah approve, ada mesej masuk. aku pon bukak ahh. kot-kot fahrin ahmad mesej ke. wahhh, gituuu.


Tapi, bila baca mesej tu,

membe sekolah aku dulu rupanya dia ni. mak aih! cun gilos aih. dulu kemain kau kan. comot cemomot je. aku memang tak cam langsung. last-last kena sebijik dengan kawan aku ni. " milaaaa, sombongnya kau sekarang! "

haha. aku bukan sombong wehhh, tak cam. ini serius! keh keh keh.

ada sekali baru ni, membe aku masa darjah dua dolu-dolu mesej kat fesbuk aku. mila kan? ex sekolah bla bla bla. aku ha ah ha ah jelah. sekali memang membe aku kat sekolah lamaa!

haiyaaaa, ak serius tak ingat langsung weh. kau boleh pulek ingat aku duk kat mana, pastu darjah 4 aku pindah sekolah. kau pernah datang rumah aku dolu-dolu.

apsal aku tak ingat langsung? tragisnya. haha

eventhough aku tak ingat, aku still sayang kat korang semua. nah, ini buktinya!

luv shima besar, luv aku kecik je. sob sob


p/s: diaorang still cam muka aku. maknanya aku awet muda laa eh. kah kah kah. pengsan!


ok bai

Edit gambar guna photoscape.


Tadi kan, aku baru ada mood nak edit gambar. padahal akak aku dah suruh aku edit gambar anak dia dari akhir tahun lepas. punya laa malas aku nak mengedit ni. haha

So, alang-alang dah edit, aku tunjuk ah kat korang. tapi bila tengok aku edit tuu, comel laa jugak. (ambik bakul, masok dalam bakul sudeh. keh keh keh)



ni la hasil kerja aku bila busan duk dalam kereta.
snap gambar anak sedare aku. muahaha


syokk gila tido. jeles! haha


baju ni lawaaa. sebab aku yang pilih. keh keh






gambar last ni cumeiiii sgtt! kannnnn



ok bai


Thursday, February 3, 2011

oh, aku jatuh hati sama kamuu~


alaaaaaaaaaa. jatuh hati sangat-sangat ni. macam mana nak buat eh? dia ni kan selalu je buat hidup aku tak tenteram. stress laa cenggini kan. haha.

suspen je kan. lalala~ meh nak habaq si dia yang buat aku jatuh hati ni.

ni haa, dia ni..



kah kah kah.

ok bye