Saturday, March 26, 2011

pengisytiharan besar-besaran


Assalamualaikum.

Saya, ct kamila pemohor besar raja-raja mengisytiharkan diet akan dilakukan secara besar-besaran.








sekian terima kasih


=_='


Wednesday, March 23, 2011

cik eira shoppe giveaway.html



Assalamualaikum koranggg. hehe

hari ni nak join giveaway lagi. kali ni by cik eira shoppe.



cik eira ni jual contact lense online. comel-comel je kaler dia sume.

hadiah yang cik eira nak kasi pon best!

1) kanta lekap yang anda minati dan pilih sendiri di Cik Eira Shoppe yang berharga RM50
2) kanta lekap yang anda minati dan pilih sendiri di Cik Eira Shoppe yang berharga RM30
3) topup percuma untuk sebarang talian sebanyak RM15 di Cik Eira Topup


menarik kan hadiah dia. tapi kalau dapat, aku nak yang kaler grey CM901. jap-jap nak tunjuk gambar.


comel gilaaaa kan. hiks


p/s: so,lpas ni korang boleh laa beli lens online kat blog cik eira.

ok bai

Saturday, March 19, 2011

Apa Hikmah Di sebalik Bulan dekat dengan Bumi 50ribu KM

semalam aku duk baca entry solihin pasal supermoon. aku memang tertarik dengan isu ni. so, aku share dengan korang semua. ^^

Bulan adalah tanda Noor Nabi SAW dan seperti yang di sebut dalam 200 lebih hadis Sahih Nabi SAW- akan tiba kedatangan Imam Mahdi (AS) Cucunda Nabi SAW - Bernama Muhamad ayahnya Abdullah Ibunya Aminah.

Di zaman akhirn ini ianya adalah simbol muncul nya Imam Mahdi (AS).

"Sesiapa yang tidak percaya kepada Dajjal mereka akan kafir dan sesiapa yang tidak percaya pada Imam Mahdi mereka akan kafir". ( Maksud Hadis).

Ketibaan Imam Mahdi (AS) di ambang pintu dunia - di nyatakan atau di khabarkan oleh Bulan yang akan menjelma 50,000 Km lebih dekat ke arah bumi.

Dan akan berlakunya segala bencana telah pun di sebut dalam banyak hadis -hadis sahih sejak 1,432 tahun lalu.Wahabi telah meringkan perkara-perkara tersebut dari pandangan orang-orang ISLAM.

Hanya Wali-Wali Allah SWT Sahaja yang mengetahui segala kebenaran ini dan di ILHAMkan kepada mereka.

Ketibaan Imam Mahdi ada 111 Tanda dan kebanyakan tanda -tanda telah pun muncul yang berlaku baru-baru ini adalah

* Kejatuhan semua pemimpin2 zalim di timur tengah memberi laluan kedatangan Imam Mahdi (AS). Dan memberi kebangkitan Nafas Baru pemimpin2 yang akan membantu Imam Mahdi (AS) pejuang Islam yang sebenar
* Keadaan Tsunami di Jepun dan Malapetaka di seluruh Dunia
* Tsunami di Aceh memperkenalkan satu kebangkitan Ummah yang baru membantu agama Allah SWT
* Banjir Di Pakistan bulan Ramadhan 2010
* Dan 313 kejadian yang bakal akan berlaku di seluruh Dunia -kebanyakan kepada Negara2 yang Zalim dan Yang Memusuhi Agama Allah SWT
* Dan membuktikan Kedatangan Nabi ISA(AS) dalam masa yang terlalu dekat
* Dajjal telah pun bersiap sedia untuk muncul dengan sepenuhnya dengan lengkapnya Dajjal-dajjal kecil yang 40 iaitu sai baba ( yang mengaku dirinya Tuhan).Dajjal yang 41 adalah Dajjal yang ASLI - sebelum ini adalah Dajjal in the Making" -

Wahai Orang ISLAM dan Muslimin seluruh Dunia , Beriman lah dan Bertaqwalah dengan Sebenar-benar Iman dan taqwa, kita belum beriman lagi jika - Hidup kita tidak di lengkapkan dengan Iman dan taqwa yang sepenuhnya.

Taqwa dan Iman tidak akan sempurna jika tidak Mencintai Nabi Muhammad SAW dan Mengenal Wali - Wali Allah SWT seperti dalam Firman Nya Surah Yunus Ayat 60-62).


sumber : carigold

p/s: apa pandangan korang?

ok bai


Thursday, March 17, 2011

Tsunami di Jepun bukti Kiamat Semakin hampir


Bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianya merupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat. Diantara kiamat kecil ialah:


1. Zina bermaharajalela

2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.

3. Bermaharajalela alat muzik.

4. Menghias masjid dan membanggakannya.

5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.

7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa.

8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.

9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)

10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.

11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.

12. Orang akan melakukan homoseksual.

13. Akan terdapat ramai anak luar nikah.

14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik

15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan

16. Banyaknya berlaku gempa bumi.



Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, diantara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.



Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter.



Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir.

Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.



Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat.



credit : jeming hasan (http://www.facebook.com/notes/jeming-hasan/tsunami-di-jepun-bukti-kiamat-semakin-hampir/10150120762093350)



Di petik dari : By: Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC)



ok bai