Sunday, October 31, 2010

kelakarnya suami aku nih :)



Bila aku teringat balik cerita nih..aku mesti tergelak sorang-sorang…


Alkisahnya…aku nih ditakdirkanlah kawin dengan sorang mamat nih..ntah dari mana la datangnya…mak aku yang suruh..dia kata budak nih baik la alim la pandai la..lepas tu terus kami kawin.

Masa first time kawin tu, memang kucar kacir gak arr rumah tangga kami..dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati…


Eiiiii…geramnya aku!!!


Mana taknya,aku basuh baju dia sekali la ngan baju aku..then lepas basuh..nak jadi cerita..ada lah plak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku….haihhh..memang sakit hati…baju baru kot…mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia..kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna..dengan slumber dia kata..


”Lah..awat tak tanya…”


Eiii..geramnya aku!!!


Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pi shopping.Ok,fine..aku ikut jer la…weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pi shopping..sampai aku kalih kalih belakang..HILANG!!..

Aku cari gak dekat dekat area situ kot kot ada tapi memang hampeh…Aku try call, tak angkat..call lagi pon tak angkat..huhh..tension betul!! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta jer..seminit,..lepas tu dua minit,… lepas tu….SEJAM KOT!! Huhh..memang sakit hati betul!! Then bila dia mai dekat kereta, aku tanya, pegi mana? kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab..


“Lah..gi shopping la sayang…owh..ada call ekk?? Alah..lupa nak bagi tau…terlupa bawa hanset..hehe..”


Eiiii..geramnya aku!!!!


Seminggu lepas tuh..dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili api.. ok..fine…aku masak jer…Tapi memang la aku nih tak la pandai masak sangat…tapi bolehlah klu setakat nak makan kan..aku hidang bagi dia makan…Masa first time dia suap kat mulut tuh…Aku bajet dia nak kata apa-apa..Tapi dia diam..Memang tak kata apa-apa pon sampai dia habis makan..Habis makan pon tak kata apa..

Aku pon confius…dia ni no respond..sedap ka tak?? Hmm..klu ikut aku la..orang yang masak ni la kan…aku rasa ok jah lah..tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa..huhhh…..

Esok plak, time aku on the way nak balik dari tempat keje, kereta aku plak wat hal..tak boleh start..panik gak arr aku time tuh..malam dah nih..nak masuk Isyak dah…haihh..time aku balik keje lewat2 lah keta nak wat hal..then, aku call dia…

Yang aku tak boleh tahan tu..dia dengan slumber kata..


“Lah awat la call saya…call la mekanik…ingat call saya keta awak bleh jalan??….”


Eiii…geramnya aku!!!


Tapi…dia mai jugak lepas tuh…ada lah dia check apa ntah kt depan bonet tuh…dan lepas start…terus boleh…hmmm..dalam hati…aku kata,

“bleh la jugak mamat nih nak diharap…mekanik kecil-kecilan, janji free”…

Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pi outstation kat overseas. Dia kata pi kejap jah…2 MINGGU!!..hmm..aku memang no komen lah…dia nak pi buat keja dia…takkan nak kata tak boleh kot…keja arkitek…biasalah…busy la kot…

Tapi..memang agak sakit hati jugak lah..bleh dia lesap macam tu jah..lepas2 naik flight....kot2 la nak call bagitau dah sampai ka..ada kat mana ka…tapi memang hampeh!!..langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ka..tapi memang tak dak…kosong inbox!!


Eiii…geramnya aku!!!


Pagi tuh..aku basuh baju…ok..sekarang aku dah taw dah baju mana yang turun warna…aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh..sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tuh…jeng3..huishh..siap dengan surat lagi..


Suratnya berbunyi begini:


Kehadapan isteriku (cewahhh..),

Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa…jangan marah-marah ek..hehe..Saya bukannya apa…saja tulih surat nih..bosan…tak tau nak buat apa…hihi

Pertama sekali…saya nak bagi tau lah..mungkin awak tak kenal saya..tapi saya kenal jer awak…sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha..eh..awak tak ingat ka anak Pak Mail kawan ayah awak yang mai beraya kat umah awak time tuh??!! …Masa tuh..saya nampak awak dok main masak-masak kat belakang umah…hahaha…memang sangat lucu…saya nampak awak macam 'anak patung'..comel sangat…

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

Keduanya, sori la pasal hal shopping tuh..memang saja jer saya tak mau bawa hanset time tuh…hihi..takot terkantoi…yer la…saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh?? Huh…memang tension..susah btul nak cari..memang patut la mahal dan memang patot la awak bengang satu hari…hihi…

Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak…hmm…mesti awak bengang kan sebab saya no respond…huhu…sebab SEDAPPPP SAAANGAT sampai saya jadi tak terkata…Eh,saya makan dalam masa 5 minit ja kot..ikut jam dinding kat umah kita…

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

Keempatnya…time keta awak rosak…hmm..awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pi kat awak??!! Lepas2 tuh..jenuh saya nak pujuk diorang balik…Tau tak saya langgar smua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak??

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

Tapi lepas saya tahu saya kena pi outstation kt overseas..saya lagi seronok…happy glerr..sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja jer tak call awak…hihi…tapi saya ok jah…saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih…

“Wow,look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “

Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^)

Last but not least…awak..awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…

P/S: Try tengok sama x dengan baju awak yang rosak ari tu “bungkusan” nih…hihi


Love,

Suamimu



p/s: petikan dari fb..muahaha


baibai


mai gelak ramai-ramai...


Hari ni cheq baru smpai terengganu no. Eh, awat cheq tetibe cakap utara ni? Haa, hangpa nak tau pasai pa. Ni cheq nak habaq mai ni... hehe

Sebenaqnya cheq baru balik trip dari penang. Saje pergi join trip tenang-tenangkan minda.. haha..
dah lama cheq tak cakap utara. Ye la, sejak cheq habis je matrik kat kedah dulu, dah takdak geng nak cakap loghat ni.. :P

Ni nak habaq mai satu cerita klakaq masa kat penang tu. Masa tu cheq pi teman mak sedare cheq pi toilet awam. So, macam biasa la kena bayaq kan. Cheq tak bayaq la pasai cheq tak masuk.

pakcik tu tanya cheq, cheq habaq la cheq tak nak masuk. cheq teman mak cik cheq je. Sepanjang cheq duk tunggu makcik cheq tu, pakcik tu tengok je kat cheq takot cheq masuk toilet tak bayaq. pastu membebel sorang-sorang. Cheq pon tak tau la no apa yang dibebelkannya.

makcik cheq kluaq, cheq terus habaq pasai tu. makcik cheq kata, " mari kita 2 orang g wakah pokcik tu baru tau" haha. aku tergelak gila dengan ayat makcik aku. Lalu je depan pakcik tu, makcik aku cakap, terima kasihla pakcik. Sebenaqnya makcik aku saja duk kata macam tu, padahal dia duk perli pakcik tu. Ada ke cakap kami masok toilet tak bayaq.. hehe

p/s:"mari kita 2 orang g wakah pokcik tu baru tau".. (tu ayat terengganu. kalo ayat standart, mari kita 2 orang pergi ikat pakcik tu baru tau..) kahkah..


baibai






Tuesday, October 26, 2010

awat hang ni?


Tetiba semalam tengah aku nak setup database, membe lama mesej....

membe aku : watpe?
aku laa : dah tido..padahal aku tak tido lagi..haha (gila jahat aku)
membe aku : saje nak kaco ko.

aku bukan apa. Aku agak malas laa nak layan mesej membe aku seorang ni. Pasai apa angpa sume nak tau. Pasai cheq ni dah tak larat nak layan dia duk cakap asyik susah nak dapat keje je. Aku bosan la weh. Pastu dia duk kondem habaq mai yang sekarang ni belajar tinggi-tinggi, keje takde. Tu la hang, cheq duk habaq suh sambung degree hang taknak. Kalo diploma, memang la susah sikit. Kawan-kawan cheq yang baru habis degree ramai je duk keje company besaq, gaji pon besaq kat kl tu. Awat hang jadi lagu ni.

cepuk karang baru hang tau..haha

p/s: aku malas la nak pikiaq2 masalah orang ni. Kalo nak kira, masalah aku ni pon bergunung ganang macam gunung everest tu haa....haha

baibai


Saturday, October 23, 2010

kalau si dia dah tiada mcm mana?


Teringat kembali zaman kat ukm. Masa tahun 1 dapat rumet best, tahun 2 pun best. Tahun 3 aku konker bilik sorang-sorang..teramat best jugak..muahaha..

masa tahun 2, dengan kak D..(aku ringkaskan namanya...hehe :P).. Aku suka buat lawak pastu ketawa, dia pun sama...satu kepala pulak tuh.

Hari tu, tengah duk makan-makan sekali, tetiba kak D keluarkan satu soalan yang aku pon tak boleh nak bagitau jawapannya macammana..




kak D: Mila, kak D ada benda la nak tanya..
aku: apa dia?
kak D: katakan si A ni jodoh kita. Tapi si A ni dah tiada kat dunia ni, means dia dah meninggal la, so macammana?
aku: *tersedak..hmm, susah soklan tu kak D. mengalahkan soalan PHD ni..haha..
kak D: sempat lagi melawak...(tergelak sama)
aku: ntah la.. macam mana eh..(sambil ulang ayat tu banyak kali)




p/s: so, macam mane eh....

Monday, October 18, 2010

A big waves. How true.


Oh god. Im shock. ..

That day, ramai sangat orang dekat laut tu. Sampaikan foreigner pun ramai. Maybe sebab laut tu cantik. Aku akui, memang cantik. Damai.....bersih..... So, nice!

Tengah syok-syok aku dan membe-membe ambil gambar a.k.a photoshoot, tetiba something yang aku tak dapat bayangkan tetiba terjadi.

A big wave coming. Sampaikan aku memang dah hampir lemas. Tetiba aku sempat berpaut pada seorang foreigner. Dia yang menyelamatkan aku. Dalam masa tue, ramai yang dah tak mampu nak menyelamatkan nyawa masing-masing sebab ombak terlampau besar. Baru je nak sampai ke tebing...

tetiba...

ombak dari sebelah depan datang. OMG! kali ni ombak lagi besar. Aku hanya berserah. Jika ajal aku sudah tiba kali ni. Ombak yang besar seolah-olah dunia akan tenggelam. Dunia akan tamat. Semua orang ramai yang dah tak mampu menyelamatkan diri.

Sepanjang ombak besar melanda, aku memang berpegang pada foreigner tu. Dia yang menyelamatkan aku. Dalam pada ombak besar tu, tetiba datang ikan besar yang tak pernah aku lihat. hampir menelan aku. Namun, kami sempat mengelak. Umurku masih panjang " bisikku dalam hati"

Tak dapat aku gambarkan betapa besarnya ombak yang datang. Ibarat seluruh bumi akan tenggelam. MasyaAllah.

Sampai satu masa, aku terselamat. Semua ahli keluargaku selamat. Namun ramai kawan-kawanku yang terkorban. Aku akur. aku dapat melihat sendiri kawan-kawanku dan manusia yang lain seorang demi seorang ditelan ombak besar.

Tetiba..

























aku tersedar. MasyaAllah. mimpi rupanya. Mujur ia sekadar mimpi. Tapi mimpi ini menyedarkan aku dari terus tenggelam di dunia yang fana.


p/s: apa maksud mimpi disebalik ombak besar ni..aku berfikir sejenak.




Saturday, October 16, 2010

banyaknya keje cekolah.



Waa, aku sudah pening. Keje cekolah (research) banyak tak gerak-gerak, tak move-move orang kata (orang tu, refer kat aku la tu)..haha. adoi. Asal susah sangat nak dapat info dari internet ni. dah penat aku cari. Boleh naik power rabun aku macam nih. Mengadap laptop tapi maklumat tak jumpa-jumpa jugak. Haiyaaaa..Ni kalau orang cina cakap, manyak susah maa..


Alih-alih, takde keje lain yang aku buat. Facebook, blogging, ym pastu terjah blog orang sana sini. Tapi aku jarang komen. Aku pi baca je.. haha. jahat tak aku?


Tapi kan, aku rase banyak masa aku habis baca kisah-kisah hidup kat blog orang. Itu jelah keje aku. Nanti tetibe dapat col dari prof terkasih aku, baru la nak siapkan keje cekolah semua. (ala.. hidup mau hepi der. stress2 buat apa kan...kehkeh)


p/s: hari ni dapat duit pree dari seorang datuk. Bukan daddy punya sugar tau! sebab......Aku main-main je tuh...saje nak hilangkan stress....muahahaha.

baibai.


Friday, October 15, 2010

kisah Aming g sejid (cerpen loghat ganu)


Ayoh ye kate doh tok bolih ikut. Ye nok ikut gok . Pah tu dalang sejid wat bising. Ye berembah ngan abang dia. Bising Bango. Ayoh dia hok tengah mayang ni nok maroh dok tau ahh. Geletik tangang rasa nok bui penampor sutir. Orang laing kiri kanang dalang sof mok’o rase gitu jugak, mesti dok kusuk semayang. Kalu ye maghi dekat, bulih junga tangang, belang-belang bace fatehoh, mesti kena keppok pale, baru ye bulih dudok diang. Base anok dok rajing mari sejid, ye ingat sejid ning macang padang tepat maing. Ye berembah, ye berembah jugak nge abang dia. Nok buwak gane , budok dua taung , dok tahu ke mende. Orang paka baju melayu nok gi sejid, ye derah-derah gi ambek baju retek dalang robok. Tak dok pioh, ye buke abih sorok dalang rumah cari pioh, bulih ke dia pioh besar, paka jugak, paka jugak walaupung dok lekat di pale. Tengelang separuh dahi napok butir mate je dua butir, kelit-kelit. Ayoh ye kate “Aming doh ayoh gi ahhh, kek gi aming bising, dok dudok diang, kaca orang mayang”. Panda ye jawak “Aming uduk je, Aming diang je, Aming mayang nge ayoh”. Uhh, jawak bukang maing juruh. Ayoh dia pong ajoklah, nok try ,bulih ke dok dia duduk molek-molek mase orang semayang jumaat. Kalu dok ajok kang ye nangis guling hanyar depang mok dia, sapa orang abih mayang. Rohoklah mok dia nok suruh senyap kekgi.



Mase khetbah tu ye start doh, iyah-iyah ye fire ke abang dia. Abang ye senyak je, dok layang. Ayoh ye keling-keling dari jauh, pah tu cerelong ngan wat mulut cettum gitu. Marohlah tu .Ye senyak kejap. Pah tu ye segok-segok pulak abang dia, iyah-iyah, koya jadi ultrameng lawang raksakse. Ayoh ye cerelong lagi, ambek jari tunjuk bubuh dekat nge bibir, wat gerok kiri kanang. Perit meto , takutlah tu konong. Derah-derah ye gi duduk bira abang dia, terkising-kising senyung. Dok dan dua minit ye segok pulak abang dia, maing pogong-pogong pulak, iyah-iyah..



Ayoh dia buat isyarat ke abang dia ,suruh maghi dekat. Ayoh dia bisik “koho teruk adik mung ning, mung ajok adik mung gi blakang, tepat orang buh lipar nung, mung layang ye berembah, kot panda ye ah nok begocoh ke, nak berguling ke, nok teranding di dinding ke.Dok bolih jadi gining, ye kaca orang nok mayang kekgi.” Abang dia ajoklah gi blakang. Ye pong derah-derah ikut.

Amanglah sementor. Bulihlah dengar khetbah molek skit. Tok imang perabih khetbah dia, pas tu sedia nok semayang. Pah takbir je , bace patehoh, eh-eh tubik mari duane dok tahu, ye mari pulok nge abang dia. Duk selit celoh sof. Ye akat takbir jugak pah tu wat mulut bebet-bebet, pecih-pecih, pecih-pecih bunyi, bace mende dok tau. Ekseng je lebih.Mase abang dia sujud ye buwak pulok, tengok molek ngat abang dia sujud, kabat lallu atah blakang wat macang kuda. Keduk-keduk , bising bango. Mase abang dia duduk , ye pelok tekok abang dia , lepah tunju dua tige butir, debih-debih bunying. Gitulah sapa orang abih semayang.



Lepah bagi salang, kiri dan kanang, ayoh dia cerrelong slalu, bulat gete mate dia macang nok sembul , maroh tahap gajah naik minyok. Ye kejut ke mate sembul ayoh dia , Ye lari gi nusuk blakang abang dia, tahu nye saloh sebab ayoh ye pesang benor doh jangang wat bising dalang sejid. Ayoh dia saoung slow-slow “Sape maing masae mayang takdi hahhh ?”. Dalang takut-takut dia jawak “Bukang Aming”. Kebetulang tok imang tengah bace doa lepah mayang, tok makmung pulak jawak rama – rama “Aminggggg”. Ye kejut , watpe semua orang kata Aming. Ayoh dia kate lagi “Sape bising bango main gocoh dalang sejid hahhh” . Tok Imang bace doa .Makmung jawab aminggggg. Ye pucat lesi doh muke, ye jawak “Bukang Amingggggg, bukang Amingggg.. muke paling kiri kanang tengok ke makmung, mintak kasihang belas. Abang dia doh dok tahan suke tengok keaadaang dia hok pucat lesi. Ayoh dia wat lolok tanye lagi “ sape hok maing berembah dalang sejid ahhhh?”. Tok Imang perabih doanya, hok akhir dia kate “Ya Rabbal Alaminnnnnn”, kuat skit dari biase. Makmung-makmung sume pakat perabih amingkan doa tok imang, kate kuat skit dari biase “Amin Ya Rabbal Alamin”. Ye kejut hanyar. Bukang Aming, Bukang Aming, selok ye nangis takutan. Makmung sume tengok ke dia . Derah-derah Ye gi jerba ke ayoh dia. Reboh nungging ayoh dia sapa sellok kaing-kaing. Abang dia dok tahan, suke sampai guling bating depang sof.



p/s: wakaka..adoila..gelak guling2 tyme baca mende alah ni..


baibai



Monday, October 11, 2010

wang hantaran 100 ribu


waa, banyaknya duit hantaran tu. Kalau dapat kat aku, memang pergh.hehe..berangan je kau nih :)

Haa, jangan tak tau pulak. Selain Datuk Dr sheikh muzafar yang kahwin pada 10.10.10, si sani tauke bas sani pun kahwin pada tarikh tu jugak. Hantaran kahwin yang dia bagi kat wife dia rm100 ribu der. Tu baru wang hantaran, tak masuk lagi kereta yang dia hadiahkan kat wife dia. Nak tau tak berapa?

aku yang dengar ni rasa macam aku je yang dapat kereta tu..wakaka. harga kereta tu rm400 ribu lebih ai cakap kat you. Ya Allah, manyak kaya maa....

p/s: dalam hati (bila aku nak dapat camtu? heheh ;p ;p)

baibai.