Friday, September 30, 2011

Terkelu saat aku membacanya.


Assalamualaikum.

Tengahari ni aku terasa mau bukak fesbuk ku. (ehh, bukan tiap-tiap hari ke kau bukak fesbuk wahai mila! oke fine kantoi disitu)

Seperti biasa wall ku di teliti satu persatu. Sampai satu saat aku terkelu dengan ayat yang ditaip oleh membe ku. Aku amati setiap baris ayatnya. sedih. pelik dan aneh.

Lalu aku membuka profilenya. Aku teliti lagi baris-baris setiap ayat nya. sedih pilu dan sebak. Baru ku tahu rupa-rupanya seseorang yang sangat disayangi dan dikasihi telah meninggalkannya buat selama-lamanya. terdiam aku seketika.

Aku amati lagi baris-baris ayat yang lain. satu daripada ayatnya amat meruntun jiwa kecil aku.
"baru beberapa minit kami mengucapkan bye-bye, aku mendapat panggilan telefon mengatakan kekasih hatiku telah pergi buat selama-lamanya. terududuk aku tatkala itu, bingung! "

bulat mataku melihat ayat yang satu itu. lalu air mata jernih membasahi pipi. setiap hari, ada sahaja ayat sedih yang diupdate. aku yang tidak mengalaminya turut merasa kesedihan itu.

tabahkanlah hatimu wahai sahabat. hanya itu yang mampu aku ucapkan. salam takziah dari sahabatmu. (ct kamila)


p/s: tetibe aku rasa ayat aku dah macam ayat novel. apa-apapun marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah buat arwah.

p/s: semalam aku mimpi sesuatu yang amat dasyat. seolah-olah kiamat semakin hampir. masyaAllah.

ok bai




Wednesday, September 28, 2011

kenapa eh isu tudung hangat diperkatakan di blog2?



Assalamualaikum.

Hai korang. dah lama tak hapdet belog. hari ni tetibe aku rajin laa pulek. (elehhhh, rajin laa sangat! keh keh)


ouh ai pemaluuu HA HA



kenapa kenapa kenapa eh isu tudung seringkali diperkatakan di belog2? ai tak paham laa yuu. dah sah-sah bertudung tu wajib, yang nak kecoh-kecoh cakap orang bertudung itu laa ini laa apekehel nye lah kan. HE HE.

Orang zaman sekarang ni mana nak dengar teguran dah.ecece macam penceramah bebas u'olls keh keh. masing-masing buat hal sendiri. bagi aku senang, buat apa yang disuruh tinggal apa yang di larang. dunia kita kejar, akhirat kita cari. masing-masing dah diberi akal fikiran kan. so pikirlah mana baik mana buruk. senang bukan.heeeeeee

so, renung-renungkan dan selamat termenung. ehhhhh :P


ok bai.


Wednesday, September 21, 2011

oke fine. berjayaaaaa yeay!


Assalamualaikum.

Hai korang. dah lama aku tak menyemak kat blog sendiri. busy u'olss keh keh

Ni pon baru je berjaya mengupload jurnal dekat dia punya website. jurnal ni nanti penyelia aku nak kena present kat conference di madinah. entah, aku pon tak berapa paham sebenarnya. takpe-takpe, asal keje aku dah setel kire oke laa tuu. HA HA

tapi kan, dia punya cara nak upload tu kemain susah nau penat letih tired laa aku camni. siapa yang buat website tu haa? err err. itu bukan marah. itu monolog dalam je. huehue.

berjam-jam jugak laa aku mentorai baru berjaya. sampai kalah aku main game tadi. camni ar camni ar. sob sob


p/s: korang perasan tak, apekehel function fesbuk makin tak best -_-' (lari topik) :P



ok bai.


Tuesday, September 13, 2011

Cara nak bagi kuku jadi berkilat secara semulajadi



Assalamualaikum.

hai korang. meh meh. aku nak bagi tips kat korang ni. HE HE.

Tips nak bagi kuku nampak berkilat shining ning ning. huehue. oh cara dia mudah gilaa. korang ambik ubat gigi, letak kat tuala kesat, then gosok-gosok kat kuku korang sampai berkilat. lagi tak berkilat lagi tuu korang gosok oke. HA HA

hasilnya. jeng jeng jeng









senang bukan. hanya guna ubat gigi + kain je, dah dapat kuku yang bersinar berkilat kau memang da boom hue hue =)


ok bai.




Sunday, September 11, 2011

laptop lama ku. sob sob



Assalamualaikum.

hai korang. rajin bebenau laa pulak aku hapdet belog. kata takde mood. oke fine fine.

begini alkisahnya. sob sob laptop aku rosak dowh. sob sob lagi. nak baiki, problem dengan motherboard. kalau rosak motherboard ni paham-paham laa ehh. memang tak lama laa kau akan hidup wahai laptop.


model laptop lama aku. picture kredit to hencik google.



nasib baik ada notebook. kecik comell je. HA HA. tapi naik juling jugak laa mata aku duk menghadap coding. so, aku bajet nak beli laptop baru. notebook aku bagi kat adik aku untuk buat assignment bila kau kat uitm nanti. ehhh *asignment laa sangatt. main game kat fesbuk lagi banyak kot. HE HE

dulu aku pakai laptop model compaq. acer aku tak minat. dell sparepart agak susah nak cari kat 'ganu' ni.



so, korang boleh share tak specification laptop compaq yang da latest. ai nak taw yuu! ehehhhee


ok bai.


oh junior.


Assalamualaikum.

Hai korang. aku memang tengah takde mood nak berbelog bagai. seriusly hanya fikir *bila boleh start apply duit zakat untuk master ni haa? HA HA.

oke fine. sekarang tengah busy gilaa u'olss. sekejap nak setelkan hal ni, sekejap nak setelkan hal tuu. nak taip belog seciput pon rasa macam =_='. overr kau!

pergi umt pon dah takde feel. pasai ramai nau budak junior baru masuk. oh tidak! stress gua nengoknye. hehehe :P



ok bai.


Sunday, September 4, 2011

krem kaki gua donk. hehe =)


Assalamualaikum.

hai korang. still beraya ke? aku? err err still beraya lagi. kui kui kui. tapi bila tyme tyme raya ni jalan jem takpayah nak cerita pon semua orang tahu muehehe.

aku tiap-tiap hari aku pergi beraya kot. cuma raya ke-2 aku stay kat rumah. wait membe membe datang beraya.

jalan punya laa jem. krem habis kaki gua duk menekan clutch. so hari ni aku decide duk rumah je. cukup laa 5 hari beraya. HE HE



yang tudung biru tuu bff aku. tudung merah errr aku laa. :P



aku pergi beraya dengan dia laa. hehe. tapi takpe. mak dia berehh je kalau dia keluar dengan aku. sebab kiteorang dah kenal lama gila kot. =)


btw, selamat hari raya korang.


ok bai


Friday, September 2, 2011

kahkah. gelak sampai besok


Assalamualaikum.

hai korang. besok dah hari raya ke-5. jum ganti pose jum. muehehe. ni mai nak habaq mai cerita kelakar.

situasi 1
A : kau baru lepas stpm ea?
aku : ha ah. tipu sunat. keh keh. pastu gua cakap ehh tak tak. umur saya dah dua fuluh tut tut..


situasi 2
B : kau pakai tudung jenis apa camtu. nampak muda laa. macam budak sekolah.
aku : ehem ehem (lempang!). pasni tiap-tiap hari aku pakai tudung camni. HA HA

situasi 3
C : sekolah lagi ke? tingkatan berapa?
aku : ha ah. tingkatan 4. kah kah (kwang hajaq kau mila!) lalala~

situasi 4
dah takde situasi 4 daa. cerita ni tamat kat sini.

adoila. awat depa-depa ni tengok aku tak matang ke? ni kalo zaman mak aku dolu-dolu, umur macam aku dah anak 2,3 orang kot. HA HA

mulai sekarang kalau orang tanya umo lagi, aku nak cakap " umur ai baru 16 tahun " wakaka

ok bai