Sunday, March 25, 2012

Resepi : apam polkadot


Assalamualaikum.

Hai korang. Minggu lepas aku letak gambar apam polkadot yang aku buat. tak sangka lak den ramai bobonar lak aih mintak resepi. ecehhh. ramai tuu dalam 4,5 orang je kot aku rasa. muahaha.


Ok fine-fine. Meh aku share resepi meh.


3 biji telur dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar/ susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai
pewarna


Cara-cara penyediaan apam polkadot
1. Masukkan telur dan gula ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.
2. Selepas tue, baru campur bahan2 lain(masukkan susu, tepung dan last sekali ovelette. Then, masukkan esen vanilla) dan mix lagi sehingga sebati.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.
4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).
6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).
7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.
8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus



Haa, bukan susah uolss. senang je. ececece kemainnn! heee. So, hasilnyaaaaaaaa








p/s: masa letak pewarna tuu, make sure korang letak banyak sikit eh. kalo tak, nanti kaler dia jadi tak cantik. pucat lesi macam orang sakit lak jadiknye nanti. hehee


ok bai



Wednesday, March 21, 2012

short update : apam polkadot!



Assalamualaikum.

Hai bloggers. i'm back! ecehhhh.. kemain. over nau! ahh, malas nak taip panjang-panjang, just nak cakap hari ni aku terlebih rajin mencuba resepi apam polkadot.


dan


dan


dan


*lempang nak? kehkeh


dan hasilnyaaaaaaaaaa tadaaaaaaaa :P







aku tak letak dia punya jem kat dalam tuu.. pasai apa hangpa nak tahu. pasai aku malas. lalala.
stop melalut! heeeeeeeeee


ok bai


Wednesday, March 7, 2012

MegaGiveAway by Penmerah.com






Assalamualaikum. Haluuuu..aku join GA akak pen merah. hadiah dia menarik yuu! so, sape-sape nak
hadiah meh join meh. heee


aku tag blogger-blogger ni untuk join GA ni



p/s: semoga rezeki ini milik aku. ecece.. ok bai




Sunday, February 26, 2012

Bismillahirrahmanirrahim.



Assalamualaikum.


Hai korang. azam taun 2012 aku masih tak tercapai. Salah satunya azam nak diet. Ecehhh diet laa sangat kan. Ok fine. aku sangat jeles dengan orang yang kurus. In fact, BMI weight category aku 'healthy'. tapi kalau boleh aku nak BMI untuk healthy yang paling minimum. aku tak nak underweight. susah lak kan. kehkeh.


ok fine-fine. Kalau aku nak dapatkan BMI healthy yang paling minimum, aku kena capai berat around 41 kg camtu. But now berat aku 47 kg. Means aku kena turunkan lagi 6 kg. Agak-agak kalau dalam 2 bulan boleh turun tak dalam 6 kg? Aih.. nafsu makan kuat cenggini ko kata nak diet mila! ==' (sabo jelah haku)


kalau orang lain boleh turun sampai berbelas-belas kilo, takkan laa nak turun dalam 6 kg tak boleh. iye dok? ecece..sedapkan hati sendiri.


Ada tak sape-sape yang dah berjaya turunkan berat badan. Sila bagi tips pelisssss. teehee


ok bai