Friday, September 30, 2011

Terkelu saat aku membacanya.


Assalamualaikum.

Tengahari ni aku terasa mau bukak fesbuk ku. (ehh, bukan tiap-tiap hari ke kau bukak fesbuk wahai mila! oke fine kantoi disitu)

Seperti biasa wall ku di teliti satu persatu. Sampai satu saat aku terkelu dengan ayat yang ditaip oleh membe ku. Aku amati setiap baris ayatnya. sedih. pelik dan aneh.

Lalu aku membuka profilenya. Aku teliti lagi baris-baris setiap ayat nya. sedih pilu dan sebak. Baru ku tahu rupa-rupanya seseorang yang sangat disayangi dan dikasihi telah meninggalkannya buat selama-lamanya. terdiam aku seketika.

Aku amati lagi baris-baris ayat yang lain. satu daripada ayatnya amat meruntun jiwa kecil aku.
"baru beberapa minit kami mengucapkan bye-bye, aku mendapat panggilan telefon mengatakan kekasih hatiku telah pergi buat selama-lamanya. terududuk aku tatkala itu, bingung! "

bulat mataku melihat ayat yang satu itu. lalu air mata jernih membasahi pipi. setiap hari, ada sahaja ayat sedih yang diupdate. aku yang tidak mengalaminya turut merasa kesedihan itu.

tabahkanlah hatimu wahai sahabat. hanya itu yang mampu aku ucapkan. salam takziah dari sahabatmu. (ct kamila)


p/s: tetibe aku rasa ayat aku dah macam ayat novel. apa-apapun marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah buat arwah.

p/s: semalam aku mimpi sesuatu yang amat dasyat. seolah-olah kiamat semakin hampir. masyaAllah.

ok bai




2 comments:

Unknown said...

eh sedihnye.. subhanALLAH..semoga arwah dikalangan mereka yg beriman..amin..

Cik Suheela said...

mimpi you dahsyat nya...serammm huhu..