Thursday, March 17, 2011

Tsunami di Jepun bukti Kiamat Semakin hampir


Bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianya merupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat. Diantara kiamat kecil ialah:


1. Zina bermaharajalela

2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.

3. Bermaharajalela alat muzik.

4. Menghias masjid dan membanggakannya.

5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.

7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa.

8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.

9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)

10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.

11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.

12. Orang akan melakukan homoseksual.

13. Akan terdapat ramai anak luar nikah.

14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik

15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan

16. Banyaknya berlaku gempa bumi.



Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, diantara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.



Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter.



Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir.

Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.



Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat.



credit : jeming hasan (http://www.facebook.com/notes/jeming-hasan/tsunami-di-jepun-bukti-kiamat-semakin-hampir/10150120762093350)



Di petik dari : By: Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC)



ok bai


11 comments:

@ Syima Raaif @ said...

huh mmg banyak sgt dah tande2 nye..manusia je belum sedar2 lagi >.<

nabByla said...

huhu takutnya..kiamat nak dekat.

ZACK ENTRY said...

rasanya ni iklan besar dah, cuma kita-kita yang mengendahkan amarannya dengan menganggap ia adalah iklan kecil..


adakah kita sudah bersedia? =.=

Nobita Sensei said...

betul..betul.

Solihin Zubir said...

Ya Allah..
takotnya..
adakah kita golongan yg bakal menempuh hari kiamat? nauzubillah..
tak sanggup rsanya nk tempuhi hari pengakhiran yg maha dahsyat tu...
meremang bulu roma ni..

.drakula. said...

tanda2 itu cuma tanda dan tiada yang berani pasti yang tanda2 itu ialah tanda2 akan datang hari kiamat ....sebenarnya jgn terpedaya dgn tanda2 kerana kita akan takut cuma sementara ,sebaliknya harus gembira kerana tanda2 itu membuktikan bahawa dunia ini tiada pasti akan kekal lama ....maka bersedia dari hari ini....syukur...

Liliyuli said...

jaga solat..

forever love said...

bumi dah makin tua

sugar2 kapas strawberry said...

tnda2 kiamat kecil..

hawiz said...

masyaallah..menakutkn ...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Mahadi itu dari keturunanku, dahinya luas, hidungnya mancung; ia akan memenuhi bumi dengan kejujuran, dan keadilan, sebagaimana bumi sebelum itu penuh dengan kezaliman dan kecurangan; ia memerintah selama tujuh tahun." (Abu Sa'id Al-Khudri r.a)

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
untuk Republic Aku