Sunday, September 4, 2016

Pengalaman D&C

Hai, just come back.

Only God knows my feeling right now. Selepas setahun disaat aku terima nikahnya, i disahkan hamil anak pertama. Perasaan bila test upt dan nampak double line, terus whatsapp hasben. Suamiku seorang yang sangat cool down. Dia rileks je bila org keep asking bila nak ada anak since kami pasangan pjj. Tapi dia punya excited bila tengok gambar double line tu terus tanya, apa maksud dia eh? Means i bakal jadi papa? "Papa ke daddy eh" dalam nada bergurau. And me reply "debush baru tahu". Dalam nada bergurau jugak. Indahnya perasaan itu. 

After 3 month pregnancy, yes. I know i have low blood pressure. 80/50 and doctor asked me to rest. Kerja di ofis memang tak melibatkan kerja kerja berat cuma agak stress dengan kes student yang macam macam ragam. Tanggal 28 ogos 2016, i pergi checkup dekat klinik swasta. Doktor inform perkembangan janin stop di tahap 2 bulan. Kantung je membesar. Kena refer doktor pakar di Hospital KT. Perasaan pada waktu itu hanya tuhan yang tahu. Keluar dari bilik doktor, terus ke kereta. Air mata mencurah macam hujan lebat yang tak berhenti. Speechless.

Dalam pada tu, terus start kereta balik ofis. Balik balik je ofis, buat muka macam tak ada apa apa berlaku. Tapi ofismate jenis yang cepat perasan. Dia tanya kenapa. I cakap sekejap lagi i cerita. After cerita, muka ofismate macam a liitle bit risau. Terus dia call klinik kesihatan yang i buat buku pregnancy. Doktor kk suruh datang hari itu jugak. 

I cakap pukul 2 nanti i pergi. Tak dapat menahan perasaan, i terus masuk bilik kononnya nak buat kerja sambil menghadap pc. Sedangkan air mata mengalir laju buat kali ke dua. Petangnya i pergi checkup di kk. Doktor maklumkan perkara yang sama. Perkembangan janin stop dan doktor sahkan silent miscarriage. Bertapa hancur luluhnya perasaan di ketika itu. Doktor sediakan ambulans untuk bawa i ke hospital dungun then direct ke hospital KT. Mujur ofismate and my boss datang ambil kereta and bawa balik ke ofis. 

I terus call hasben inform doktor cakap silent miscarriage and need to go to hospital dungun dengan ambulans. Masa tu, nak inform hasben pun suara tersekat sebab tengah sebak and menangis tak berhenti. Dalam pada tu, whatsapp my sis inform pasal ni. Suami inform, dia gerak dari kl sekarang. Oh my. Risaukan diri sendiri lagi. Risaukan suami lagi. Macam mana la dia drive dalam keadaan yang serabut macam tu. i tak aspect suami terus balik since dia baru habis exam and esoknya dia ada final paper lagi. Malamnya dia akan fly ke jakarta for training. Semua flight ticket and training company dah uruskan. Hasben cakap dia tak boleh dengar suara i macam tu. Sebak.

29 ogos 2016, i admitted hospital after doktor pakar scan and dan buat ultrasound tapi result dia still sama. Doktor suggest for d&c sebab takut infection pada rahim. Sepanjang admiited, berapa kali kena cucuk, kena ambil darah, check jalan guna muncung itik, sakitnya Allah sahaja yang tahu. Suami diberi kebenaran untuk jaga i dekat hospital since bos dia gantikan orang lain untuk pergi training di jakarta. Suami call UTM untuk confirmkan boleh ke tidak untuk ambil exam pada hari lain since berlaku kes kecemasan yang tak diduga. And pihak UTM kata boleh. Allah, lega. Suami stay dekat sini sampai 31 ogos 2016. Suami dan keluarga yang banyak menguruskan i sepanjang admiited. 

30 ogos 2016, doktor inform suruh berpuasa dan proses d&c akan dibuat pada bila bila masa. I start berpuasa pukul 1 pagi. Pukul 7 pagi, nurse kejutkan untuk masukkan ubat seperti proses bersalin yang lain. After 1 hour, Allah, sakitnya sekitar rahim perut dan pinggang. Bila bangun nak pergi toilet, dah start bleeding rupanya. Air mata keluar lagi buat entah kali ke berapa. Suami dan keluarga tidak putus putus bagi semangat. Tapi i jenis yang tak tunjuk menangis depan orang. Suami dan my mom pun tak tahu i dah berapa kali menangis. Petanganya, tepat pukul 2.15 petang, nurse datang dan inform suruh salin baju putih untuk masuk ke dewan bedah. I nampak suami menangis di waktu itu. Dalam dewan bedah, doktor bagi option untuk bius separuh atau penuh and i said bius penuh doktor. My mom datang cium pipi ku. Suami juga sama sambil betulkan anak rambut yang keluar. 

Sebelum proses d&c, doktor bekalkan alat oksigen untuk i bernafas dan ubat bius dicucuk. Terus pengsan tak sedar. After sejam setengah, proses d&c selesai dan i dibawa ke wad. Dalam keadaan tak berapa sedar, suami dan my mom selalu ada di sisi. Suami genggam erat tanganku memberi semangat. Tanpa sedar, air mata mengalir. Dilapnya air mata tu dan i nampak mata suami berkaca. Yes, i know dia pun sedih. Dia keep saying, takpe sayang "insyaAllah ada rezeki lain lepas ni". 

31 ogos 2016, i dibenarkan balik. Sampai rumah almost 9 pm. Suami rest sekejap dekat rumah family dan terpaksa balik kl malam tu jugak since dah ambil emergency leave for a few days. Sebelum balik,   sempat dia berpesan, lepas ni u dah sihat, i bawak u pergi travel ok. Jangan sedih. Take care. 

Allah. Syukur dikurniakan seorang suami dan keluarga yang sangat baik. 



Wednesday, January 6, 2016

Travelog : Trip to Korea ( Part 1 )


Assalamualaikum.

Ok, kali ni ahkak nak share pengalaman travel to korea. I know ramai yang search blog sebagai persediaan pertama untuk travel ke mana-mana kan. alahhhh, ahkak tahu sebab ahkak pun do the same thing. hee

ahkak travel berdua dengan suami. Kami tak pergi dengan agent sebab tak best. huhu. since encik hasben dah pernah pergi ke sana, so, alhamdulillah, everything goes well. Kami naik flight air asia X. Tiket pergi balik untuk seorang dalam RM1200. Kami stay dekat korea dalam 6 hari 5 malam. Starting 11 Oktober hingga 16 Oktober 2015.

Kami sampai di airport Seoul pagi. So mata macam layu-layu je. Kenangan manis di situ. Haha. So, sampai je, terus cari hotel berpandukan MetroHD. This application help us a lot. InsyaAllah tak sesat if guna MetroHD ni. Alahh, cepat pergi download dekat playstore. Free. 

Sampai je airport, kami terus menuju ke hotel. Encik hasben dah tempah hotel sekali dengan payment. Kami check in di itaewonInn. Not bad. Ada servis dobi baju. 



Then, biasalah encik hasben memang pantang bila perut dah berbunyi. So terus ajak ahkak cari kedai makan. Kami Makan dekat Muree Muslim Food since ramai cakap dekat sini makanan best. Kami order dua set makanan. 


Masa ni sakit tekak. So plain water penyelamatku. 



Nasi Beriyani Gam



  Ni makanan korea. Sedap. Lepas makan ni, malam tu, sakit tekak dah hilang. ajaib sungguh



Yummehh

After dah kenyang, meroyan pergi cari banana uyu. banana uyu ni dia macam susu perisa pisang. Ada je dekat mana-mana kedai. First impression, sedap ya amattt. Tiap-tiap hari beli banana uyu ni. Melting sungguh rasa dia.


Lepas dah fefeling minum banana uyu ni, kami menuju ke Itaewon Mosque. Cantik masjid dia. Negara korea ni sangat bagus sebab masjid banyak. Makanan halal pun banyak.


Itaewon Mosque. Cantik.



hamboih hamboih

Dah penat berjalan. Kami pun balik hotel. Malam tu, keluar ambik angin malam. fefeling honeymoon sangat. Kami ke Insadong Night Market. Dekat sini, transport yang paling utama, train. So dont forget to buy t-money. T-money ni penting untuk naik train ni. 


Captured by Encik Hasben. Seronok betul auntie sebelah ni tidur.



150cm vs 178 cm. Doaku semoga bakal anak-anak ahkak tinggi macam encik suami. Haha. Menyempat.



Insadong night walk



Insadong night market. Alahh, cantik sangat ni.

Then, lepas dah fefeling tu, kami pun balik hotel. Banyak sangat tempat menarik kat korea ni. Next entry, part 2 pulak ye. Tungguuuu.

Much Love : Ct Kamila. 

Bye

Wednesday, December 2, 2015

Mary Kay - Falling in love


Hai, Assalamulaikum.

Mary Kay - Falling in love. Amboih hangpa. tajuk kemain naa. heee. Ok, aku sebenarnya nak review pasal produk Mary Kay. Seriously, Mary Kay sangat best. Ehem!

Ni nak habaq mai. aku dulu masa zaman muda-muda remaja masa sekolah menegah, memang kulit halus mulus suci murni gitu haa. memamg takde jerawat langsung. masa tu tak pakai apa-apa skincare pun. Yelah. kulit takde masalah, tak kuasa ahkak nak cari pasal dik non ui. 

Then, masuk matrik, kawan-kawan semua duk pakai skincare itu ini, aku pun terasa nak pakai jugak la kan. try la temulawak krim siang yang bekas hijau tu. serius temulawak best. kulit jadi halus sangat. aku pakai tu sampailah akhir sem 5 di ukm. masuk sem 6, kenkonon nak lagi halus kulit, try lah tambah krim malam temulawak dalam koleksi skincare aku. katanya kan. koleksi sangat -_-'.

Alkisahnya, selepas seminggu pakai, muka flawless ya amat. ramai tegur kulit muka comey. TAPI masuk minggu kedua, jerawat naik banyak gila, sedih masa tu tuhan je tahu. Dahla sem akhir degree, muka macam tu. orang tegur sana sini. Aku pun try produk nak bagi jerawat hilang, tapi tak hilang-hilang jugak. aku fedup, aku fokus dekat study. tak sangka tetiba dapat pointer 3.80. tapi sijil dekan sampai sekarang aku tak ambik dekat UKM tu. lol

Rupanya, krim malam temulawak tu beracun. kawan aku la bagitahu. patutla masalah jerawat aku tak hilang sampai aku sambung study dekat umt. then, kawan aku pun suggest pakai krim herba natasya. aku pun try la kan. mak aih. macam miracle. kulit putih gila, jerawat pun hilang macam wow. aku pakai natasya dalam dekat 4 tahun jugak la sampai la rasa kulit muka macam pedih. makin menipis kot.

aku pun stop. aku try makan shaklee. dari la vitamin c,e esp, macam-macam jugak la. tapi jerawat start naik balik. masa tu position lecturer IT dekat PSMZA. perasaan fedup tu datang balik sampailah suatu hari aku tanya ofismate dia pakai skincare apa sebab kulit dia takde jerawat dan nampak lembut and lembap je. dia cakap dia pakai MARY KAY. dah lama jugak la dia pakai. dalam 4 tahun macam tu.

Aku pun try contact beauty consultant dia melalui fb. dia bagi sample botanical dan timewise. dia suruh aku try timewise. bila aku try timewise, WAHHH bestnye. consultant tu cakap, timewise sesuai dengan kulit muka aku. Esoknya aku terus order timewise satu set dengan ada beberapa lagi produk mary kay. 



siap consultant tu bagi free foundation brush dan facial cotton lagi. Semoga awak dimurahkan rezeki ye kak linda.

aku start pakai set timewise ni akhir bulan 5. masa awal-awal tu, jerawat naik dalam 3,4 biji setiap bulan. stress jugak pada awalnya sebab dahla beli barang mary kay ni habis dalam 700++. tapi muka tak baik-baik jugak. so, aku mmg dapatkan consultation dari kak linda, my mary kay beauty consultant. dia nasihatkan aku untuk stopkan night solution dan day solution for a while dan dia bagi free mary kay mask. so aku stop day and night solution for two months dan aku pakai mask every night untuk sebulan lebih.

Dalam bulan 7, aku start balik pakai complete set sampailah sekarang. alhamdulillah. suka sangat dengan Mary Kay product. kulit muka makin moist dan jerawat jarang tumbuh. kalau ada pun sebijik dua yang kecik cinonet. then bila pakai mask, esoknya jerawat tu mesti kecut. seriuosly memang tak akan tukar skincare lain dah. bila pakai cleanser mary kay, rasa macam tiap-tiap hari buat treatment dekat spa. best.

Much Love, CtKamila.

Bye.

Monday, September 7, 2015

Travelog - Universal Studio Singapore

Assalamualaikum.

Me coming back. Rasanya dah lama blog ni di anak tirikan. So, sebab perasaan rindu nak update blog tu dah datang membuak-buak. Makanya sibuklah aku menaip entri ini.

In fact, blog ini terhasil masa zaman degree dulu. Masa tu bosan dan jiwa masih muda remaja, banyaklah terhasil entri merapu dekat blog ni. kalau tak silap, masa tu tahun 2009 kot. 6 tahun yang lalu. 

Dari zaman bujang sampai la sekarang ni sudah berstatus isteri orang, banyak perubahan yang berlaku. Betul lah apa yang dikata, once you meningkat dewasa, you akan dapat rasa fasa perubahan itu.

Idea nak update blog terhasil sebab nak update more on travelog since my husband suka travel. He said that dia nak jadikan wife dia kawan travelling dia since travelling berdua itu romantik. Katanya. Hehe

So, after dah kawen, banyak tempat yang kami pergi. Idea nak ke Universal Studio Singapore ni datang dari aku jugak sebenarnya. So, semuanya diuruskan oleh husband (Ghaz). Dari lah pembelian tiket, hotel dan bas ke USS. Kali ni kami travel naik bas. Lain sikit dari biasa. Pembelian tiket semuanya dibuat secara online. Bas pula akan mengambil penumpang di depan Tune Hotel JB. Kami pergi bulan April. 24 April 2015.

Kami bertolak dari KL pukul 3.30 pagi. Sampai di depan tune hotel JB lebih kurang pukul 7 pagi. Bas akan bawa kami ke USS pukul 7.30 pagi. Since tak nak bermalam di Singapore, kami decide untuk bermalam di Tune Hotel JB. 

Bagi aku, USS sangat happening, Game dia banyak yang best. Tapi makanan dia agak mahal dan tak berapa nak sedap sangatlah. Untuk sampai ke USS, kita perlu melepasi 2 migresen. First Malaysia then baru Singapore.

Masa first nak dibawa naik bas ke USS, kami kena isi dulu dokumen since travel agency tu pejabat dia sebelah Tune Hotel JB.

 So, some of moment kami kat sana macam dalam gambar-gambar kat bawah ni.












 Till then.  Lepas ni i update travelog tempat lain pulak ye. Bye Korang


Monday, September 22, 2014

Current Life


Assalamualaikum korangggg..


Dah lama tak update blog sendiri. My life agak busy. Sampaikan dah berapa kali sign in blog sendiri pun tak ber update. Tapi aku bersyukur dengan kerja sekarang. Alhamdulillah, Allah permudahkan jalan hidup aku. Habis je hantar tesis akhir master,  dapat tawaran dari SPP untuk menjadi pensyarah di PSMZA. Akan ku ingat tarikh 1.11.2012 itu sampai bila-bila.

Walaupun jauh di sudut hati aku dulu, aku bercita-cita nak jadi pensyarah uitm. But, everything jadi lain bila aku dapat kerja ni dulu. And based on jawapan housemate aku yang sekarang ni pensyarah uitm, baru aku tahu rupanya gaji dia dengan gaji aku sekarang tak jauh beza. So, i decided.. malas dah nak apply uitm. hehee. n now, aku dah ditarik ke UPLI. walaupun banyak kerja adhoc, kita kena bersyukur dengan dengan apa yang kita buat. Baru semuanya berkat.

In fact, zaman sekarang ni, sangat susah nak masuk kerja line goverment. Recall back masa mula-mula masuk kerja kat sini, everybody keep asking me the same question. " Kau guna kabel siapa dapat kerja kat sini. dah la orang terengganu, dapat kerja pun dekat terengganu. orang lain ramai dapat jauh-jauh ". 

Me keep answering the same. " no kabel. kabel putus.. haha..kidding. tapi seriously said, it's true ". Alhamdulillah sebab Allah bagi rezeki ni. Cuma, Allah uji aku dari segi jodoh aku. Sampai sekarang.. tak kahwin lagi. Planning ada. Cuma masanya belum tiba.

Ramai orang tanya " whyyyy kau tak kahwin lagi haaaa . kerja ada, duit ada, kereta ada..dah cukup lengkap dah kau tu . Alahhhhhh, kahwin je la "

Me keep answering the same also " Doakanlah. Semoga Allah permudahkan segalanya. semuanya sudah tertulis untukku ".And they said " Aminnnnn, insyaAllah mila. kau memilih sangatttt..tahu dah me said " sempattttt kutuk akuuuuu, kwang ajaqqq hang ..hahaha "

Hidup ini indah bila kita dikelilingi oleh orang-orang yang sayang kita. and kita sayang mereka juga. Mudahkan urusan dengan manusia. InsyaAllah Allah akan memudahkan mu. 






Till then. Bye



Monday, November 18, 2013

Teringat kisah dulu


Assalamualaikum.

Hai koranggggggg...apa habaq? cheq sihat alhamdulillah je no (bajet kedah nampakkk..teehee)
Pejam celik pejam celik dah nak habis tahun 2013.. tahun depan umo ak dah 26. apaaaaaaaaaa?? 26?? oh tidakkkkkk..

sekarang ni asal pergi kenduri kawen je, depa-depa duk tanya..." ang bila nak kawen ". soalan tu je la depa duk tanya sapa lani. naik cuakkk aih..hehehe.. sabaq la.. sampai jodoh, kawen la t. cheq tgah pikiaq pasal banyak benda lani. (cesss, banyak la sangat. podah!)

Sebenaqnye kan, cheq tgh duk teringat zaman muda-muda dulu. zaman masa duk matrik, duk ukm, duk umt. rindu ah depa-depa aka kawan2 baik masa belajaq dulu. dah lama tak jumpa depa-depa ni. ade yang dah jadi dentist, ada jadi cikgu, ada yang tengah smbung master, phd. Ada yang dah kawen. Tapi yang belum kawen lg ramai no. yeay. kite geng! heeeeeee

Yang sebenaqnya, cheq nak habaq mai satu benda ni. Mai mai sume. Dengaq apa cheq nak habaq ni..

"cheq sebenaqnye takdak idea nak hapdet apa ni " . tu yang cheq duk melalut dari tadi tuu.. haha. jangan marah naa. nanti angpa cpat tua.. (larikkkkkkkk) :P

bye korang.




Thursday, April 18, 2013

Almost 6 months :')


Assalamualaikum.

Opss, dah lama tak hapdet blog. jangankan nak update, jenguk pon tak. teehee.. Hidup sekarang ni teramatlah busy. Masuk kerja pukul 8, sepatutnya pukul 5 dah boleh balik. tapi nan hado makno aih. Den sekarang ni paling awal balik koje pon pukul 6.30. pernah tu sampai terlajak pukul 12 tengah malam. Tapi sekali je lah. muehehehe

Alkisahnya den terpaksa balik lambat pasai lecturer dekat deparment den tak cukup. Tu pasai koje jadi menimbun tuu.. (rojak nau bahasa aku. =_=')

Minggu ni sibuk marking markah PB student. Ekau bayangkan eh, student den dah dokek 80 orang. Mano den tak berpinau nak menando kortas haa. kuiz, test, PBT, tutorial, lab semua-semua tu haa. Sampai satu tahap den raso kortas tuu dah nampak takde tulisan dah haa. Punyelah stress hidup den nak menghabiskan tu semua. Tapi den bahagio dengan life den pasai student den semua sporting-sporting belako bak hang. heee

Dokek sini, den kena jadi penasihat akademik. so, den kena jago 24 orang student. kirenya den ni macam mummy diorang lah. HAHA (meh den gelak dulu). Pasai takkan den nak jadi mummy. Student jagaan den pun sebaya dengan den. Kalau nak diikutkan bulan, dio lagi tuo dari den. hihi. So, den dengan anak PA den, den anggap macam membe-membe je haa. hihi. 

Ni adolah satu hari tuu, di petang yang hening sampailah malam yang dingin (megarut sat..hihi), den buek laa bbq dengan anak-anak PA den ni. Sampaikan den balik sampai pukul 1 pagi. Enjoy sesangat lah den hari tuu. Pasai umur diorang lebih kurang den je. So, depa request den nyanyi lagu putih-putih melati. den pun sporting la kan, den nyanyi la dengan diorang even suara den memang hancus lebus. kikiki

so, ni la kenangan kiteorang. gambau kemain banyak. sampai dokek seribu keping. tergelak den tengok gamba diorang-diorang nih.. hehe













Bye :')

Sunday, January 20, 2013

Welcome again!


Assalamualaikum.

Hai bloggers. me come back. hoyeah! 

A lil bit busy right now. Since i already entitle a workhaholic women (workhaholic la sangat kan ! ngeh ngeh), so, i dont have much time to visit my own blog actually. sad aite? +_+

truly said, i'm happy working at psmza. Seriously. i love to teach and i enjoy it also. Pagi-pagi, sampai ofis, ofismate tanya. mila, dah makan belum? jummmm makan. same goes for lunch. ^______^

and now, what can i say...i gain weight. for 2 kilo maybe. omaiigoshhhhh.. nooooooo! acaner nih nak reduce weight balik. (thinking! thinking!)

till then. see u later.



Wednesday, December 5, 2012

everything new


Assalamualaikum

Hai bloggers. i'm back. kalau korang perasan, blog aku dah berubah almost 100%. Sebenarnya aku dah agak bosan dengan template dan design lama. So, aku decide untuk ubah kepada template baru.

So, how is it. Comel tak? muehehe

ok bye =)



Sunday, November 4, 2012

Impian itu tercapai


Assalamualaikum.


Dear bloggers. Just coming back to write something new here. Dah lama kot aku tak hapdet kat sini. nak kata sibuk, takdo makno aih. huehue

So now, aku dah habis master. hoyeah hoyeah. In fact, aku dah setel down aku punya viva (master final presentation) pada 3 mei hari tu. Tapi alkisah aku buat master by research, proses nak settle down satu satu benda tu, mak aih punya la lama.

bayangkan la eh....

1- siap tulis tesis semua - Januari 2012
2- buang masa tunggu tempoh nak viva
3- ok fine, tarikh viva dah konpem - 3 Mei 2012
4- buang masa tunggu hantar final tesis
5- final tesis hantar bulan 9

omaigoddddd, hampir 5 bulan aku tak buat pape. duduk kat rumah je starting mei to september. Then after dah hantar tesis bulan 9, dapat tarikh konvo on 24 november 2012. 

Finally aku berjaya tamatkan master aku. alhamdulillah. Now aku mengajar dekat politeknik sultan mizan zainal abidin, dungun terengganu.  Bermula 4 november 2012 :)

Ok la dekat sini, semua lecturer pon baik-baik. Tapi part yang kelakar, aku nak pergi toilet. pastu ada sorang lecturer tanya aku.

awak lecturer baru tu eh. aku kata yep.. saya laa (sambil senyum). dia kata " laa, ingat student tadi ". umur berapa? aku cakap 24..

laaa, awak la yang paling muda dekat sini. then kiteorang tergelak. so far, ok laa dekat sini. best :)


ehhh, panjang lak aku membebel.. huahua. ok la korang, byeee



Wednesday, September 5, 2012

Alhamdulillah


Assalamualaikum.

Hai, just a short update.

aku dah lulus master of mathemathical sciences by research. just wait for my convo either on november or disember. not confirm yet.


Alhamdulillah.

Sunday, March 25, 2012

Resepi : apam polkadot


Assalamualaikum.

Hai korang. Minggu lepas aku letak gambar apam polkadot yang aku buat. tak sangka lak den ramai bobonar lak aih mintak resepi. ecehhh. ramai tuu dalam 4,5 orang je kot aku rasa. muahaha.


Ok fine-fine. Meh aku share resepi meh.


3 biji telur dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar/ susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai
pewarna


Cara-cara penyediaan apam polkadot
1. Masukkan telur dan gula ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.
2. Selepas tue, baru campur bahan2 lain(masukkan susu, tepung dan last sekali ovelette. Then, masukkan esen vanilla) dan mix lagi sehingga sebati.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.
4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).
6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).
7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.
8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus



Haa, bukan susah uolss. senang je. ececece kemainnn! heee. So, hasilnyaaaaaaaa








p/s: masa letak pewarna tuu, make sure korang letak banyak sikit eh. kalo tak, nanti kaler dia jadi tak cantik. pucat lesi macam orang sakit lak jadiknye nanti. hehee


ok bai



Wednesday, March 21, 2012

short update : apam polkadot!



Assalamualaikum.

Hai bloggers. i'm back! ecehhhh.. kemain. over nau! ahh, malas nak taip panjang-panjang, just nak cakap hari ni aku terlebih rajin mencuba resepi apam polkadot.


dan


dan


dan


*lempang nak? kehkeh


dan hasilnyaaaaaaaaaa tadaaaaaaaa :P







aku tak letak dia punya jem kat dalam tuu.. pasai apa hangpa nak tahu. pasai aku malas. lalala.
stop melalut! heeeeeeeeee


ok bai


Wednesday, March 7, 2012

MegaGiveAway by Penmerah.com






Assalamualaikum. Haluuuu..aku join GA akak pen merah. hadiah dia menarik yuu! so, sape-sape nak
hadiah meh join meh. heee


aku tag blogger-blogger ni untuk join GA ni



p/s: semoga rezeki ini milik aku. ecece.. ok bai




Sunday, February 26, 2012

Bismillahirrahmanirrahim.



Assalamualaikum.


Hai korang. azam taun 2012 aku masih tak tercapai. Salah satunya azam nak diet. Ecehhh diet laa sangat kan. Ok fine. aku sangat jeles dengan orang yang kurus. In fact, BMI weight category aku 'healthy'. tapi kalau boleh aku nak BMI untuk healthy yang paling minimum. aku tak nak underweight. susah lak kan. kehkeh.


ok fine-fine. Kalau aku nak dapatkan BMI healthy yang paling minimum, aku kena capai berat around 41 kg camtu. But now berat aku 47 kg. Means aku kena turunkan lagi 6 kg. Agak-agak kalau dalam 2 bulan boleh turun tak dalam 6 kg? Aih.. nafsu makan kuat cenggini ko kata nak diet mila! ==' (sabo jelah haku)


kalau orang lain boleh turun sampai berbelas-belas kilo, takkan laa nak turun dalam 6 kg tak boleh. iye dok? ecece..sedapkan hati sendiri.


Ada tak sape-sape yang dah berjaya turunkan berat badan. Sila bagi tips pelisssss. teehee


ok bai





Tuesday, February 21, 2012

Chat Box?


Assalamualaikum.

Hai korang. aku stress! tu je yang boleh aku kata. Ehh ok-ok bukan aku nak hapdet pasal ni. no no no. ape celOpp.. (ehhh mcm best laa plak ayat ape celOp ni. alaaaa dari cerita ape celop tv3 yang tengah hot sekarang ni. heeeeee)


Alahai mengarut lagi. lempang jugak karang! keh keh. tak begini alkisahnya. ada orang tanya aku. apesal tak letak chat box kat blog aku nih. so, begini alkisahnya.

pada hari itu, sedang aku syok-syok edit blog bagai, tibe-tibe aku terdelete html chat box. jadinya omak ai. hilang sudah chat box aku. sob sob sob. so, disebabkan aku dah malas nak letak chat box kat belog aku ni, aku bia jelah. satu lagi macam seronok la pulek takde chat box.


haha. KEJAM! tu je kot aku nak hapdet. lalala~

p/s: aku ada beli tudung baru.. elehhh beli tudung pon nak kecoh. (gaduh dengan diri sendiri)



ok bai


Friday, February 17, 2012

Design doodle guna excel. ehem ehem ehem



Assalamualaikum.

Hai korang. disebabkan aku busan duk mengadap coding. aku main-main jap create doodle. ahaaaaa! guna excel uolss. (geli lak aku sebut uolss uolss ni. mcm nyah ler pulek .. errrr kehkeh)

nak tengok doodle aku?

before korang tengok meh aku gelak dulu. haha. melalut lak aih aku nih. haa mai tengok meh. heeeeee





ok laa kot untuk first trial. ehhh ok ke ko? huahua.. ahh, belasah. janji aku dah taw camne nak create doodle guna excel. ecehhhh :P


ok bai




Friday, February 3, 2012

self make over. ecehhh!



Assalamualaikum.


hai korang. cuti-cuti ni busan laa pulek. disebabkan aku ni suka tengok orang yang terer gilos make up, so aku pon gataii duk tengok utube cara depa-depa ni make up. padahal kalau keluar pergi mana-mana, haremmm aku nak make up. malas nyah oi. setakat tonyoh eyeliner je laa yang aku suka. keh keh.

sekarang ni if korang nak pergi dinner ke, or function pape jelah.. baik uolss make up sendiri je. bukak utube, haaaa pastu bantai make up sendiri. jimattt ecehhhh. (jimat ke kedekut? hampehh)

nak tengok hasil selepas aku kaler-kaler mata aku? jeng jeng jeng. kah kah. over kau senah!



contact lens tuu membe aku yang bagi. ohh terharuu!! heee

cantiknye mata berwarna warni,
len kali boleh laa kasi lagi.

(ok fine-fine, hancus pantunku)



eh, awat kening tak menjadik? arghhh takpe-takpe try balik. ecehhh



yeay! dah menjadik. aku main belasah je ni. ihiks ( lempang gak budak nih)





p/s: so sape-sape rasa nak ambik aku jadi mak andam bolehlaa pm shaye ye. haha pengsan 40 hari. ok bai!



A day with bestie



Assalamualaikum.

Hai korang. lama gila aku tak jenguk blog sendiri. serius rasa macam " ehhh aku ni ada blog ke tak? kehkeh "

Act, aku dah lama tak keluar ramai-ramai dengan membe-membe aku. keje aku pagi sampai petang, duk melangut je kat umt. busan gilos. takpe bertahannn! tesis aku dah nak siap dah heeeee

So, petang tadi tanpa dirancang, (al maklum laa biasnya kalo duk merancang dari awal konpem tak jadik, haa baik tak payah rancang-rancang uolsss). eh mengarut sudah! sambung balik.. tanpa dirancang, aku pon ajak laa membe-membe aku keluar. benda paling best bila keluar pergi gedate ramai-ramai camni ofcos laa sembang2 pastu gelak sampai ohhh over kau senah! :P







Tu je aku nak hapdet. muahahaha. ok bai