Friday, August 27, 2010

cinta selepas kahwin

Assalamualaikum.

Cinta selepas kahwin.

Ya, itu tajuk yang ingin aku kupaskan hari ini. Dah mcm penceramah bebas la pulak ye. hehe. Sebenarnya kawan aku yang sibuk duk suh aku tulis pasal benda-benda ni semua. Sebabnya banyak benda yang berlaku kat kawan kepada kawan aku lately.

Ramai yang kita dengar bercinta bagai nak rak, tapi kadang-kadang putus kat tengah jalan lah, tepi jalan lah dan macam-macam lagi lah. Sampaikan aku pun kadang-kadang pening duk mendengarnya.

Ok. Aku akan bagi beberapa contoh kat sini. Based on cerita yang ak dengar dari mulut kawan-kawan aku sendiri. Ada yang bercinta tujuh lapan tahun, then kahwin. Pastu baru je kahwin tak sampai setahun, si suami dah mula naik hangin tak tentu pasal. Dah mula cari pengganti. Kata si suami ni " dah bosan lah dengan perangai si isteri". Dah tahu semua perangai buruk diorang.

MasyaAllah.

Dulu masa bercinta "kentut pun wangi". Sekarang apa yang isteri buat, semua tak kena. Takkan lah bercinta tujuh lapan tahun tak kenal lagi perangai pasangan masing-masing sebelum tu. Tp aku sekarang dah mula percaya, tak seratus peratus perangai pasangan adalah perangai sebenar masa kapel. Means masing-masing banyak sorokkan perangai yang tak elok depan pasangan masing-masing. Tu yang bila dah kahwin, banyak jadi kes macam tu.

Kadang-kadang bercinta selepas kahwin pun sangat romantik. Bukan maksudnya kita kenal orang tue tak sampai sebulan, tup-tup terus kahwin. No, bukan itu maksud yang cuba aku sampaikan. Hal kahwin ni bukannya boleh bawak main-main. So, maksud cinta selepas kahwin ni, kita kenal dulu pasangan kita tu, kita tak bercinta dengan dia, but more on dah kenal hati budi masing-masing and take care each other. After dah kahwin, baru bercinta.

Tapi susah kan nak cari yang macam tu. dalam seratus pasangan, nak cari satu pasangan pun susah. kan2?

Actually, bercinta ni depends on masing-masing la kan. Ada yang suka bercinta sebelum kahwin, and ada jugak yang suka bercinta selepas kahwin. So, before kahwin, make sure kenal pasangan masing-masing seratus peratus.


Wallahualam


Chow cin chow



7 comments:

Unknown said...

betul2..
nak cintan-cintun lepas kawen jugak la..
hehe~

sugar2 kapas strawberry said...

ape pon..JOdoh dr Allah yg kekal :)

Ct Kamila said...

azmi: btol2..hehe

Ct Kamila said...

sugar2 kapas:
sgt setuju dengan cik sugar2 kapas strawberry..kite hanya merancang..Allah yg menentukan segalanya :)

hakim said...

http://kupasrah.blogspot.com/2010/07/ouch-indahnya-kahwin-mengikut-pilihan.html

bace ni mila, klako

Ct Kamila said...

akim: bereh..ak buke jap

Solihin Zubir said...

tapi setengah org masih dok pertikai mcm mana nak kahwin kalau tak bercinta.. hehe..

dia tak faham maksud mengenali hati budi sblum berkahwin tu.. tak semestinya kena bercinta menabur rindu..

selamat bercinta selepas kahwin.. :D