Wednesday, December 2, 2015

Mary Kay - Falling in love


Hai, Assalamulaikum.

Mary Kay - Falling in love. Amboih hangpa. tajuk kemain naa. heee. Ok, aku sebenarnya nak review pasal produk Mary Kay. Seriously, Mary Kay sangat best. Ehem!

Ni nak habaq mai. aku dulu masa zaman muda-muda remaja masa sekolah menegah, memang kulit halus mulus suci murni gitu haa. memamg takde jerawat langsung. masa tu tak pakai apa-apa skincare pun. Yelah. kulit takde masalah, tak kuasa ahkak nak cari pasal dik non ui. 

Then, masuk matrik, kawan-kawan semua duk pakai skincare itu ini, aku pun terasa nak pakai jugak la kan. try la temulawak krim siang yang bekas hijau tu. serius temulawak best. kulit jadi halus sangat. aku pakai tu sampailah akhir sem 5 di ukm. masuk sem 6, kenkonon nak lagi halus kulit, try lah tambah krim malam temulawak dalam koleksi skincare aku. katanya kan. koleksi sangat -_-'.

Alkisahnya, selepas seminggu pakai, muka flawless ya amat. ramai tegur kulit muka comey. TAPI masuk minggu kedua, jerawat naik banyak gila, sedih masa tu tuhan je tahu. Dahla sem akhir degree, muka macam tu. orang tegur sana sini. Aku pun try produk nak bagi jerawat hilang, tapi tak hilang-hilang jugak. aku fedup, aku fokus dekat study. tak sangka tetiba dapat pointer 3.80. tapi sijil dekan sampai sekarang aku tak ambik dekat UKM tu. lol

Rupanya, krim malam temulawak tu beracun. kawan aku la bagitahu. patutla masalah jerawat aku tak hilang sampai aku sambung study dekat umt. then, kawan aku pun suggest pakai krim herba natasya. aku pun try la kan. mak aih. macam miracle. kulit putih gila, jerawat pun hilang macam wow. aku pakai natasya dalam dekat 4 tahun jugak la sampai la rasa kulit muka macam pedih. makin menipis kot.

aku pun stop. aku try makan shaklee. dari la vitamin c,e esp, macam-macam jugak la. tapi jerawat start naik balik. masa tu position lecturer IT dekat PSMZA. perasaan fedup tu datang balik sampailah suatu hari aku tanya ofismate dia pakai skincare apa sebab kulit dia takde jerawat dan nampak lembut and lembap je. dia cakap dia pakai MARY KAY. dah lama jugak la dia pakai. dalam 4 tahun macam tu.

Aku pun try contact beauty consultant dia melalui fb. dia bagi sample botanical dan timewise. dia suruh aku try timewise. bila aku try timewise, WAHHH bestnye. consultant tu cakap, timewise sesuai dengan kulit muka aku. Esoknya aku terus order timewise satu set dengan ada beberapa lagi produk mary kay. 



siap consultant tu bagi free foundation brush dan facial cotton lagi. Semoga awak dimurahkan rezeki ye kak linda.

aku start pakai set timewise ni akhir bulan 5. masa awal-awal tu, jerawat naik dalam 3,4 biji setiap bulan. stress jugak pada awalnya sebab dahla beli barang mary kay ni habis dalam 700++. tapi muka tak baik-baik jugak. so, aku mmg dapatkan consultation dari kak linda, my mary kay beauty consultant. dia nasihatkan aku untuk stopkan night solution dan day solution for a while dan dia bagi free mary kay mask. so aku stop day and night solution for two months dan aku pakai mask every night untuk sebulan lebih.

Dalam bulan 7, aku start balik pakai complete set sampailah sekarang. alhamdulillah. suka sangat dengan Mary Kay product. kulit muka makin moist dan jerawat jarang tumbuh. kalau ada pun sebijik dua yang kecik cinonet. then bila pakai mask, esoknya jerawat tu mesti kecut. seriuosly memang tak akan tukar skincare lain dah. bila pakai cleanser mary kay, rasa macam tiap-tiap hari buat treatment dekat spa. best.

Much Love, CtKamila.

Bye.

Monday, September 7, 2015

Travelog - Universal Studio Singapore

Assalamualaikum.

Me coming back. Rasanya dah lama blog ni di anak tirikan. So, sebab perasaan rindu nak update blog tu dah datang membuak-buak. Makanya sibuklah aku menaip entri ini.

In fact, blog ini terhasil masa zaman degree dulu. Masa tu bosan dan jiwa masih muda remaja, banyaklah terhasil entri merapu dekat blog ni. kalau tak silap, masa tu tahun 2009 kot. 6 tahun yang lalu. 

Dari zaman bujang sampai la sekarang ni sudah berstatus isteri orang, banyak perubahan yang berlaku. Betul lah apa yang dikata, once you meningkat dewasa, you akan dapat rasa fasa perubahan itu.

Idea nak update blog terhasil sebab nak update more on travelog since my husband suka travel. He said that dia nak jadikan wife dia kawan travelling dia since travelling berdua itu romantik. Katanya. Hehe

So, after dah kawen, banyak tempat yang kami pergi. Idea nak ke Universal Studio Singapore ni datang dari aku jugak sebenarnya. So, semuanya diuruskan oleh husband (Ghaz). Dari lah pembelian tiket, hotel dan bas ke USS. Kali ni kami travel naik bas. Lain sikit dari biasa. Pembelian tiket semuanya dibuat secara online. Bas pula akan mengambil penumpang di depan Tune Hotel JB. Kami pergi bulan April. 24 April 2015.

Kami bertolak dari KL pukul 3.30 pagi. Sampai di depan tune hotel JB lebih kurang pukul 7 pagi. Bas akan bawa kami ke USS pukul 7.30 pagi. Since tak nak bermalam di Singapore, kami decide untuk bermalam di Tune Hotel JB. 

Bagi aku, USS sangat happening, Game dia banyak yang best. Tapi makanan dia agak mahal dan tak berapa nak sedap sangatlah. Untuk sampai ke USS, kita perlu melepasi 2 migresen. First Malaysia then baru Singapore.

Masa first nak dibawa naik bas ke USS, kami kena isi dulu dokumen since travel agency tu pejabat dia sebelah Tune Hotel JB.

 So, some of moment kami kat sana macam dalam gambar-gambar kat bawah ni.












 Till then.  Lepas ni i update travelog tempat lain pulak ye. Bye Korang